Monday, March 8, 2010

Posisi Penyusuan Yang Baik

POSISI PENYUSUAN YANG BAIK

Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya. Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat). Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul. Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

Refleks let-down atau pancutan susu
Refleks let-down adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik saja bayi berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas mengenai penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

Beralih payudara
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

Sendawakan Bayi

Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawa. Letakkan bayi di bahu anda dan gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

Pilih posisi yang selesa
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat kepada anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu


Posisi dakapan - Ini adalah posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda, sokong belakang badan dan punggung bayi serta lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

Posisi football hold - Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan cesarean memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. Sokong kepala bayi dengan tangan, gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.

Posisi berbaring - Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan Cesarean ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. Sokong kepala anda dengan lengan dan sokong bayi anda dengan lengan atas.

Note: Sumber Persatuan Pemakanan Malaysia dan Persatuan Pediatrik Malaysia.


~ Sharing Is Caring ~

post signature

No comments: