Tuesday, October 30, 2012

Kuetiaw Ladna

Dinner kami masa hari ahad. Pak Habibi xmo mkn nasi sbb lunch dah mkn banyak kat Nando's. Kuetiaw ni anak2 bole mkn sbb x pedas. Masak kuetiaw ni pun ikut apa yg ada dlm esbok je.

Bahan-bahan
kueh teow - digoreng seketika dan di campur kicap manis, ketepikan
 
Untuk kuah
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu minyak
2 sudu sos tiram
1 kiub ayam
2 biji telur
sekeping dada ayam - di potong kecil ( x letak sbb ayam tarak)
sotong - di potong bulat
lobak merah
putik jagung (xde stok)
kailan
cili padi
cili merah
garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kuning.
2. Masukkan ayam yg dipotong kecil2,kemudian masukkan sotong biarkan seketika.
3. Bila ayam dah masak, masukkan air, sos tiram, kiub ayam, dan garam, tunggu sehingga air mendidih. seketika.
4. Masukkan lobak merah dan sayur2 lain serta cili.
5. Masukkan telur
6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah.
7.Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

1 comment:

Mamasya said...

Aslmkum Mamazana.
kuetiaw mmg suka...tambah yg berkuah. Dah lama tak mkn nasib baik semlm dpt mkn dirumah kwn. kalau kat Msia mmg tiap minggu masak kuetiaw.
re; t.kasih byk atas doa dan ucapan utk kami berdua.Alhamdullilah dah slmt pulang.