Wednesday, October 6, 2010

Kek Biskut Marie a.k.a. Kek Batik

Anak2 mama mmg suke bebenor kek batik ni. Bukan anak2 je, mamam dia pun sama gak. Resepi turun temurun keluarga yg sangat simple... Jom try....

Mintak maaf banyak2 dgn gbr kek yg dah nak habis ni... Lupa nak snap gambor hari tu...

Bahan-bahan

600 gm biskut marie - patah 4
250 gm butter
3 biji telor gred A - pukul sikit
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan milo

Cara-caranya
Pukul telur, butter, gula, milo dan koko. Masak dgn api perlahan. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic (untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Masukkan dalam fridge. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk.


post signature

2 comments:

MRS. K said...

SUKA JUGAK KEK BATIK NI

mamazana said...

sedapkan... nyum..nyum..nyum...