Thursday, February 4, 2010

Cukur Rambut

Hari ni umur Haziq Zafran dah 30 hari. Tp mama still x cukur rambut Haziq lg. Cdgnya nak tunggu papa balik tlg cukurkan. Ish... Mama x berani nak buat. Kesian....

Mencukur rambut adalah perkara yang disunatkan kepada bayi yang baru lahir. Sebaik-baiknya ia dlakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan, kemudian disunatkan bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambut yang dicukurkan kepada fakir miskin jika berkemampuan.

Hikmat Bercukur

Boleh menolong menguatkan tenaga pertumbuhan bayi, menghilangkan selaput kulit kepala dan menolong memberikan daya kekuatan dan ketajaman penglihatan mata, bauan hidung dan pendengaran telinga.

Cara Bercukur Yang Ditegah

Walaupun mencukur rambut adalah sunat, terdapat empat cara yang ditegah oleh syara':

Mencukur secara bertumpuk-tumpuk di sana sini sekeliling kepala
Mencukur di tengah-tengah kepala dan tinggalkan sekelilingnya
Mencukur sekeliling dan tinggalkan ditengah-tengahnya
Mencukur dihadapan dan tinggalkan dibelakang kepala atau sebaliknya

Tapi bila mama bgtau kat wan & atok, diorg cakap tunggu wat kenduri cukur jambul. Then, br cukur rambut dia... Adeh.. Pening kepala mama ni...

post signature

5 comments:

LiAnA said...

nk bg senang cukur.. lumur sabun/shampoo kat kepala dia dulu baru cukur.. so tak ler sakit kulit kepala baby tu.. lg pun kalau cukur kering je rasa ngeri lakkk huhu

Alimaz-Kembara Terasing said...

saya selalu buat umur baby 7 hari

Jiey^Mien said...

dah sebulan lebih dah kan..
cepatnya masa berlalu..
=)

Naura said...

damia tak pernah cukur rambut..hu~

Nurhayati said...

zara dulu pun tak pernah cukur rambut.. sbb masa kecik rambut dia sket sangat.. huhu