Monday, December 7, 2009

Set Herbanika Bersalin NR

Monday Morning Darlingssss!!!
Sekejap je dah masuk 2nd weeks of December kan... kan... Lagi beberapa hari je nak sampai mama nyer EDD (25 Dec 2009). Nervous daa.... So, salah satu benda penting yg kena ada adalah SET BERSALIN. This time mama skali lg guna set NONA ROGUY.

Masa berpantangkan Batrisyia, mama ada guna set bersalin AMWAY. Mmg ok sbb sume ready made je and dah siap ada bengkung. Then bila bersalinkan Arissa, mama cuba pulak guna produk NONA ROGUY. Mmg best sgt!!!. Xpecially produk Phyto Natal. Sesapa yg rasa takut nak 'membuang' masa berpantang tu, mama syorkan amik la produk ni. Mmg lawas bangat!!! hihihi...Then mama beli Minyak Berubat Mustajab. Bau minyaknya sangat harum. Bdk2 berdua tu pun xde masalah kembung sepanjang berpantang.


Tablet Phyto Natal (90 Tablet)
Phyto Natal di dalam Set Bersalin Nona Roguy berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

Minyak Herbanika (100 ml)
Minyak herbanika disediakan di dalam Set Bersalin Nona Roguy untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.

Ia juga melancarkan peredaran darah disamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

Uncang Cuci (10 pek uncang)
Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci Nona Roguy.Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.

Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan.

Akar Herbanika (10 Pek Uncang)
Akar herbanika di dalam Set Bersalin Nona Roguy bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.

1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari.Air ini juga boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya.

Herbanika Lulur ( 100 gm )
Set Bersalin Nona Roguy lengkap dengan lulur yang bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung. Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh. Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan selama 1 bulan.


Herbanika Barut (60gm)
Krim barut di dalam Set Bersalin Nona Roguy ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.

Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.Gunakan herbanika barut Set Bersalin Nona Roguy ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.

Set Herbanika Bersalin NR ni harganya dalam RM375.00. But, luckly i'm member of NR, so harganya RM300.oo je. Ok la tu kan... hehehehe.... Pastu mama beli Minyak Berubat Mustajab utk baby sekali which is the price is RM27.00.

post signature

1 comment:

Iryani Noor said...

salam kak, mcm mana nk jadi ahli NR ekk.. saya berminat nak beli set bersalin ie..