Thursday, September 10, 2009

PM Minta Jakarta Lindungi Rakyat Malaysia

Kalau u all nak tahu, kat sini hari2 ada berita pasal diorg nak kumpul sukarelawan nak gi berperang dgn Malaysia. Sebabnya Malaysia copyright diorg nyer budaya. Pasal demonstrasi jgn ckp la... Bakar bendera, pijak bendera kita... Yg hairannya... Nape all demo dpt kebenaran drp pihak polisi di sini??? Lepas tu kan ada some of University, Fakulti Perubatan xmo amik student dr negara Malaysia. Camno tu???

Bimbang provokasi
Oleh Johari Ibrahim dan Saufi Hamzah bhnews@bharian.com.my

PM minta Jakarta lindungi rakyat kita

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sudah menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia selepas laporan mengenai sekumpulan rakyat republik itu yang mempersiapkan diri kononnya untuk berperang dengan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah menyampaikan perkara berkenaan kepada Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka (Eminent Persons Group-EPG) di Indonesia, Try Sutrisno.

"Beliau (Sutrisno) berjanji akan menyampaikan perkara itu kepada pemerintah Indonesia," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama jemaah menteri, Menteri Besar dan tokoh korporat di Sri Satria di sini, malam tadi.

Najib diminta mengulas laporan agensi berita asing mengenai sekumpulan 486 sukarelawan di Indonesia yang mempersiapkan diri kononnya untuk berperang dengan Malaysia.

Kelmarin, penyelaras kempen anjuran Kumpulan Pemuda Nasionalis Bendera, Mustar Bonaventura memberitahu agensi berita AFP, sukarelawan itu sudah menyimpan stok makanan, ubat-ubatan termasuk senjata seperti pedang samurai bagi menghadapi kemungkinan perang.

Tindakan itu diambil berikutan tuduhan Malaysia mencuri Tarian Pendet yang berasal dari Bali yang dilemparkan oleh media massa Indonesia terhadap Malaysia.

Najib berkata, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Dai Bachtiar, tengah hari semalam memberitahu Kerajaan Indonesia juga sedang mengambil tindakan bagi memastikan tidak ada apa-apa berlaku terhadap rakyat Malaysia di republik berkenaan.

Ditanya adakah Kerajaan Malaysia memberi jaminan terhadap keselamatan kira-kira tiga juta rakyat Indonesia di Malaysia, Perdana Menteri berkata: "Mereka sering selamat di sini, tidak perlu beri jaminan begitu."

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata walau apa juga keadaan dan provokasi yang sedang berlaku di Indonesia, beliau memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat negara itu yang berada di sini, terjamin.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang turut ditemui pada majlis sama pula berkata, Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur melahirkan rasa kesal mengenai kedudukan dan suasana yang meletus di Indonesia termasuk perbuatan menahan kenderaan.

"Duta Besar Indonesia memberi penjelasan bahawa beliau sudah menghubungi Ketua Polis Jakarta dan Menteri Luar Indonesia dan memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia tak akan terjejas," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di sana bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai keselamatan ahli keluarga termasuk anak yang sedang mengikuti pengajian dan saudara mara mereka.

"Setakat ini tak sampai ke tahap untuk mengehadkan pergerakan pelajar di sana. Kita akan pantau dari semasa ke semasa dan menghubungi duta Malaysia di sana,” katanya.

"Duta kita tahu apa nak buat, ini kerja biasa mereka bagi menjaga rakyat Malaysia di sana. Mereka tahu apa tindakan yang perlu diambil dan mereka ada kemampuan untuk melakukannya.

"Saya diberitahu kejadian di Indonesia bukan ancaman serius, jika di pihak sana (nampak serius)...nampak di televisyen seperti ada demonstrasi di sana," katanya.

post signature

5 comments:

ibuaries said...

hmmm...kecoh betul la dia org tu. bukan ke discovery channel (DC) dah tulis surat pd indon explain yg isu tarian pendet tu x de kena mengena dgn malaysia @ kementerian pelancongan. DC yg pandai2 cite pasal tarian pendet kat malaysia.
apa x baca berita ke? ataupun paper kat indon x mention benda ni.

ntah2 ni semua rancangan US @ yahudi nak laga2kan msia & indon.

yang pasal org dia org merompak, membunuh, merogol kat sini x plak org msia bt tunjuk perasaan, bakar bendera dia org. tu blum kisah org gaji yang lari, rampas laki org etc. baik sgt la kita org msia ni...

Unknown said...

takutnye...ntah hape2 indon2 tuh, take care :)

Lily@MamaZaraZareef said...

Hope mama Zana sekeluarga ok kat sane yer. risau jugak bile baca n tgk brite psl indon2 yg wat demostrasi ni. diorng ni mcm tak bersyukur jek. selama ni mesia takde plak nak usir2 org die sesuka hati, bakar2 bendera die..apahal lak plak diorng nk wt mcm tu kan. huu..geram btol rase..=(

genny da bomb said...

take care kat sana ye..hati2 kalo kuar rumah tu...risau plakk

♥ i'me ♥ said...

alahai..menakutkan betul la...zana kat sana hati2 yaa... bimbang la pulak kan..dahla kat negara org...mcm2 kisah.. ni mcm ada pihak yg nak melaga2kan msia & indon.. harap isu ni akan reda dgn cepat..