Google
 

LETS BE MAMAZANA FRIENDS

Friday, December 4, 2009

Vogue Pregnant Mummy Giveaway

This time, mama nak join Giveaway from vogue mummy, ...notti netti...
Mama dah ikut semua syarat2nya....

~ All ThE Best To ME ~

Contest Bermula
18 November ~ 4 Disember 2009 (11.59 pm)

1) Kena jadi follwer penganjur
2) pastu tempekkan banner penganjur yg tengah bawa perut tu kat side bar masing2
3)Buat entry tajuk serupa ngan tajuk penganjur
4)haa...yg paling penting lekatkan hanya satu gambar anda yg sedang mengandung yg paling Vogueeee tau hehehe..penganjur cakap hanya satu gambar je yg patut ditempek...
5). Bagi taulah details about ur gambo tu, nama penuh, berapa bulan ngandung time gambo diambil
6). Make sure gambar tu bukan dalam lingkungan 7 thn sebelum diambil yer
7). Make sure entry link back to penganjur
8). Last sekali sila tinggalkan ur penyertaan kat dalam comment box entry nie

Mamazana Baharum

Actually Giveaway ni utk VOGUE Mummy. Mama pulak xde gbr yg bole dikategorikan VOGUE. Ala2 ayu gitu adalah.... muahahahaha... sila muntah ijo!!!! Saja nak memeriahkan giveaway kawan2 bloggers. X menang pun xpe... hihihi...

Ok, gambar kat atas tu masa raya ke3 & mama pregnant 7 bln anak ke3. Gambar was taken during my SIL wed's. Masa ni mama bole lagi pakai bj mini kurung. Ada gak yg terkejut bila mama bgtau mama dah pregnant 7 bulan sbb perut nampak comel je... Diorg cakap la.... hehehehe...

Sekarang mama dah 37 minggu. Tinggal 21 hari je lagi. Walaupun dah preggy for 3rd times, perasaan nervous still ada. Lebih2 lagi bila dapat tahu my baby in breech position & my husband dok kat Jakarta nun....... Adeii.... Harapan mama semoga Allah permudahkan segalanya. Insyaallah...

Gambar selingan.... Masa 1st Raya Aidilfitri at 7 mths...

post signature

Masalah-Masalah Sepanjang Kehamilan

Dengan cuasa yg sejuk2 ptg2 gini, mama nak share tentang masalah-masalah sepanjang kehamilan yang mana boleh berlaku kepada preggy mommies. Sebelum ni mama pernah mengalami 2 kali keguguran tau.

By: Miey Ahmad

Kehamilan Luar Rahim

Kehamilan yang berlaku di saluran falopian adalah merbahaya apabila ia mulai pecah dan merebak di dalam perut. Pendarahan yang banyak boleh membawa maut kepada si ibu. Golongan yang berisiko terdedah kepada kehamilan di luar rahim ialah terdiri daripada mereka yang mengandung kerap atau mandul, pernah menjalani pembedahan ke atas organ peranakan, pembedahan apendik atau usus, pernah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan pernah atau sedang menggunakan IUD.

Kehamilan Anggur

Ia berlaku disebabkan oleh pertumbuhan tisu placenta yang tidak normal dan membentuk seperti sejambak buah anggur. Salah satu simptomnya ialah, saiz perut ibu agak luar biasa dari sepatutnya. Pesakit juga mudah diserang tekanan serta tiroid. Pendarahan berlaku pada akhir trimester yang pertama, dan keluar seperti ketulan anggur. Hormon mengandung hCG juga akan meningkat. Kehamilan anggur perlu dibuang dengan kadar segera untuk mengelakkan pembentukan kanser atau "choricarcinoma"

Anemia

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah. Sel darah merah membawa oksigen kepada ibu dan anak yang dikandung. Anemia menjadikan seseorang itu mudah letih, nafas pendek, pucat, pening-pening dan lemah. Anemia berlaku kerana kekurangan zat besi yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk sel-sel darah merah. Wanita mengandung memerlukan dua kali ganda jumlah zat besi untuk pembentukan darah. Adalah susah untuk mendapatkan bekalan zat besi dari makanan atau yang sudah disimpan dalam tubuh, tambahan pula jika ibu mengamalkan diet yang tidak seimbang, mengandung kembar atau kerap hamil. Anemia perlu dirawat dan sekiranya jumlah darah terlalu rendah, pemindahan darah perlu dilakukan. Adakalanya ibu akan disarankan supaya bersalin awal kerana bayi akan mengalami kekurangan oksigen.

CMV

Cytomegalovirus (CMV) merupakan sejenis virus dalam herpes virus. Simptom-simptom jangkitan ini termasuklah keletihan, demam dan gatal-gatal. Sekiranya wanita hamil menghidapi penyakit ini, mungkin akan menimbulkan kecatatan mental kongenital pada kandungannya seperti kerosakan otak, kecacatan dan masalah penglihatan atau pendengaran.

Eklampsia

Eklampsia timbul bersama-sama simptom pre-eklampsia, termasuklah kebengkakan, tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing. Si ibu juga akan mengalami sakit kepala, berpinar, muntah dan kesakitan bahagian abdomen. Sekiranya berlaku, si ibu perlu bersalin dengan kadar segera yang selalunya melalui pembedahan. Ia juga boleh berlaku beberapa minggu selepas melahirkan anak oleh ibu yang menghidapi pre-eklampsia. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan koma.

Keguguran

Kematian bayi 20 minggu sebelum tarikh bersalin dianggap sebagai keguguran. 10-25% kehamilan berakhir dengan keguguran. Jumlah ini mungkin lebih tinggi kerana keguguran berlaku sebelum ibu itu sendiri sedar bahawa dia sedang hamil. Lebih 75% keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan. Keguguran pada peringkat awal berlaku kerana bayi tidak dapat membesar seperti yang sepatutnya, faktor genetik serta persekitaran. Penggunaan dadah, alkohol, merokok, diabetes, tekanan darah tinggi dan jangkitan seperti toksoplasmosis, masalah pada placenta, uterus atau serviks juga boleh menyebabkan keguguran. Keguguran juga boleh berlkau kerana faktor usia, sukar untuk mengandung atau pernah berlakunya keguguran sebelum ini. Simptom-simptom keguguran termasuklah pendarahan dan sakit bahagian bawah abdomen. Sekiranya berserta dengan air mentuban, keguguran boleh berlaku dalam 24 jam.

Uri Lekang

Ia berlaku sama ada lekang sebahagian atau lekang kesemuanya sekali dari uterus. Kes ini berlaku satu bagi setiap 100 kehamilan. Ia merupakan kes yang serius kerana janin bergantung pada plasenta untuk bekalan oksigen dan makanan. Boleh membahayakan kesihatan ibu sekiranya berlaku pendarahan yang banyak. Pemindahan darah akan dibuat atau ibu akan disarankan bersalin awal. Simptom-simptom seperti turun darah merah terang dan sakit bahagian abdomen, pergerakan janin juga semakin lemah, rasa lembut disekeliling pinggang dan sakit bahagian bawah belakang. Faktor-faktor penyebab yang dikaitkan dengannya, antaranya ialah: tekanan darah tinggi, bentuk uterus yang abnormal, trauma, merokok dan penggunaan dadah terutamanya jenis kokaina.

Uri Ke Bawah

Placenta yang normal berkedudukan lebih tinggi dari uterus. Placenta atau uri ke bawah apabila ia berkeadaan uri tersebut turun ke bawah uterus, sama ada melitupi serviks atau separa menutupi serviks. Ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak berlaku sebelum ketika hendak bersalin. Ia dikaitkan dengan keadaan bayi yang telalu kecil atau berlaku pembesaran bayi yang tidak sempurna. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko menghadapi masalah uri ke bawah ini termsuklah pernah mengalami masalah uri ke bawah sebelum ini, mengandung kerap, pernah bersalin secara pembedahan dan berumur 35 tahun ke atas.

Kelahiran Pra Matang (Lahir Tak Cukup Bulan)

Kelahiran pra matang berlaku selepas minggu ke-20 dan sebelum minggu ke-37. sebanyak 7% bayi dilahirkan pra matang. Tanda dan simptom kelahiran pra matang termasuklah berlakunya kontraksi, sakit bahagian belakang, perubahan cairan vagina dan cirit-birit. Kelahiran pra matang berlaku disebabkan kebocoran membran pramasa, kelemahan serviks, mengandung kembar, keabnormalan uterus atau placenta, ibu merokok, pendarahan vagina, jangkitan atau penyakit sewaktu mengandung. Bayi pula selalunya kurang berat badan (kurang dari 5 1/2 paun), mengalami masalah pernafasan kerana pembentukan paru-paru yang tidak sempurna, berisiko mengalami masalah penglihatan, jantung serta kecacatan yang lain.

Masalah Serviks

Serviks akan terbuka dan menipis ketika ibu mengandung trimester yang kedua kerana serviks terlalu lemah untuk menahan berat bayi yang semakin membesar. Ini boleh menyebabkan kelahiran pra-matang atau berlaku keguguran. Komplikasi ini berlaku disebabkan faktor seperti biosip kun, keguguran atau kelahiran yang sukar sebelum ini. Risiko ini semakin meningkat sekiranya ibu yang hamil pernah memiliki sejarah masalah kelemahan selviks atau pernah mengalami keguguran sewaktu trimester kedua.


Article Source: http://www.mengandung.com/tips

post signature

Baby @ 37 Weeks

In her ninth month she's 46cm (20.7in) long and probably still covered with greasy vernix, a lubricant during birth.


Your body
Your uterus may stay the same size as it's been for the last week or two. You probably won't have put on any more weight since last week, when you weighed between 9-13.5kg (20-30lb).
By the end of this week, your baby is 'full-term' (before the 38th week, she is classed as 'pre-term'; after 42 weeks, she's 'post-term').

M&B tip
Treat yourself to a hairdo, manicure and pedicure (you'll soon be able to see your toes again), so you look your best during labour and for those all-important family photo calls. Long nails aren't ideal for changing nappies, anyway.

How's your pelvis?
At your antenatal check-up this week, your doctor may examine your pelvis to check whether your cervix is dilating (opening) and effacing (thinning out) in preparation for labour. Before labour starts, the cervix is thick (0 per cent effaced). During labour, it thins out - this is called effacement. Just before delivery, when you are ready to push, it is 100 per cent effaced.

Before you can give birth, your cervix needs to be fully dilated: 10cm (4in) in diameter. At this stage of pregnancy, it may be closed (0cm dilated) or open a small amount, such as 1cm (0.4in). During labour, the contractions make the cervix stretch and open so there's enough room for the baby to move down it.

Your baby
Your baby now weighs about 3kg (6.5lb) and measures 35cm (14in) from crown to rump; her total length is about 47cm (21in).

Head down?
If you're lucky, your baby will be lying head down (called cephalic or vertex on your medical notes) in the uterus and will be partly engaged (ready to move further down and out). If your doctor suspects that she is breech (bottom or legs first), you may have an ultrasound scan to confirm this. This used to mean your only option was a Caesarean, but now some doctors will let you try for a vaginal delivery, especially if you've already had one or more normal deliveries.

Turn, baby, turn!
If your baby is breech and you are keen to have a vaginal delivery, your doctor may suggest trying to turn her into a head down presentation by gentle manipulation. Don't try to do this yourself: it should only be attempted by a doctor who is practised at the technique.

post signature

Thursday, December 3, 2009

Breast Feeding Pump Set

Checklist baby, mama dah posting tadi. And now mama nak share about mama nyer Breast Feeding Pump Set yang mama guna before this. If u all nak tahu, i'm is Happy Breasfeeding Mother tau. hihihi... Mama fully BF Arissa sampai umur dia 1 tahun 2 bulan!!!. Mama x bg die FM langsung pun. But bila dapat tahu mama positif pregnant, terpaksa stop & ajar die minum FM. Kesian sgt tgk Arissa masa tu xpecially during night... Merengek2 nak nenen.... (emo la pulak....)

Ok, mama guna Spectra 3 Xtravaganza with double pump set. Masa ni mama mmg survey giler2 sbb set ni kan mahal reganya. Why i used this set? Spectra 3 is almost one third the size of the Spectra 2, no more bulky pumps to lug around which is makes it ideal for home & office use. Mama mmg bwk g office.

The advantages are very quiet compare with Medela, long life span, rhythmic suction (mimics baby's sucking rhythm - very comfortable to use), adjustable suction, simple to use, dual pumping option. Accessories (breast shield, tubing) are separable so it's easy to wash and sterilize. Its light weight and compact design make it extremely portable and good to use in a small space. Lagipun dia ada double pumping.

Masa mama beli set ni, reganya dlm RM527.00. Pakejnya including Spectra 3 Breastpump with 4 Moms Precious Breastmilk Storage + FREE 6 breastmilk storage bottles, Extra Spectra Breast shield set (for double pumping) & Moms Precious Smartpack (with cooler bag set & raincover). But nowadays the price of this set maybe dah naik. Maybe around RM600++ or RM700++.

Overall, mama sgt puas hati dgn Spectra 3 Xtravaganza with double pumping ni.

~ Sharing Is Caring ~

post signature

Baby + Mama Check List

Walaupun mama ni pregnant anak yg ke3, tp persiapan tu mcm dpt 1st baby je kan. Masa pregnantkan Arissa pun mcm tu jgk. Mesti nak wat check list. I'm so xcited babes!!!

Mama dapat banyak jgk senarai baby check list dari Internet n dari kawan2 bloggers. So, mama pun just combine & here is the check list :

Clothing

Baju Lengan Pendek ~ 5-6 helai
Baju Lengan Panjang ~ 5-6 helai
Seluar Pendek ~ 5-6 helai
Seluar Panjang ~ 5-6 helai
Baju Jalan ~ 1 helai
Barut ~ 12 helai
Baju + Seluar Lubang ~ 4 helai
Romper ~ 2 helai
Mittens & Booties ~ 5 helai
Socks ~ 10 helai
Hat ~ 2 helai
Bibs ~ 2 helai
Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2

Feeding

Breast Pump ~ dah ada, Spectra 3
Termos*
Feeding Bottle ~ sume size dah beli kat pureen
Teats (S) *
Bottle and Teat Brush ~ dah ada
Bottle Warmer*

Nursery

Baby Cot / Playpen ~ pakai yg prev. nyer brand GRACO
Baby Pillow & Bolster ~ ada 2 set
Tilam/Comforter ~ pakai yg prev.dulu
Mosquito Net ~ pakai yg prev.
Blanket ~ 2 helai
Nursing Pillow ~ x yah kot...

Bathing

Bath Tub ~ pakai yg prev.
Toiletries (Baby Bath+Syampoo)
Towel ~ 2 helai
Cotton Balls ~ done
Cotton Buds ~ done
Baby Comb/Brush ~ done
Baby Manicure Set ~ done
Nasal Aspirator ~ done

Diapering

Changing Mat ~ beli baru sbb yg dulu dah koyak
Baby Wipes (Pureen) ~ 4 pack (L) 4 pack (S)
Disposable Diaper (Newborn) ~ dah beli 2 bag kat Pureen
Napkins ~ 10 helai
Nappy Liner ~ 1 kotak, ada 100 helai
Diaper Rash Cream ~ 2 kotak
Safety Pin~ done

Traveling

Stroller ~ pakai yg prev. brand Sweet Cherry
Travel Bag ~ done
Baby Bag ~ done
Baby Car Seat ~ tgh survey lagi...

Others

Nappy Kleen ~ dah pakai pun wat basuh baju baby. hihihi...
Bakul Baju Baby ~ 2 bakul. Baju simpan dlm rak Toyogo je.

Mama

Nursing Bra ~ 2 helai from Avon. Nak kena beli lagi ni.
Kain Batik ~ 5 helai
Bengkung ~ dah ada, tp nak beli lg satu yg zap on punye.
Socks*
Set Bersalin ~ Nona Roguy
Maternity Pad ~ dah beli kat Pureen
Disposable Panty ~ 1 pack
Nipple Cream ~ minta kat gynea. hihihi...

Others

Bidan/Tukang Urut ~ belum booked
Batu Tungku ~ guna prev.

* Beli kemudian

post signature

Laundary Time!!!

Fuh!!! Lega rasanya bila mama dapt settle laundary bj baby!!! K ebetulan semlm panas, so bolelah la basuh. X byk mana pun. Baju newborn je. So, now just tinggal nak packing & semak checklist mana yg tertinggal je lagi...

Baju2 yg nak dikorbankan...

Tadaaa.....



post signature

Wednesday, December 2, 2009

Bayi Songsang or Breech Baby

Bila mama tahu kepala baby dah naik & dalam kedudukan melintang, mama pun buat research pasal breech baby. Bila baca artikel ni, buat mama rasa nervous pulak. huhuhu..

....Ya Allah..selamatkanlah bayi dalam kandunganku dan permudahkanlah urusan ku untuk melahirkan bayi ini. Amin.....

Bayi Songsang


Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. Hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau melintang (tranverse lie).

Pada peringkat awal kehamilan, adalah biasa sekiranya kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yanng dipenuhi cecair amnion.

Apabila mencapai 8 bulan atau 34 minggu kehamilan, barulah bayi akan berkedudukan tetap iaitu kepala ke bawah menghala ke arah pintu rahim dan saluran peranakan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.


Punca Bayi Songsang

Ini merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pra matang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar, bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan (oligohidramnios).

Bentuk rahim yang ganjil seperti uterus bikornu atau uterus septate mempunyai bentuk rahim seperti bercabang atau mempunyai sekatan di tengah-tengah. keadaan ini boleh menyebabkan keguguran diperingkat awal, kelahiran pra matang dan juga bayi songsang. Rahim yang kendur akibat kerap beranak dan otot-otot perut yang kendur akibat kurang bersenam selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah bayi songsang.

Masalah uri ke bawah juga boleh menyebabkan bayi melintang. Rongga punggung adalah laluan penting untuk membolehkan kelahiran bayi. Ada wanita yang mempunyai rongga punggung yang sempit secara semulajadi. Ini menyebabkan bayi songsang kerana kepalanya tidak boleh memasuki rongga tersebut. Penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering), kecederaan atau kemalangan yang melibatkan tulang rongga punggung boleh juga menimbulkan masalah ketika hamil.
Article Source: http://www.mengandung.com/tips

Sumber: Prof Dr Azizan Hj Ismail

Links for more information regarding a normal breech birth
Heads UP! All about Breech site (turning techniques, studies, videos for sale, stories, & Articles)

ICAN (International Cesarean Awareness Network)
Maggie Banks Website about Breech Birth
Incredible detailed pictures of a great natural breech birth (hospital born)

post signature

Bila Nak Start Laundary

Bila la mama nak start laundary baju2 baby ni??? Adei.... Sejak 2 menjak ni, cuaca sgt la x menentu. Asyik mendung je... Bila mood rajin sudah sampai, hujan la pulak. Ish... risau gak sbb baju2 baby & CD x berbasuh lagi ni... huhuhu...

Mama just nak basuh towel, blanket, mitten, booties, socks, bj2 & seluar2 yg size newborn, sarung bantal, sarung tilam, comforter, CD & seangkatan dgnnya... Hopefully cuaca mgu ni panas & mama dpt settle cuci sumenya.


post signature

Correle Corningware Warehouse Sale (Dec 2009)

Sales yang ditunggu2 ini datang lagi.... yeehaaaa!!!!

I went to this warehouse sales last year.Usually the price is very much cheaper and lower than the market price (although not that cheap like oversea punye price) but worth to go. Can’t really remember exactly how much but Vision price starts from around RM80, and it depends.

I think the set punya harga lagi murah compare to the loose items ones. You know sale Perwira memang selalunya murah. And its very crowded!!!!. This time mama rasa mcm nak try to grab dinner set. I think budget around RM200-RM300 pun sudah cukup memuaskan hati for this sale.

But perut dah besar2 mcm ni x kan la mama still nak gi lagi kan? Dibuatnya terberanak kat situ kan haru!!! Sure darling hubby x bg mama gi this warehouse sale. Nampaknya just share info dgn u all je la.... hehehehe....

4 to 6 December 2009
Corelle Corningware Warehouse Sale

Brands Offered
Corelle
CorningWare
Visions
Pyrex

Time : 10am to 7pm

Location (Tel 014 725 6686)
The Atria Shopping Centre
Jalan SS22/23
Damansara Jaya
47400 Petaling Jaya
Organized by Perwira Nadi Trading Sdn Bhd

Happy Shopping!!!


post signature

Tuesday, December 1, 2009

Hari Raya Aidiladha

Raya Aidiladha hari tu, mama & famili beraya di Shah Alam. Mula2 tu papa bgtau x dapat balik beraya. Tetiba papa call bgtau dia kat airport & on d way to KLIA. Saja je nak wat surprise!!! hihihi...

Raya kali ni, mama sempat bwk my girls g sembahyg raya kat masjid taman perumahan my parents. Saja nak xpose kat diorg tu. Mujur Arissa x buat hal sepanjang berada & mama sembahyg kat masjid hari tu.

4 + 1

Insyaallah, our new famili member will coming soon....

ETERNAL LOVE

Lepas sembahyang raya, makan2 kat umah my parents. Tetiba my hubby ajak gi umah Cik Man kat Temerloh sbb my MIL beraya kat sana. Then dlm kul 11.00 pg we all pun bertolak. X packing apa2 pun. Main redah je... Gbr kat atas ni ammed masa kat Lebuhraya Karak. 3 lane jd 1 lane sbb ada lori accident.


Yg ni pun still kat Lebuhraya Karak. 3 lane jd 1 lane. Bkn ada apa pun, just ada keta rosak. Ramai sgt yg jd tukang tengok. Ni la jdnya.... huhuhu... Sepanjang perjalanan mmg byk sgt kereta yg tersadai sbb rosak or over heat...

Masa ni dah masuk LPT. Lagi brapa 10 km nak masuk exit Temerloh. Hujan separuh jalan je... Sampai umah Cik Man dlm kul 2 ptg gak la...


Cik Man & Papa

Anak2 dara Cik Man

My MIL & Mama yg terserlah kegumukannya!!!


post signature


Toys Shopping Online

~ PIN... PIN... PIN... ~

Van POS Malaysia berhenti & bg hon kat depan umah mama. Yes!!! My another order & parcel udah sampei!! Mama diorg pulak yg over!!! hehehehe...

Actually, last week mama dok survey website yg jual Pre-Loved Stuff coz nak cari car seat for my new baby. Pastu mama tertarik lak nak beli Doll Stroller & Round Chair for my girls kat sini. Msg kat Emma, then terus wat payment. Emma pulak post hari tu jgk. Thank Emma. Lain yg nak disurvey, lain pulak yg beli. Car seat still x beli2 lagi. huhuhu...

Ha... Tu dia brg2 yg mama order...

Dora The Explorer - Round Metal Fold Up Chair

Doll Stroller ~ Arissa

Doll Stroller ~ Batrisyia

Amboi... Bukan main anak2 dara mama berposing dgn toys baru... Kak long yang sibuk suh mama amik gbr ni. Nak tunjuk kat papa la tu.... hehehehe... Dear, tgk la our girls ni...

Baby Doll tu diorg yg punya. That why la mama yg berkenan nak beli stroller tu. Sib baik ngam2 baby doll dgn stroller tu.

Arissa as model for Round Chair...

Main elok2 ye. Jangan nak gaduh2, rebut2 sbb mama dah beli sorang satu.

post signature


Monday, November 30, 2009

Mama Check-up @ 36 Weeks

Saturday morning, mama & papa g check up @ 36 weeks kat SJMC. Sampai SJMC dlm kul 8.05 pg. Then kat registration counter, mama dpt no 15. Org x ramai sbb still cuti raya kot.Tp kat kaunter klinik Dr. Delaila, still dpt no 4 je. Settled check up dlm kul 10.3o pg.


Updates check up

BP ~ 120/70
Urine ~ Protein (TRACE), Sugar (NEG)
Berat Baby ~ 2.795 grm

Masa 34 weeks hari tu, mama ada bgtau kepala baby dah turun kan. Tp masa scan baru2 ni, i got a shock news. Kepala baby naik balik la!!! Tp dlm keadaan melintang pulak tu. Ya Allah, mcm mana la baby mama bole naik balik ni? Mmg lately ni baby tersangat la lasak. My gynea bgtau, baby still bole turn down sbb air ada banyak lagi. But if the baby hasn't turned in next visit which is 37 weeks, my gynea suggest to mama a C-Sec birth!!! huhuhu.... Tak nak!!! Kita ni dah la penakut.


Ok, kalau u all nak tahu, kedudukan baby mama melintang mcm dlm pic ni la sekrg. Just opposite which is kepala baby kat bhgn kanan perut mama, badan or tulang belakang kat bhgn atas, then tangan n kaki menghala ke bawah. That why doc kata ada chance lagi nak turun. Kawan2 mama semua, nanti doakan baby turun ke bawah ye. Mama nak deliver normal....

So, next appointment on 5th December 2009. Gi check up nanti mama kena drive ke SJMC sorang2. My husband x dpt balik & temankan sbb kena attend meeting kat Bandung. Pastu x jumpa dia sampai la 23rd Dec. Lama tu!!!! huhuhu.... Dah la my EDD on 25th Dec. Hopefully bila papa dia balik, barula baby kuar ye.... Amin.....

post signature