Wednesday, November 18, 2009

Cloth Diaper @ CD

Cloth Diaper aka CD???



I got this info from here.



Ini mungkin kali pertama anda mendengar tentang lampin kain pada zaman segalanya boleh dipakai buang. Jadi, anda tertanya-tanya, macam mana rupanya. Satu-satunya lampin yang ada tahu ialah lampin 4 segi yang dijual di pasaraya. Jadi, untuk memudahkan anda, saya telah mengarang sedikit maklumat asas tentang lampin kain, atau lebih dikenali dengan Cloth Diaper (CD).



Keperluan asas menggunakan lampin kain telah banyak berubah. Kita tak perlu lagi menggunakan pin yang besar tu, dan kita tak perlu pakai seluar plastik (a’ah, yg memang terang-terang dibuat dari plastik, dan nampak air meleleh celah-celah tu bila terbocor).



Hari ini, CD telah diperbuat dari pilihan fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.


Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya.


Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat.


Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal.


Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi.


Asasnya, inilah yang terdapat di pasaran sekarang:


Prefolds dan Flats – Flat cloth diapersmerupakan lampin 4 segi yang tak perlu diperkenalkan lagi. Dipakaikan kepada bayi menggunakan Snappi atau pin. Prefold (pralipat?) diperbuat dari kain kapas yang sama, tapi dengan sedikit usaha menjahit lampin supaya bahagian tengahnya tebal, supaya serapan berada di tempat ia benar-benar diperlukan. Ini merupakan pilihan yang termurah dan paling tahan lasak dalam penggunaan lampin kain.


Fitted Diapers – Fitted diaper merupakan langkah seterusnya dalam memodenkan lampian kain. Ia berbentuk seperti lampin pakai buang yang kita kenali. Ia dijahit supaya terus muat dipakai, dan kena dengan namanya, “fitted”. Ia juga dibna dengan butang katup dan aplix supaya memudahkan pemakaian.Terdapat juga lampin fitted yang berpoket, bagi memberi kebebasan ibu bapa menentukan serapan yang diperlukan.Fitted, tidak kalis air jadi anda perlukan diaper cover.Kain yang biasa digunakan untuk membuat fitted ialah kain kapas tenun, flannel(seperti kain kapas selimut bayi), hemp, kain tuala, sherpa, kain dari buluh dan velour (lembut seperti baldu).


Pocket Diapers aka Lampin Kain Berpoket – merupakan lampin kain yang dijahit dengan poket atau ruang disebelah dalam untuk memasukkan insert atau apa-apa sahaja yang menyerap.Insert digunakan untuk menyerap cecair apabila bayi kencing. Insert boleh dikeluarkan untuk dicuci. Pocket diaper merupakan ‘favourite’ kebanyakan ibu bapa yang menggunakan system lampin kain moden.


All-in-Ones (AIOs) atau semua dalam satu – Seperti namanya, lampin ini boleh terus digunakan dan tak perlu ditambah apa-apa aksesori lagi. Ia versi kain kepada lampin pakai buang. Kini, anda sudah ‘pakar’ dalam jenis-jenis lampin kain moden.


post signature

6 comments:

MRS. K said...

ada jugak tepikir nak kasi anak pakai cd.. ermm...

kak, meh join giveaway saya..senang jer..

EIJAM'S FAMILY said...

huhuh mmg syiok pakai cd nie.. kiter ade ler dua jerk tue pun dapat hadiah.. anak kiter klu pakai nie xnak buka.. insya - Allah ler klu ade rezki lebih anak kedua nanti nak pakai kan cd jerk..

Ena said...

owh.. 1st time tahu pasal nie.. cam best jek.. Leh la kasi ammar try.. hihih..

mamazana said...

tu la, mama nak try pakai 2 dulu ke... ada giveaway? nanti mama singgah... thanks ya mrs.k

mamazana said...

wah.. syok betul tu sampaikan umairah xmo bkk. hehehe.... mama ni baru je nak try. huhuhu...

mamazana said...

jom kita try nak? nanti Ena just klik website yg ada kat sidebar mama ni. ada yg tgh wat promotion...