Wednesday, August 12, 2009

Tempoyak Ikan Bilis

Mama ni mmg suka makan tempoyak tp my hubby kurang sikit dgn tempoyak ni. So, kalau masak tempoyak pun, mama makan sorang2 je. Baru2 ni balik Shah Alam, my mum bekalkan stok tempoyak. Resepi ni ikut my mum nyer style. hehehe....

Bahan-bahan
1 genggam ikan bilis digoreng dahulu - ikut suka, tak nak goreng pun tak per
10-15 biji cili padi - kalau nak pedas, tambah la lagi ye...
0.5cm kunyit hidup
Sehelai daun kunyit dihiris
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit garam
Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)

Cara-cara
Tumbuk lumat kunyit hidup, diikuti dgn cili padi.
Kemudian campurkan tempoyak, daun kunyit hiris dan bahan2 tumbuk.
Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 yg dicampur td.
Kalau agak2 nak berkuah, tambah la air skit. Mama suka berkuah. Ada org suka yg kering.
Taburkan sedikit garam. Kena ingat sikit ye kwn2, kekadang ikan bilis tu dah masin, so agak2 le ye.
Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis.
Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.

post signature

5 comments:

vee said...

zana..tempoyak ikan bilis vee x prnh makan lg..sedap x? vee suka gak mkn tempoyak..tp hubby mmg x mkn lgsg..klu msk vee je yg mkn sorang2..hee..kita senasib..

MamaZana Baharum said...

tempoyak ni masak dgn apa pun sodap vee. masak gulai tempoyak ikan patin, udang, ikan bilis. pastu ada yg buat dgn sayur ulam kering + petai pun sodap gak.

hajarus said...

mamazana... hajar pun memang sker tempoyak.. paberet.. tp xsker tempoyak yang lom di masak... tp klu tempoyak yang dah masak camni memang la hantu.. lauk teporak kacau camni pun dah cukup bg hajar.... bertambah2 selera makan...

MamaZana Baharum said...

betul tu hajar. kak zana kalau lauk ni je dah cukup... sampai ke mlm... hehehehe...

Anonymous said...

faberet sy n hubby ni..klu masak tempoyak ikan bilis ni..bertambah tambah nasik...hehe..cam lus je perut