Mama memang dah lama teringin nak wat agar-agar santan ni. Last weekend baru dapat buat. Mama bwk my kids balik umah kat TPUSJ even en Hubby x balik mgu ni.
Buat malam Jumaat tu, x sempat Saturday lunch dah habis dihadap oleh anak2 daraku... Batrisyia cakap, dedapnya mama buat. Padahal wat agar2 je...
Tghari tu mama masakkan ayam masak kicap utk diorg...
Bahan-bahan
25 gm agar-agar tali (dalam paket)
4 gelas air
1 kotak santan
1 1/2 cawan gula pasir
1 biji kuning telor
2 helai daun pandan (disimpul)
beberapa titis pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
25 gm agar-agar tali (dalam paket)
4 gelas air
1 kotak santan
1 1/2 cawan gula pasir
1 biji kuning telor
2 helai daun pandan (disimpul)
beberapa titis pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih. Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut. Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk. Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu). Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
6 comments:
saya suke agar-agar ni.. tapi belum penah try buat.. nanti nak try buat jugak la
makan sejuk2 ni alahaii best...lama tk buat ni..
anak2 mama yg suka. lgpun senang nak buat... kalau susah, malas jgk mama diorg ni nak buat...
makan time baru kuar pesti ais tu sedap kan...
weekend ni mama nak buat yg gula merah pulak la... hehehehe
salam..kak zana, yan minta izin copy paste resepi ni nye nk try kat umah..hihihi
salam yan... kak zana izinkan. hahahahahaha... ala, amik je... sharing is caring...
Post a Comment