Thursday, November 19, 2009

Ikan Tenggiri

Semalam seharian mama makan roti paratha dgn kari ayam. So, hari ni nak tak nak kena makan nasi jugak. Pg2 tadi bkk esbok ada 2 potong ikan tenggiri. Ok la tu. 1 potong wat masak kicap utk my gurls & 1 potong lagi wat masak cili api utk mama.

Resepi utk masak kicap ada mama sertakan. Resepi yg biasa mama buat. Tp utk anak2 mama xde la ikut resepi tu sbb bdk2 ni bknnya makan pedas. Masak simple2 je. Meh, jemput makan.....

Lunch mama

Lunch my gurls

Bahan-bahannya
4 potong ikan tenggiri (dibersihkan)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 biji bawang putih (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
Rempah 4 beradik
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
kicap pekap manis
kicap pekat masin
1 kpg asam keping
Garam
Minyak

Cara-caranya
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan gorengkan ikan tenggiri dengan sedikit garam hingga garing, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak, tumis rempah 4 beradik, lada hitam, bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau hingga naik bau dan layu. Masukkan pula kicap pekat manis dan kicap pekat masin. Tambahkan sedikit air jika nak berkuah. Bila dah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul dan biarkan sehingga pekat. Siap!!!

post signature

4 comments:

Ena said...

Adeiii.. lapar la mamazana tengok lauk2 nie.. sy lom mkn lg nie.. huuhuhu..

Dilla Ady said...

amboi..menyelerakan btul la lauk2 nih..pandai ye mamazana ni memasak..

naurah makwa said...

sedapnya ikan tuh

neezareef said...

tenggiri dikicapkan mmg maveles