Monday, August 10, 2009

Sosej Roll

Ni menu our breakfast. Kak long request nak makan sosej. Sosej pun beli masa balik Shah Alam hari tu. Sosej kat sini x sodap! Best lg sosej kat tpt kite. Beli byk2 wat stok since bdk2 &mak budak pun suka. hihihi... Stok roti ada lagi, so mama wat Sosej Roll untuk bdk2 berdua tu. Sonang je nak wat. Sekali hadap je. Dah licin. hahahaha....

Bahan-bahan
5 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
5 sosej ayam @ daging
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam - x ltk sbb sosej tuh dh masin!
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Gelek roti hingga nipis/leper
Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
Masukan garam dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis

post signature

6 comments:

ediyan said...

hi mamazana.... sodap yer sosej roll tue.... nanti ler la try wat utk anak2 yan plak.. smlm sarapan pagi yan pun buat tp sardin roll cuma tukar inti dlm tue jer..hihihi

mamazana said...

ediyan, budak2 ni mmg suka mkn sosej. tu yg mama buat sosej roll.hehehe

vee said...

wah..sedapnya sosej roll tu..lg2 tgh posa ni..menggugat iman gitu..hahaha..

sujaihah said...

masa goreng tu tak terbukak ker?takyah letak aper2 ker supaya tak terbuka?

mamazana said...

vee, tgh pose ke? kuatkan iman ye... hehehehe

mamazana said...

x terbkk sue sbb dah celup dgn telur. so, roti tu melekat. nanti cuba ek...