Friday, September 4, 2009

Juadah 12 Ramadhan 1430H

Juadah berbuka selepas gempa bumi. Sempat lg masak kari ikan tenggiri & panaskan roti Paratha frozen. Walaupun simple, tp mama tetap kenyang. Alhamdulillah...

Kari ikan tenggiri gempa bumi... muahahaha....

Bahan-bahan
2 potong ikan tenggiri
5 ulas bawang merah ~ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar
3 sudu serbuk rempah kari ikan (ikut suka)
2 sudu cili blend (mama pakai serbuk cili je...)
1 sudu halba campur
kulit kayu manis + bunga lawang
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat (mama pakai santan kotak)
1 biji tomato ~ dibelah 4
daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-caranya

Mula2 tumiskan bawang putih, bawang merah, halba campur, kulit kayu manis dan daun kari.
Bila bahan tumis sudah kekuningan, masukkan cili giling & rempah kari yang telah dicampur sedikit air.
Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan santan, asam keping (tambah air jika perlu). Didihkan.Kemudian masukkan ikan, bendi dan tomato.
Didihkan sebentar.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Siap dan sedia untuk dihidang.

post signature

No comments: