Thursday, November 26, 2009

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung Dan Bersalin

Hari ni mama nak kongsi Kebaikan Kurma Ketika Mengandung Dan Bersalin. Mama just C&P this info from setbersalin.com yg diorg emel kat mama baru2 ni.
Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma sememangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Disebabkan kelebihan-kelebihan tersebut, maka minta suami puan dapatkan sekotak buah kurma di kedai-kedai yang berhampiran. Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan kepada puan serta kandungan puan.

~ Sharing Is Caring ~

post signature

6 comments:

notti netti said...

wah.....bagus untuk I......

puan punyer said...

Ku suka kurma..... bkn sahaja hamil n bersalin menyusu badan juga bagus ku makan semasa hamil, selepas bersalin n menyusu.. bagus sangat

Dilla Ady said...

thanks mamazana..bagus tul la info nih..syg mase dilla ngandung n pas bersalin dulu tak amalkan..mkn mase bulan pose jek..huhu

MamaZana Baharum said...

netty, cepat2 beli. leh mkn masa pantang nanti. hihihi...

MamaZana Baharum said...

pasni nak mkn buah kurma la. nak bykkan susu...

MamaZana Baharum said...

sama2 dilla... sharing is caring kan. masa pregnant nanti jgn lupa mkn kurma tau.