Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam babes!!!
Insyaallah, 20 September ni jatuhla 1 Syawal kan... Kalau tiada aral melintang, malam ni atau awal pagi nanti, mama & famili akan pulang beraya ke rumah mertua di Machang, K'tan. Kali ni balik beraya lama sikit sbb my SIL akan melangsungkan perkahwinan on 3rd raya. Then on 7th raya pulak we all g hantar pengantin kat Kuantan.

Di kesempatan ini, mamazana & famili ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam & kawan2 bloggers. Berhati2 bila memandu pulang beraya ke kg nanti. Kalau rasa2 En. Driver tu mengantuk, berhenti & berehatla sebentar ye. Biar lambat, asalkan selamat. Ingatla org2 tersayang yang sedang menunggu kepulangan kita tau...

post signature

Friday, September 11, 2009

Juadah 20 Ramadhan 1430H

Yeehaaa... Ptg ni we all nak balik Shah Alam via KLM!!! Kali ni balik lama sikit. 4 okt baru mai sini balik. En.Hubby pulak just hantar mama & anak2 pastu dia balik Jakarta on Sunday sbb kena keje lg. Then on 16hb, br papa balik Shah Alam utk cuti raya.

Semalam mama buka pose sorang2 lagi. Papa ada event berbuka pose dgn projek team. Menu semalam mama masak udang masak tempoyak, sotong goreng tepung & udang goreng kunyit. Nak habiskan stok lauk kat dlm esbok ni sbb ptg ni dah nak balik Shah Alam. Itupun mama tinggalkan ikan tenggiri utk papa goreng bila papa balik sini.. Pastu mama kukuskan pau frozen yg dah last stok tu.

Menu semalam

Sebenarnya udang ni mama nak wat masak lemak cili api. Bahan2 sume dah siap, tinggal nak masak je. Bila nak start masak, br tahu stok santan kotak dah habis rupanya. Terus tukar wat masak tempoyak sbb stok tempoyak ada byk lg.

Sotong ni en.Hubby yg request suh wat goreng tepung. Mama menurut perintah je.

Udang goreng kunyit utk anakanda sbb dia x mkn pedas. Just letak bawang je. Cili diharamkan ye!!!

post signature

Shopping at Kidz Station

Dua hari lepas mama cadang nak gi Senayan City, nak cari kasut Crocs for my 2 princess & also mine la. hihihihi..... But last minit changed planned la pulak. Gi buka puasa kat Penang Bistro. Lepas buka pose, kiteorg singgah kat Kidz Station. Tgk la apa yg anak2 mama paw papa diorg.

Mula2 diorg minta 2 ekor Minnie Mouse ni. Mama bagi nama Minnie ni, "Minah & Minoh".

Mama belikan dress Barbie utk raya. Nasib baik ada size utk kak long. So, mama pun amik sepasang. Satu utk adik. Puas hati sangat!!!

Pastu anak2 dara mama tu g mintak EDT Disney!!! Bertuah betul!!! Papa pulak dok layan je... Yang warna Blue - Arissa (Fabulous Strawberry), while yg Pink - Batrisyia (Magical Raspberry). Pandai memilih pulak budak2 ni. hahahaha.. kelakar betul. Baunya pun sedap...

Belikan kasut utk kak long. Cari size utk adik, tp xde. Kalau tidak bole beli sama kaler. Kesian adik. Nanti kita cari utk adik punya pulak ye syg...

Yg ini mmg mcm biasa la kan. Toys mesti la ada. Kalau x beli x lengkap hidup kak long tu. huhuhu... Yg ini beli satu je. Main sama2.


post signature

Buka Puasa di Penang Bistro

Last 2 days g buka pose kat Penang Bistro. Gi 2 famili gak. Cuti masak lagi.... hehehe.... Gbr menu x sempat nak snap sbb menu lbt sampai. Dah masuk waktu buka, makanan x sampai lagi. Memang ramai org hari tu. Bila makanan sampai, terus terkam. Tak dan nak amik gbrnya.

Jom kita tgk gbr2 org yg tgh menunggu makanan sampai. huhuhu....

Tempatnya not bad. Sgt cozy!!!




Kak long minta pen sbb dah boring menunggu.


post signature

HAPPY FAMILY CONTEST (Sticky Mode)


Actually mama x pernah masuk mana2 contest yg dianjurkan oleh kawan2 bloggers. Tp kali ni mama berminat nak joint contest yg dianjurkan oleh ieda, mama amanda yg cute tu.


Actually contest ni dah start last mth lg. Mamazana ni yg dok lama sgt nak pilih gbrnye. Lagipun saja pilih tarikh ni, 09.09.09... hihihi. Sangat cantik tarikh ni. Ok, Untuk keterangan lanjut dan sape2 nak join contest nie, jom la singgah...

Ok, ni la salah satu gambar yg mama pilih yg menunjukkan di mana mama dapat berkongsi kegembiraan bersama my lovely family. Gambar ni diambil masa mama konvo bulan May baru-baru ni.

Actually mama belajar sebagai part time student. Mama start study sebelum mama berkahwin lagi. Then dah berkahwin, pregnant Batrisyia, pregnant Arissa dan akhirnya mama dapat jugak habiskan study walaupun pelbagai dugaan yg menimpa. Mama dapat full supportive from my lovely hubby & my parents to finished my study ni. Kalau tidak dah separuh jalan kot. huhuhu...

Kalau u all nak tahu, gambar ni bukan kami berempat tapi berlima!!! Masa ni mama pregnant 2 bulan. Alhamdulillah... Mama gembira sangat sbb my hubby sanggup amik cuti dan fly from Jakarta semata2 nak menghadiri konvokesyen his lovely wife. hehehe...

"MY HAPPY FAMILY"

post signature

Thursday, September 10, 2009

PM Minta Jakarta Lindungi Rakyat Malaysia

Kalau u all nak tahu, kat sini hari2 ada berita pasal diorg nak kumpul sukarelawan nak gi berperang dgn Malaysia. Sebabnya Malaysia copyright diorg nyer budaya. Pasal demonstrasi jgn ckp la... Bakar bendera, pijak bendera kita... Yg hairannya... Nape all demo dpt kebenaran drp pihak polisi di sini??? Lepas tu kan ada some of University, Fakulti Perubatan xmo amik student dr negara Malaysia. Camno tu???

Bimbang provokasi
Oleh Johari Ibrahim dan Saufi Hamzah bhnews@bharian.com.my

PM minta Jakarta lindungi rakyat kita

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sudah menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia selepas laporan mengenai sekumpulan rakyat republik itu yang mempersiapkan diri kononnya untuk berperang dengan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah menyampaikan perkara berkenaan kepada Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka (Eminent Persons Group-EPG) di Indonesia, Try Sutrisno.

"Beliau (Sutrisno) berjanji akan menyampaikan perkara itu kepada pemerintah Indonesia," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama jemaah menteri, Menteri Besar dan tokoh korporat di Sri Satria di sini, malam tadi.

Najib diminta mengulas laporan agensi berita asing mengenai sekumpulan 486 sukarelawan di Indonesia yang mempersiapkan diri kononnya untuk berperang dengan Malaysia.

Kelmarin, penyelaras kempen anjuran Kumpulan Pemuda Nasionalis Bendera, Mustar Bonaventura memberitahu agensi berita AFP, sukarelawan itu sudah menyimpan stok makanan, ubat-ubatan termasuk senjata seperti pedang samurai bagi menghadapi kemungkinan perang.

Tindakan itu diambil berikutan tuduhan Malaysia mencuri Tarian Pendet yang berasal dari Bali yang dilemparkan oleh media massa Indonesia terhadap Malaysia.

Najib berkata, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Dai Bachtiar, tengah hari semalam memberitahu Kerajaan Indonesia juga sedang mengambil tindakan bagi memastikan tidak ada apa-apa berlaku terhadap rakyat Malaysia di republik berkenaan.

Ditanya adakah Kerajaan Malaysia memberi jaminan terhadap keselamatan kira-kira tiga juta rakyat Indonesia di Malaysia, Perdana Menteri berkata: "Mereka sering selamat di sini, tidak perlu beri jaminan begitu."

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata walau apa juga keadaan dan provokasi yang sedang berlaku di Indonesia, beliau memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat negara itu yang berada di sini, terjamin.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang turut ditemui pada majlis sama pula berkata, Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur melahirkan rasa kesal mengenai kedudukan dan suasana yang meletus di Indonesia termasuk perbuatan menahan kenderaan.

"Duta Besar Indonesia memberi penjelasan bahawa beliau sudah menghubungi Ketua Polis Jakarta dan Menteri Luar Indonesia dan memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia tak akan terjejas," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di sana bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai keselamatan ahli keluarga termasuk anak yang sedang mengikuti pengajian dan saudara mara mereka.

"Setakat ini tak sampai ke tahap untuk mengehadkan pergerakan pelajar di sana. Kita akan pantau dari semasa ke semasa dan menghubungi duta Malaysia di sana,” katanya.

"Duta kita tahu apa nak buat, ini kerja biasa mereka bagi menjaga rakyat Malaysia di sana. Mereka tahu apa tindakan yang perlu diambil dan mereka ada kemampuan untuk melakukannya.

"Saya diberitahu kejadian di Indonesia bukan ancaman serius, jika di pihak sana (nampak serius)...nampak di televisyen seperti ada demonstrasi di sana," katanya.

post signature

Wednesday, September 9, 2009

Juadah 18 Ramadhan 1430H

Isk...isk...isk.... Semalam mama buka pose sorang2 je. Office en.Hubby ada event berbuka pose. X leh bawak famili pulak tu... isk..isk..isk.. So, memandangkan buka pose sorang2, mama malas nak masak. Just panaskan lauk semalam je. Makan nasi himpit, kuah kacang, rendang & kukus pau frozen je.

Actually mama ada gak masak satu lauk, sup ayam utk bdk2. Kak long nak makan dgn nasi himpit. Konon2nya ala2 makan soto la tu.... hihihi....Lupa lak mama nak snap gbr sup tu.


post signature

MOOD Raya!!!

Sedar tak sedar, hari ni dah 19 Ramadhan. Lagi beberapa hari je nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Sekejap je rasanya kan!!! Hari ni juga dah genap seminggu apartment mama kena gempa bumi.

Kawan2 bloggers lain mungkin ramai yg dah shopping baju raya anak2, dah tukar langsir, dah tukar sarung cushion, dah beli kasut dah mcm 2 lagi la. Bole dikatakan sume nak serba serbi baru.... Ada gak yg buat checklist... Check, jgn x check... kuik..kuik..kuik... Kuih2 dah beli ke? Mama main order & tunjuk2 je... hihihi...

Persiapan raya mama sederhana je. Mama byk beli utk anak2 je. Untuk diri sendiri adalah dlm beberapa helai. Ptg ni cadangnya nak g Senayan City. Nak shopping kasut bdk2 & baju papanya. Itupun kalau ada yg berkenan. Mall kat sini x byk yg wat sales mcm kat M'sia. X best betul.

This Friday mama & famili will going back Shah Alam. X sbr rasanya nak balik. Nak last minutes shopping. Kalau sempatla. hahaha.... Pastu nak ajak my parents g buka puasa kat luar. Maybe nak g buka kat Quality Hotel Shah Alam je. Last year kiteorg buka pose kat situ. Menunya not bad, tp very crowded!!! Jumpa di sana ye... Daaaa.............

post signature

Tuesday, September 8, 2009

Juadah 17 Ramadhan 1430H

Menu semalam mama masak rendang daging, kuah kacang & nasi himpit. Mood raya babes!!! Pastu en. Hubby balik keje, die nak makan sambal sardin pulak. Demi permintaan darling tersayang, mama pun masak je la.... ceh.... muahahahaha.....

Pastu, tekak ni tetiba pulak nak makan kebab. Stok daging burger ada lagi. Apalagi, potong bawang besar ngan tomato. Mayonis pun ada. Jadila la kebab.... Tp bila dah azan maghrib, dah minum air milo, br makan 2 sudu nasi himpit, tetiba kepala dah pusing. Tekanan darah rendah ke? Atau angin dah naik ke kepala? Sejak pose ni mmg perut selalu masuk angin & senak je. So, mama makan sikit je buka pose semalam. Potong stim betul. huhuhu...






Daging burger tgh masak ni.

post signature

My New Gadget- NOKIA E63

Yeehaaa!!!! Mama got new handphone..!!! ...Nokia Eseries - E63... best.. best... Mama tanya gift utk apa ni syg? Papa kata as his gift to mama as his lovely wife yg susah payah jaga our princess during mama duduk kat sini.... muehehehehe... Pastu katanya as belated birthday prezzie... Mana2 la sayang... Janji mama dpt present. Actually Mama just nak jam je. X sangka pulak my laling bg handphone ni....

Lagipun tahun ni ada rezeki lebih sikit. Alhamdulillah.... Semoga syg sentiasa dimurahkan rezeki lg ye.... Yg paling best my sayang choose this handphone with my favourite kaler, RED! Full device description ada di sini. Bole la mama pasang broadband mama kat handphone ni nanti...





So now, mama dah ada 2 handphone, Nokia 5800 Express Music & Nokia Eseries E63. Macam tamak je kan... Muahahahahaha.... Anyway, Alhamdulillah....

post signature

Monday, September 7, 2009

Ngantuknya Saya!!!


Jom layan video anak dara kecik mama ni. Papa die yg record video ni. Tp before tu mama mtk ampun sbb kena telengkan kepala bila nak tgk video ni. huhuhu...


post signature

Buka Puasa Diluar

Weekend semalam mama cuti masak. hahahaha... Dua hari berturut2 gi buka pose kat luar. Best... best... Hari sabtu g makan kat Bandar Djakarta, Ancol. Hari ahad pulak g makan kat Ikan Bakar Cianjur, Cipete. We all g 2 famili.

Gbr kat Bandar Djakarta x sempat nak snap sbb sibuk dok layan bdk2 berdua tu. Sempat snap gbr hari ahad tu je. Layan ye...



Sibuk betul bdk berdua ni tau...


post signature

Juadah 14 Ramadhan 1430H

Menu puasa ke 14. Ada ayam masak merah, sup ikan, bubur jagung, pau frozen & buah2an.



Lauk untuk anak2 sebenarnya. Tp papa diorg yg sukanya.

Sejak bulan puasa ni, papa suka sgt suruh mama buatkan bubur jagung. Kalau bole hari2 nak bubur jagung.

post signature