Friday, July 10, 2009

Cherry Berry

Lately ni, mama just blogwalking je. Nak update blog mmg x sempat. Arissa asyik nak berkepit je. Nak tido pun kena ada bau mama jgk. Hihihi…

Actually, my 2 princess tu kena dmm & cherry berry!!! Since last Saturday. First time kena cherry berry sepanjang duduk kat sini. My Arissa la yg paling teruk skali. Sampai lembik dan susut anak mama yg sorang tu.

Mula2 tu Batrisyia yg kena batuk + demam. 2 hari xde selera nak makan. So hari Jumaat malam tu mama tanya, kak long nak makan apa? Dia jawab nak makan bubur ayam Mc’ D. So, papa pun order la 2 bubur ayam Mc’D. Order utk adik skali. Nanti berebut pulak dgn adik kan.

So, dari situ la bermulanya kisah cherry berry anak2 mama ni. Lepas Arissa makan bubur tu, dia muntah2 dulu. Dalam pukul 1.30 pg, kak long menangis2. Rupa2nya dia sakit perut, cherry berry sampai kena tilam. Papa la yg bangun uruskan kak long. Then dlm pukul 3.00 pg, Arissa pulak yg menangis2. Ishhh… Nape pulak ni???

Rupa2nya Arissa pulak ngikut kak long dia, cirit birit. Tp dia la yg paling teruk. Siap ada pakej muntah skali. Bole dikatakan every hours!!!! Sampai pukul 9.30 pg!!! Nasib baik la Arissa dikurniakan papa yg sgt penyayang! Sume papa yg buatkan. Mama just tukar diapers je. huhuhu.....

Dalam pukul 11.00 pg hari Sabtu tu, bwk bdk2 ni jumpa doktor. Macam2 ubat la yg dia bg. Dah la Arissa ni jenis susah nak makan ubat.

Hari Ahad, kak long dah beransur baik, tp Arissa masih cherry berry la. Dalam sehari tu adalah 6-7 kali. Hari Isnin, Arissa still xde perubahan. Asyik nak berkepit je. X leh berenggang langsung ngan mama ni. Hari Selasa pun sama. Muntah + cherry berry + batuk pulak. Sampai mama terpaksa kacau papa kat opis ajak bwk Arissa g spital pulak. Risau sgt masa tu. Dah lembik sikecik ni. Papa pun amik EL.

Mama tipon atuk kat Shah Alam mtk pendapat. Atuk kata cuba bagi air kelapa muda dulu. So, papa pun g la cari air kelapa. Dapat la 4 biji. Nasib baikla Arissa ni penggemar air kelapa. Xdela susah sgt nak bg dia mnm.

Alhamdulillah, sejak mnm air kelapa selama 2 hari, Arissa dah beransur ok. Demam dah kebah, cherry berry dah makin kurang. Cuma tinggal batuk je. Dah start ada selera makan. Yg paling seronok dia dah mintak makan nasi kat mama. Arissa dah bole jerit panggil… PA!!!!!. Seronok betul papa & mama tau.

Mama rasa bersyukur sgt bila anak2 dah sihat semula. Lepas solat, mama mmg x henti2 mtk pada Allah swt semoga anak2 mama cepat2 sihat. X sanggup nak tgk Arissa yg dah semakin susut dan lembik ari tu. Bila mama usap kepala die, mama rasa sayu sgt.

Mama jgk rasa bersyukur sgt sbb dpt suami yg amat2 penyayang, bertanggungjawab & memahami sepanjang anak2 x sihat. Papa la yg susah payah basuh cadar anak2 yg kena muntah. Umah sewa ni dah la xde washing machine. Pastu papa tolong bersihkan anak2 bila kena cherry bery, tolong masak, ishhh, byk lagi la. Mama x leh wat keje berat2 for temporary kan. Thanks sayang… Luv u so much !!!

post signature

10 comments:

Neeza.Areef said...

sian kan klu anak2 kena ceri beri ...lahaai...ceri beri pn comel budak bedua nih

Anonymous said...

skrg ni mmg musim budak2 dmam...mak bapak demam musim ujung thun...hikhik

Eliss said...

alahai..siannya...nuha pun penah sekali kena cherry berry..memang sedih nengok..lenkali bleh try laa air kelapa tu, hari tu memang kitorang x tau gak nak buat aper..

hajarus said...

alahai siannyer anak2 k.zana... tapi walau xsihat still nampak tomey....

MamaZana Baharum said...

neezareef~ tu la. zana rasa sbb bubur tu kot. Batrisyia siap cakap xmo makan bubur Mc'D Jakarta lg. huhuhu...

MamaZana Baharum said...

n.u.r.u.l~ hehehe... yg itu dmm lain je. demam poket namanya!!! hahahaha....

MamaZana Baharum said...

elissmie~ kesian sgt kan bile bdk2 kena ceri beri ni. mmg tahu khasiat air kelapa tu, tp biasa la tpt org x tahu nak cari kat mana. next leh cuba petua org2 tua ni ye mama...

MamaZana Baharum said...

hajarus~ tomey ke auntie? muka x larat ni.... hihihi....

Nurhayati said...

alalala siannya KakLong and Arissa.. ciritss yer..
hmm kalau anak sakit, mmg kita susah hati kan.. alhamdulillah dorang dua dah ok. Mama jgn runsing yer..

MamaZana Baharum said...

Alhamdulillah... dah sihat dah. tiap2 bln sikecik tu demam. dah makin susut..