Thursday, August 20, 2009

Kari Kepala Ikan Merah

Menu dinner semalam. Mula2 tu rasa malas sangat nak memasak. Tp kesian pulak bila my hubby balik keje nanti xde menda nak makan. So dalam pukul 5 ptg baru la mama gigihkan diri memasak. Kebetulan dalam ice-box ada kepala ikan merah. Buat kari pun sodap kan...

Tp mama ni mmg failed kalau bab masak kari ni. My hubby kata kari mama rasa kawwww mcm kari mamak!!! hahahaha.... Janji ada rasa kari kan. My hubby lebih suka rasa kari melayu. Tekak melayu la katakan. Ok la syg, pasni mama try wat kari melayu pulak ye. hihihi...


Bahan-bahan

2 potong kepala ikan merah
5 ulas bawang merah ~ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar
3 sudu serbuk rempah kari ikan (ikut suka)
2 sudu cili blend (mama pakai serbuk cili je...)
1 sudu halba campur
kulit kayu manis + bunga lawang
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat
bendi ~ ikut suka
1 biji tomato ~ dibelah 4
daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-caranya
Mula2 tumiskan bawang putih, bawang merah, halba campur, kulit kayu manis dan daun kari.
Bila bahan tumis sudah kekuningan, masukkan cili giling & rempah kari yang telah dicampur sedikit air.
Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan santan, asam keping (tambah air jika perlu). Didihkan.
Kemudian masukkan ikan, bendi dan tomato. Didihkan sebentar.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Siap dan sedia untuk dihidang.

post signature

10 comments:

vee said...

Wow! kari kepala ikan la plk..mmg rajin n gigihnya zana ni memasak..w.pun tgh pregnnt..salute la kat zana nih..

iedaLUVsham said...

aiyakk..bile la ieda ni nak rajin masak cam mamazana..

ikiqzana said...

rajin zana memasak.. mesti suami syg... nampak sedap je tu.. bila nk ajak dtg umah..??? hehehe...

mamazana said...

vee, sekrg rajin la, takut bln pose nanti zana melepek malas la pulak. muahahaha....

mamazana said...

ayayayaya... kak zana ni sebenarnya xde la pandai masak ieda. tp bila dah duduk kat jakarta ni, kena la buat2 pandai. hihihi...

mamazana said...

bila dah duduk kat sini kena la rajin kak zana. kalau tidak x berisi perut hubby & anak2 zana tu. jemput la dtg umah.... hehehe...

Mdm Lulu said...

amboi rajinye masak w.pun ngah berbadan 2..issshhhh....x penatke??

n.u.r.u.l said...

fuhhh!!!mantoooppp. ini mau tambah 2.3 pinggan ni.

mamazana said...

nak buat mcm mana Mdm Lulu, nak layan tekak en hubby punya pasal. hehehehe.....

mamazana said...

alamak nurul, dah habis la. nanti mama buat lagi ye... hihihi...