Wednesday, July 29, 2009

Minum Ptg

Menu minum petang masa sambut my MIL & rombongan hari tu. Actually mama masak Meehoon Goreng, Karipap & Bubur Jagung. Tp sempat snap karipap je sbb masa nak snap meehoon & bubur, diorg dah sampai. Malu lak nak snap gambor2 nyer...

Sumber: My mak.
Mama tergoreng api kuat sbb nak cepat. So kulit karipap x berapa cantik.
Bahan-bahannya
Kulit/Doh
250g tepung gandum
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam + air

Inti
5 biji kentang
3 sudu besar kari ayam/daging
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
Segenggam ikan bilis
Hirisan daun sup
3 sudu cili kering - mama x bubuh sbb bdk2 x makan pedas
Air garam secukupnya untuk menguli - jangan terlalu masin

Cara-caranya
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Kalau nak guna tangan bole la jgk. hahahaha... Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang merah dan bawang putih. Campurkan rempah kari dengan cili kering, ikan bilis & bahan2 blend. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang,air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering. Bila kentang dah empuk & inti nampak pekat, baru masukkan daun sup.

Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Siap!!!


post signature

1 comment:

liana said...

aduhh mak yong ni rajin betul masak..