Monday, August 31, 2009

Malaysia 52 Tahun Merdeka!!!

Tanggal 31

Bulan lapan lim

a puluh tujuh

Merdeka ! Merdeka !

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Hari yang mulia Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka !

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

Hari mulia negaraku merdeka

Mama & famili di Jakarta ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 kepada semua kawan2 bloggers dan untuk semua rakyat Malaysia. Bila dah duduk negara orang, kita akan merasa bangga jadi anak Malaysia!!!

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

post signature

Saturday, August 29, 2009

Juadah 7 Ramadhan 1430H

Semalam mama still ada flu but mama try gigihkan diri nak masak. X bole nak masuk la kalau makan lauk beli ni. Akhirnya dapatla mama masak 3 jenis lauk. ngeh..ngeh..ngeh...


Actually mama kena bagi nama Asam Pedas bodo je sbb x letak bendi ke, terung ke or tomato. Sumenya xde stok. Mama just letak ikan tenggiri semata2. But still ada rasa asam pedas sbb mama bubuh daun kesum. hihihi...

Bahan-bahan
Ikan tenggiri
5 sudu cili kering
5 biji bwg merah ~ blend
3 ulas bwg putih ~ blend
1 inci kunyit hidup ~blend
1 inci halia ~ blend
2 batang serai ~ dititik
1 sudu asam jawa
1 inci belacan
garam
daun kesum
bendi
tomato ~ dibelah empat

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan2 blend. Bila dah naik bau, masukkan cili kering. Masak cili sehingga garing. Then masukkan air asam jawa, belacan dan air secukupnyer. Mama tak suka cair sgt. Bila dah mendidih, masukkan ikan, bendi dan daun kesum. Didihkan sekali lg. Perasakan ngan garam. Last skali masukkan tomato. Done!!!

Selalunya sotong mama wat sambal tumis. Kali ni nak tukar selera pulak.

Bahan-bahan
500g sotong - potong bulat2
20-25 biji cili padi ~ blend
5 biji bwg merah ~ blend
2 ulas bwg putih ~ blend
1/2 biji bwg besar ~ dihiris
minyak utk menumis ~ lebihkan skit dr tumis biasa
garam secukup rasa

Cara-cara
Mula2 tumis bahan2 blend dan cili api sehingga masak dan naik minyak.
Masukkan sotong dann bwg hiris. Gaul rata. Kalau kering Boleh tambah air skit. Tp biasanya sotong akan kuarkan air. So tk yah letak pon takpe.
Perasakan dgn garam. Jgn masak sotong terlalu lama sbb nanti sotong akan jadi liat. Kang mcm mkn chewing gum pulak.
Sedia utk dihidang. Tunggu la sehingga azan maghrib ye...


Yg ini sume pandai masak kan... Mama main campak2 je. Dah jadi.... huhuhu...

post signature

Friday, August 28, 2009

Juadah 6 Ramadhan 1430H

Semalam mama x memasak langsung!! Kepala berat, x leh nak bangun. Call en. Hubby, bgtau kat dia my condition. So, my hubby just beli lauk masakan Padang kat kedai bawah umah ni je. Ada gulai telur ikan, rendang daging, paru goreng & sambal hijau. Sori la syg, mama betul2 x larat.

Pastu en. Hubby buat sardine roll, goreng ayam berempah & cili kicap. Nampak tak sardine roll tu, main belasah je papa ni tau. hihihi....

Lauk beli je...

post signature

Thursday, August 27, 2009

Juadah 5 Ramadhan 1430H

Mama still rasa x sihat lagi. Tekak ni masih perit lg. Hidung pulak dah mula rasa tersumbat. Mood masak mood dah xde. So, hari ni wat menu org sakit. Bulan2 pose ni, mama teringin sangat nak makan Bubur Lambuk.

My Hubby balik keje, terkejut die tgk bini die punya la rajin masak Bubur Lambuk. Dia tanya ayg mimpi apa masak bubur lambuk ni? X pernah buat selama kawin dgn dia. muahahahaha..... Dah tu, mak yong teringin nak makan, kena la masak sendiri.
Kalau kat Shah Alam, bole la g PaRam. Bila dah dok kat sini, kena la masak sendiri. Resepi ni mama C&P dari myr yg katanya bubur lambuk Kg Baru. 1st time buat ni. Hubby kata sedap!!!!! hehehehe..


Bahan-bahan

1 cawan beras
1 biji bawang besar ~ hiris
3 biji bawang putih ~ hiris
1 sudu kecil halba (mama pakai halba campur)
1 sudu kecil jintan kasar (x letak sbb xde stok)
2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1 sudu kecil serbuk lada hitam (bancuh dgn sedikit air)
2 cawan santan pekat (ikut suka)
1 sudu besar minyak sapi (mama x letak sbb xde stok)
2 sudu besar minyak masak
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
daging (ikut suka, mama letak lebih)
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
bawang goreng + kacang goreng + ikan bilis goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-caranya

Mula2 panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih. sehingga naik bau. Tak yah goreng sampai kuning.
Lepas bawang dah naik bau, masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daging dan masak hingga daging keluar air. Pastu masukkan air halia. Biar mendidih.
Lepas tu masukkan air biasa. Agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti. Biar didih. Dah didih air, letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air td.
Masuk kan beras dan masak hingga beras kembang. Kalau tak cukup air boleh tambah lagi.
Selepas beras dah kembang, letak kan garam dan udang kering.
Kemudian boleh la letak pati santan. Kalau tak nak lemak sgt boleh kurang \kan santannya. Masak hingga bubur pekat.
Boleh dihidang dgn bawang goreng, kacang goreng, ikan bilis goreng, daun sup dan cili kicap.


Mama suka wat cili ni bila mkn dgn mee sup ke, bubur ke, soto ke atau dgn apa2 je.

Bahan-bahan
segenggam cili padi
2 ulas bwg putih
kicap masin + kicap manis

Cara-caranya
Blend cili api, bwg putih dan kicap. Letak sikit je air.
Dah siap!


post signature

BIG Thanks!!!

Mama ingatkan parcel utk mama je. Batrisyia & Arissa pun dpt parcel jgk. Parcel Strawberry ni Mummy Zara yg bagi. Mama pun dapat jgk. Mama dpt FM. Thanks so much mummy!!!

Mama x sempat nak amik gbr isi kat dlm tu sbb diorg dah bukak dulu. Masa mama g shopping dgn papa kat Tesco, masa tu la dorg dah start wat colouring.


post signature

Jubah Shopping Online

Balik Shah Alam hari tu, mama nyer parcel dah sampai. Dapat sekali tiga terus... Parcel bukan sebarang parcel tau. Actually, 1 week before going back to Shah Alam, mama ada shopping online skit. Sikit2 pun adalah la beli jubah 4 helai. muahahahaha...

Tu dia... My order udah sampei...

Masa bkk sampul tu my hubby terkejut gak. "... Banyaknya shoping. Bila masa mama wat shopping online ni?..." hehehehe... Masa syg g keje le... Ala.. sekali sekala je yang...

Mama beli 4 helai jubah. Konon merangkap baju raya sekali la. Tahun ni mama x tempah baju raya pun. Just tempah n beli baju anak2 je. Almaklumla, tahun ni mama dah jd mak buyung. Harap2 muat la jubah ni masa Hari Raya nanti.

So, inilah jubah yg mama shopping. 3 helai ni mama beli kat sini. Jubah kain jenis lycra. Kainnya mcm strechable skit. Selesa bila pakai.



Jubah kain jenis chiffon ni pulak mama beli kat sini. Rassa2nya mcm x sempat nak pakai masa raya nanti sebab sekrg ni pun just ngam2 je. Xpe, x leh pakai masa raya kita pakai lepas bersalin nanti. Tak gitu???


post signature

Wednesday, August 26, 2009

Kontroversi Lagi ~ Tarian Pendet

Mama x tahu nak cakap mana hubungan antara Indonesia & Malaysia. Hari tu kes Manohara, Amabalat & Pembantu Rumah. Sekrg ni ada pasal Klaim Malaysia. Pasal Tarian Pendet tu la. Hari2 berita pasal ni keluar tau. Kat sana kecoh tak pasal benda ni. Mama ambik artikel ni dari sini.

Agung Laksono: Klaim Tari Pendet Tak Cukup Lewat Surat
Selasa, 25 Agustus 2009 14:26

Kapanlagi.com - Ketua DPR Agung Laksono menegaskan, protes Indonesia atas klaim Malaysia terhadap Tari Pendet tidak cukup lewat surat yang dilayangkan Menbudpar RI kepada sejawatnya menteri pariwisata Malaysia, tetapi harus diteruskan pada tingkatan yang lebih tinggi.

"Saya sudah mendengar dari pemerintah melalui Menbudpar bahwa kita menyampaikan surat pemerintah, mungkin melalui `counter part`-nya sesama menteri pariwisata tentang Tari Pendet dalam iklan Malaysia itu," ujarnya kepada pers di Gedung DPR Jakarta, Selasa (25/08).

Namun, menurut Agung, upaya itu masih belum cukup dan perlu diteruskan pada tingkat yang lebih tinggi lagi, yakni pada level kepala negara.

Ditegaskan Agung bahwa adanya iklan pariwisata Malaysia yang menggunakan visualisasi Tari Pendet itu bisa mengaburkan asal muasal tarian itu dan publik Malaysia akan melihat tarian itu milik mereka.

"Padahal namanya saja Pendet, itu jelas dari Pulau Bali," ujar Agung.
Ketua DPR yakin upaya-upaya preventif melindungi berbagai aset kebudayaan Indonesia itu lebih baik sehingga jika ada salah satu pihak yang kembali menggunakan iklan, slogan, atau hal-hal provokasi lainnya yang bisa menimbulkan ketersinggungan maka bisa segera dihindarkan.

"Kita yakin preventif itu selamanya lebih baik, daripada terjadi seperti ini. Jadi perlu ada komitmen di antara kedua pemerintah supaya tidak terulang lagi cara-cara seperti itu," ujarnya.

Agung juga mendesak pemerintah Malaysia menjelaskan apa maksud dari iklan pariwisatanya itu agar ketersinggungan perasaan sesama negara tetangga tidak sampai mencederai rasa kekeluargaan.

"Jadi sebaiknya Malaysia segera mencabut penayangan itu. Itu lebih baik. Tapi ke depan sebaiknya kalau mau menayangkan lagi harus ada komunikasi di antara dua negara," demikian Agung Laksono.

Sebelumnya Menbudpar Jero Wacik mengirimkan nota protes terhadap penggunaan Tari Pendet dalam iklan promosi pariwisata Malaysia dalam program "Discovery Channel" tentang "Enigmatic Malaysia" kepada pemerintah Malaysia.

Surat itu, menurut Wacik, telah diantarkan langsung ke Kuala Lumpur, Malaysia dan diantar oleh Duta Besar RI di Malaysia ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia. (kpl/bee)

post signature

Juadah 4 Ramadhan 1430H

Semalam mama x berapa nak sihat. Tekak rasa perit2 je. Selalunya kalau tekak dah perit2 ni maksudnya dah bg sign nak kena flu. Mtk dijauhkan..... Amin. So, semlm pun just masak lauk yg simple je. Sempat la mama kukus Pau Kacang Merah segera ni. Beli kat Tesco masa balik Shah Alam hari tu. Pastu buat Puding Coklat segera, goreng keropok lekor segera. Pendek kata sumenya instant la. Gbr puding mama x sempat nak snap. Si kak long dah belasah dulu dgn adiknya. huhuhu....


post signature

Shopping Stok Bulan Puasa

Sepatutnya mama ada monthly check up on Saturday morning. Tp OB mama MC la pulak. So, mama & papa tukar plan g Tesco beli stok bln pose utk bwk balik Jakarta. Mula2 gi hantar anak2 kat umah atuk diorg. Xmo bwk bdk2 g outdoor sgt sbb H1N1 kuat betul kat M'sia kan. Terkejut gak bila dpt tahu dah dekat 70++ yg meninggal. OMG!!!

Ramai betul org kat Tesco tengahari tu!!!

Lihat la stok yg mama nak bwk balik Jakarta. Bknnya xde brg2 yg mama nak kat sana, tp x sedap. Dah la x sedap, mahal pulak tu.






Tengokla muka org yg kena bayar ni. muehehehehehe....

post signature


Tuesday, August 25, 2009

Juadah 3 Ramadhan 1430H

Juadah buka puasa semalam. Mama masak simple2 je. Yg penting kenyang. Menu ni untuk sahur sekali. Sonang kojo den!!! hehehehe....

Ada gulai ikan tenggiri,tempoyak ikan bilis, sup ayam, bubur jagung, kepok lekor, buah2an. Ayam goreng dlm kuali lg masa ni.










post signature

Monday, August 24, 2009

Our 2nd Ramadhan 1430H

Our 2nd puasa pulak separuh2. Sahur di Shah Alam tp berbuka di Jakarta. hehehehe. Buka pun kat airport je sbb sampai pun ngam2 org buka pose.

Kat Jakarta, waktu berbuka pukul 5.56 ptg waktu tempatan manakala waktu imsak pulak pukul 4.30 pagi. Beza waktu Jakarta & Shah Alam adalah 1 jam.

On the way nak ke KLIA




Sampai KLIA je Arissa tido. Confirm la dlm flight nanti die xmo tido.

Dah bangun....


Mama nampak maintain je. Padahal rasa exhausted sangat compare my 1st day.

Masa ni dah sampai Bandara Soekarno Hatta. Tgh tgu papa beli juadah buka pose.


Ini la juadah 2nd day berbuka puasa. Makan A & W je. huhuhu..


Ishhh.. budak berdua ni. Mengalahkan org puasa pulak.

Lepas makan kita balik... This time naik Alphard pulak.... hehehehe...

post signature