Tuesday, November 10, 2009

Sagu Gula Melaka

Menu minum petang kami beranak. Anak2 mama suka sgt Sagu Gula Melaka ni xpecially little Arissa. Makan bila time hujan ni pun sodap!!! Jom jamu mata ye kengkawan.... Mama dapat resepi kat sini.

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan sagu
5 cawan air
Bahan B
3 cawan santan ~ mama pakai santan kotak je
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah ~ mama pakai gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara
Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. Buang daun pandan dan sejukkan.
Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C. Siap untuk dimakan!!!

post signature

8 comments:

cheqna said...

em...sedapnya

boleh r try nanti

nway kak..salam perkenalan..

lily azliyana @ mama zara said...

hmmm..mmg sedap kuih ni. tp tak pernah try buat lagi..hehe..mama zana tau tak ade org panggil kuih ni, kuih hati pari tau. unik btol kan..=p

Hubby said...

Mmmm.....sedapnya...siap ade hiasan lagi.........nak satu

mrsharis said...

Wahhh,..boleh cuba this wiken..
thanks for sharing :)

mamazana said...

senang je dik.. nanti try buat ye..

mamazana said...

kuih hati pari??? 1st time pulak mama dgr. hihihi... kuih ni mmg sdp. bdk2 pun suka.

mamazana said...

dah habih dah... syg balik nanti, ayg buat lagi ek...

mamazana said...

mrsharis, nanti buat tau. senang je... dah buat nanti publish ye. hihihi...