Monday, July 23, 2012

2nd Iftar

Menu semlm. Pak Habibi request nak makan kari ayam. Utk anak2 mama masakkan ayam kicap dan tumis sayur.


KARI AYAM

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
1 keping asam gelugor
1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar penuh serbuk kari daging (jenama Baba's)
1 kotak santan
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 pelepah daun kari, lurutkan
3 biji bawang merah hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyti hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibuang kulit, cuci dan perap dengan kunyit dan garam selama 10 minit. Kentang dikupas, kemudian belah 4 setiap biji, rendam. Rempah kari dicampur bersama bahan kisar halus dan kacau rata2. Ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan rempah kari + bahan kisar tadi dan tumis hingga rempat terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Tambah ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang satan cair, kacau dan biar mendidih hingga kentang 3/4 empuk. Masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomati, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan.

- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

4 comments:

Neeza.Areef said...

sedapnya menu bukak puasa dgn kari
eh klu puasa ni apa je nmpk sedap

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

betul2 .. mentang2 pose .. nmpk gmbo makanan pun terliur ;-)

Eliss Mie said...

eliss jarang masak kari. selalu gulai kuning jer tak pun percik.

lieyalatif said...

sedap2 menu kak zana....lieya pun suke kari...heheehehe....eh lieya ni sume suke laa hhaahahha......