Thursday, November 19, 2009

10 Perkara Perlu Dielak Ketika Hamil

Baru2 ni mama dapat emel from SetBersalin.com berkongsi tips tentang perkara-perkara yang perlu dielakkan sewaktu hamil. So, mama pun nak share dgn preggy mommies xpecially young mommies.


Berikut adalah perkara-perkara tersebut :-
Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Insyallah, diharapkan info diatas dapat memberikan anda manfaat dan membantu diri anda serta kandungan anda sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat.

~ Sharing Is Caring ~

post signature

13 comments:

aja said...

Ita dah bersalin semalam pagi baby gul...ingat lg tak? skrg dia kat kolej teratai.

Ena said...

Gd info la mamazana.. Thanks.. leh gune utk akan dtg nie.. :)

Naura said...

alamak..naura suka sangatla minum kpi o..sedap..lagi2 kopi bancuh ngan susu anmum..sedapnya..

Dilla Ady said...

thanks mamazana tuk info nih..berguna tul..kebanyakannye dilla mmg amalkan mase pregnantkan sasha dulu..prevention is better than cure kan?

Neeza.Areef said...

sy mmg klu preggy byk elak menda2 mcm tu...selagi ape doc ckp jgn mmg x kan dimkn/diminum dibuat lah..

Nurhayati said...

thanks mama for the info.. walaupun mummy tak preggy lagi hihih.. tapi masa pregnant dulu, xtvt lasak ada gak buat.. active kehulur hilir panjat sana sini alhamdulillah takde ape huhu

MamaZana Baharum said...

ita pregnant ke? dpt girl? kirim salam kat die...

MamaZana Baharum said...

sama2 ena... hihihi...

MamaZana Baharum said...

naurah, mama masa preggy kurang mnm kopi. lepas ni kena kurangkan tau...

MamaZana Baharum said...

sama2 dilla, sharing is caring kan...

MamaZana Baharum said...

betul tu neeza. zana ikut ckp doc je. x amik supplement lain melainkan doc bg je.

MamaZana Baharum said...

ha.. kalau mummy preggy adik zara nanti, jgn lasak2 tau... hahahaha...

MamaZana Baharum said...

ok, thanks armouris...