Thursday, November 12, 2009

Minum Petang ~ Karipap Kentang

Menu minum petang semalam. Mama x buat banyak pun tp cukup la mama dapat hantar kat umah wan & atok. Buat pun pakai acuan je. Malas nak mengelim. hihihi... Tgk la karipap ni, walaupun rupanya x brapa menarik, tp sedap woo... Dalam sekelip mata habis licinssss!!!! Siap suh wat lagi. muahahahaha....

Bahan-bahannya

Kulit/Doh
250g tepung gandum
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam + air
Inti
5 biji kentang
3 sudu besar kari ayam/daging
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
Segenggam ikan bilis
Hirisan daun sup
3 sudu cili kering - mama x bubuh sbb bdk2 x makan pedas
Air garam secukupnya untuk menguli - jangan terlalu masin

Cara-caranya

Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Kalau nak guna tangan bole la jgk. hahahaha... Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan. Blend bawang merah dan bawang putih. Campurkan rempah kari dengan cili kering, ikan bilis & bahan2 blend. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang,air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering. Bila kentang dah empuk & inti nampak pekat, baru masukkan daun sup.

post signature

12 comments:

mama_umar said...

rajinnyee..mmg nmpk sodap :)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

gebunya karipap tu..x penah buat lagik karipap ni:)

Ena said...

Wahhh.. sungguh rajinnn.. wat karipap petang2 nie ye.. :) Len kali nak cube la wat resepi nie..

mamazana said...

tgh rajin... tp bila dtg mood MALAS.... beli kat kedai je la... hihihihi....

mamazana said...

gebu ke??? nanti try buat ye mek...

mamazana said...

mama tgh rajin dik..... try tau...

neezareef said...

dh lama x wat karipap sndiri..muai kan wat sndiri..puas ati...cntik dah tu zana..bulat2 je bentuk dier

hajarus said...

cantik la kuih karipap akak tu.. nampak cantik mesti rase pun mabeleskan... sedapnyer...

mamazana said...

betul tu neeza, kalau wat sendiri puas hati skit. nak mkn brapa byk pun xpe...

mamazana said...

mama pakai acuan je. malas nak mengelim la hajar.... hihihi....

Syasmeen said...

wah rajin betul lah zana nih nak menguli2 tepung buat karipap kalu meen x de lah ms nak buat semua tuh

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...karipap singgit...