Tuesday, May 22, 2012

Selamat Datang 1 Rejab

Sedar atau tidak,dalam kesibukan kita melakukan tugas harian,masa tetap berlalu.Sedang jam di dinding berdetik,usia pun dimamah waktu.

Namun rahmat Allh tidak pernah terputus.Dalam kesabaran kita menanti Ramadhan Al-mubarak,bulan Rejab jangan dilupa.Gunakan kesempatan bulan rejab kali ini sebaik mungkin disamping persedian kita menyambut Ramadhan Al-mubarak.

Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah saw) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."

Beberapa lagi hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Ayuh sama-sama mengambil kesempatan ini.

post signature

2 comments:

Neeza.Areef said...

kejap je masa dah masuk bulan rejab

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

semoga kita sama2 dpt keberkatan bulan yg baik ni.. =)