Thursday, August 27, 2009

Juadah 5 Ramadhan 1430H

Mama still rasa x sihat lagi. Tekak ni masih perit lg. Hidung pulak dah mula rasa tersumbat. Mood masak mood dah xde. So, hari ni wat menu org sakit. Bulan2 pose ni, mama teringin sangat nak makan Bubur Lambuk.

My Hubby balik keje, terkejut die tgk bini die punya la rajin masak Bubur Lambuk. Dia tanya ayg mimpi apa masak bubur lambuk ni? X pernah buat selama kawin dgn dia. muahahahaha..... Dah tu, mak yong teringin nak makan, kena la masak sendiri.
Kalau kat Shah Alam, bole la g PaRam. Bila dah dok kat sini, kena la masak sendiri. Resepi ni mama C&P dari myr yg katanya bubur lambuk Kg Baru. 1st time buat ni. Hubby kata sedap!!!!! hehehehe..


Bahan-bahan

1 cawan beras
1 biji bawang besar ~ hiris
3 biji bawang putih ~ hiris
1 sudu kecil halba (mama pakai halba campur)
1 sudu kecil jintan kasar (x letak sbb xde stok)
2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1 sudu kecil serbuk lada hitam (bancuh dgn sedikit air)
2 cawan santan pekat (ikut suka)
1 sudu besar minyak sapi (mama x letak sbb xde stok)
2 sudu besar minyak masak
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
daging (ikut suka, mama letak lebih)
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
bawang goreng + kacang goreng + ikan bilis goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-caranya

Mula2 panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih. sehingga naik bau. Tak yah goreng sampai kuning.
Lepas bawang dah naik bau, masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daging dan masak hingga daging keluar air. Pastu masukkan air halia. Biar mendidih.
Lepas tu masukkan air biasa. Agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti. Biar didih. Dah didih air, letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air td.
Masuk kan beras dan masak hingga beras kembang. Kalau tak cukup air boleh tambah lagi.
Selepas beras dah kembang, letak kan garam dan udang kering.
Kemudian boleh la letak pati santan. Kalau tak nak lemak sgt boleh kurang \kan santannya. Masak hingga bubur pekat.
Boleh dihidang dgn bawang goreng, kacang goreng, ikan bilis goreng, daun sup dan cili kicap.


Mama suka wat cili ni bila mkn dgn mee sup ke, bubur ke, soto ke atau dgn apa2 je.

Bahan-bahan
segenggam cili padi
2 ulas bwg putih
kicap masin + kicap manis

Cara-caranya
Blend cili api, bwg putih dan kicap. Letak sikit je air.
Dah siap!


post signature

6 comments:

hajarus said...

hajar selalu wat sambal kicap tu kak sebab suami orang johor dah biasa makan yang bersup mesti nak sambal kicap.. makan goreng pisang pun nak sambal kicap...

Eliss said...

ni lain dari bubur lambuk trg..bila laa aku nak rajin buat bubur lambuk ni..huhuhu

vee said...

Rajinnya zana buat bubur lambuk..Tekak tgh x sdp eh zana? Rajin2 mkn ubat ye..Take care..get well soon..

MamaZana Baharum said...

ooo.. ye ke hajar. mmg org belah sana suka sambal kicap ni. kak zana pernah try goreng pisang cicah sambal kicap. sedap gak... hehehe...

MamaZana Baharum said...

aha, lain skit drp bubur lambuk terengganu. bdk2 suka bubur lambuk mcm ni.

MamaZana Baharum said...

tekak x sedap la vee. mcm nak kena flu & cold je. tu yg wat bubur lambuk je. nasib baik la husband memahami... hihihi...