Wednesday, December 2, 2009

Bayi Songsang or Breech Baby

Bila mama tahu kepala baby dah naik & dalam kedudukan melintang, mama pun buat research pasal breech baby. Bila baca artikel ni, buat mama rasa nervous pulak. huhuhu..




....Ya Allah..selamatkanlah bayi dalam kandunganku dan permudahkanlah urusan ku untuk melahirkan bayi ini. Amin.....


Bayi Songsang






Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. Hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau melintang (tranverse lie).




Pada peringkat awal kehamilan, adalah biasa sekiranya kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yanng dipenuhi cecair amnion.




Apabila mencapai 8 bulan atau 34 minggu kehamilan, barulah bayi akan berkedudukan tetap iaitu kepala ke bawah menghala ke arah pintu rahim dan saluran peranakan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.





Punca Bayi Songsang



Ini merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pra matang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar, bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan (oligohidramnios).



Bentuk rahim yang ganjil seperti uterus bikornu atau uterus septate mempunyai bentuk rahim seperti bercabang atau mempunyai sekatan di tengah-tengah. keadaan ini boleh menyebabkan keguguran diperingkat awal, kelahiran pra matang dan juga bayi songsang. Rahim yang kendur akibat kerap beranak dan otot-otot perut yang kendur akibat kurang bersenam selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah bayi songsang.



Masalah uri ke bawah juga boleh menyebabkan bayi melintang. Rongga punggung adalah laluan penting untuk membolehkan kelahiran bayi. Ada wanita yang mempunyai rongga punggung yang sempit secara semulajadi. Ini menyebabkan bayi songsang kerana kepalanya tidak boleh memasuki rongga tersebut. Penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering), kecederaan atau kemalangan yang melibatkan tulang rongga punggung boleh juga menimbulkan masalah ketika hamil.
Article Source: http://www.mengandung.com/tips


Sumber: Prof Dr Azizan Hj Ismail


Links for more information regarding a normal breech birth
Heads UP! All about Breech site (turning techniques, studies, videos for sale, stories, & Articles)


ICAN (International Cesarean Awareness Network)
Maggie Banks Website about Breech Birth
Incredible detailed pictures of a great natural breech birth (hospital born)


post signature

10 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam banyak2 berdoa ..semoga allah permudahkan segala urusan...amin...

naurah makwa said...

thanks kak yer atas info yg berguna.hope kepala baby tu akan pusing ke bawah balik.doa k..

LiAnA said...

semoga Allah permudahkan segalanya..aminn

mamazana said...

alimaz,insyaallah.. mekacih ye...

mamazana said...

sharing is caring naurah.... harap2 mgu ni turun la dia...

mamazana said...

amin... thanks liana..

iedaLUVsham said...

good info lah mamazana! baru ieda tau, kalo tak pk gak songsang camne, hehehe!!! thanxx :)

mama_umar said...

jgn riso sgt k, doa byk2..insyaAllah..asal selamat nnt

mamazana said...

sharing is caring & loving ieda.... hehehehehe...

mamazana said...

insyaallah zeti... harap2 selamat sumenya... husband dah la jauh...