Monday, April 2, 2012

Puding Roti Marble

Menu minum petang semlm. Selalunya mama buat dengan serbuk koko. Tp kali ni gatai nak bubuh kaler biar nampak colourful skit. End up, pak habibi x suka n dia bilang mcm bendera Bangladesh je. Ada ke patut! Hahahahaha....

Mama still guna resepi kak Hana Jepung yg simple ni...

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
pewarna makanan (ikut suka kaler)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih then matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan pewarna makanan.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

post signature

3 comments:

MRS. K said...

bangladesh pon bangladesh la asalkan sodap.. hehee

mamazana said...

hahahaha... tu la.. dlm mengutuk bendera Bangladesh tu, abis jgk la sepinggan.

lieyalatif said...

wow! menarik nie....leh le try nanti...selalu buat puding roti biase tu jek....