Wednesday, March 18, 2009

Lunch Hari Ini

This time mama just nak share antara akitiviti mama kat umah ni. Yelah dah jadi fulltime housewife kan. Kena la MASAK. Ada kalanya, mama tak tau nak masak apa. My hubby bknnya mkn sgt bila dah balik keje. Mmm... Mama ngan anak2 jer yg ada kat rumah. Biasanya mama masak yg simple2 je sbb Batrisyia suka mkn yg berkuah dan x pedas. Arissa pulak sekrg ni susah sgt nak tido. Bile x tido, x masak la jwbnya sbb die nak berkepit je.


So, ini la antara lunch yg sempat mama masak sbb Arissa tido. Itupun tido dlm sejam je. Menu hari ni, Daging Blackpepper, Bayam Goreng & Kobis Masak Lemak Putih. Mama amik resepi dari MaDiha. Tp mama xde la ikut sebijik2, apa yg ada dlm peti ais je. Mama ni xde la pandai masak, tp bole la. huahuahuahua...

Alhamdulillah, kenyang budak berdua tu.

DAGING BLACKPEPPER

600 gram daging - potong nipis
1 biji carrot - potong ikut suka
8 batang kacang panjang - potong 2 inci (kacang panjang xde la pulak)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili padi (ikut suka)
1 sudu besar lada hitam (mama pakai serbuk je.)
1 biji bawang besar - mayang garam secukup rasa
Air utk empukkan daging
Minyak utk menumis

Cara2 Menyediakan
Panaskan minyak anggaran 1 senduk. Masukkan daging. Kacau dan biarkan hingga daging bertukar warna. Masukkan bahan2 tumbuk dan kacau rata. Biar hingga air daging kering dan bahan2 tumbuk garing. Tambahkan lagi air jika perlu hingga daging separuh empuk. Masukkan sayuran, garam & perasa. Kacau2 lagi dan bila daging empuk masukkan bawang besar mayang dan kacau hingga layu dan tutupkan api. Bolehlah dihidang. Hehehe...

BAYAM GORENG

Cili besar - hiris
Bawang putih- hiris
Bawang merah - hiris
Ikan bilis -bersihkan (mama pakai pati ikan bilis je sbb ikan bilis xdak)
Garam & perasa

Cara2 Menyediakan
Panaskan minyak & tumis bahan2 hiris dan ikan bilis hingga wangi. masukkan sikit air, garam, perasa dan sayur bayam. Balik2kan dan bolehlah diangkat.

KOBIS MASAK LEMAK PUTIH

Mama punya simple bangat sbb anak2 x mkn pedas.

1/2 biji kobis cina - potong suka hati (mama potong halus2, senang Batrisyia nak mkn)
1 btg carrot - potong memanjang atau bulat
6 biji fishball - belah 2
1 gengam ikan bilis siap kopek
1 biji bwg besar sederhana - belah 8
1 ulas bwg putih- hiris
2 biji cili hijau - belah 2
garam, perasa
Santan secukupnya

Cara2 Menyediakan
Jerang santan atas api sederhana. masukkan kesemua bahan2 di atas dan masak sambal mengacau2 selalu supaya santan tak meruap. Bila nampak dah ok. tutupkan api dan hidang.

Selamat Mencuba!!!

1 comment:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

lama tak masak lemak kobis..kalo eliss, eliss suka buh ikan yang direbus dan ditumbuk dengan bawang merah dan lada hitam..kasik pekat kuah tu :D tq for sharing...