Sunday, February 14, 2010

KEJAM!!!

Aduh... luluhnya hati mama bila tgk berita malam td. Mayat bayi dibakar dalam tong!!! KEJAMnya!!! Mmg lately ni byk betul kes buang bayi tp kes ini la yg paling KEJAM! Binantang pun x seKEJAM tu. Anak2 mama pun tanya ..."kenapa mama baby tu buang n bakar baby dia mama?"... Kelu mama nak jawab soklan kak long tu. Mama terus cium Haziq sbb baby yg kena bakar tu baby BOY. Kesian sgt2... Baby tu x bersalah pun....

Oleh Norliza Wasilan dan Fakri Awang Lah mailto:LahmLahbminggu@bharian.com

POLIS forensik Kota Bharu memeriksa anggota bayi lelaki yang dijumpai terbakar dalam tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai di Jalan Zainal Abidin, bandar Kuala Krai, semalam. Bahagian anggota badan, kaki terpisah ditemui rentung dalam bekas sampah MDK

KUALA KRAI: Tidak berperikemanusiaan! Inilah selayaknya menggambarkan perbuatan kejam berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan, yang hampir rentung dalam sebuah tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai (MDK), di belakang sebuah bank, di Jalan Tengku Zainal Abidin, semalam.

Lebih menyayat hati, biarpun bayi berkenaan cukup sifat, namun keadaan mayatnya cukup mengerikan apabila bahagian anggota badan dan kakinya ditemui dalam keadaan terpisah dalam tong sampah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani, berkata pihaknya menerima laporan pekerja MDKK pada jam 11.25 pagi semalam yang menemui mayat seorang bayi berada di dalam tong sampah berkenaan ketika melakukan rutin hariannya di kawasan berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan, dipercayai mayat bayi itu dibuang selepas 24 jam dilahirkan dan dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti.

"Pekerja terbabit segera memaklumkan kepada anggota polis yang membuat rondaan bermotosikal apabila ternampak mayat bayi terbakar. Bayi itu dipercayai berusia satu hari berdasarkan uri dan tali pusat masih ada pada badan bayi itu.

"Bayi itu hangus daripada pinggang ke bawah dan berdasarkan maklumat diterima, pihak kami percaya tong berkenaan dibakar sejak pagi semalam (kelmarin) bertujuan menghapuskan bukti," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini, semalam.

Pada Rabu lalu, kes buang bayi dilaporkan di Kampung Permatang Duyong, Melaka manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu.

Abdul Rahim berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya, sama ada dibunuh sebelum ataupun selepas kejadian.

"Pihak polis meminta bantuan orang ramai dan klinik swasta supaya menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, pekerja kontrak MDKK, Abdul Rahman Husin, 29, yang mendakwa melihat mayat bayi berkenaan di dalam tong sampah ketika melakukan rutin harian memungut sampah berkata, dia bersama dua rakan sekerjanya terkejut sebaik melihat mayat bayi berkenaan bersama longgokan sampah yang dibakar di dalam tong MDKK.

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata ketika mahu mengiringkan tong sampah berkenaan dan seakan tidak percaya bahawa objek yang bergolek di dalamnya adalah seorang bayi cukup sifat. Ketika ditemui jam 11 pagi, ia hanya melecur pada bahagian kaki dan bara api masih ada.

post signature

3 comments:

LiAnA said...

Allah Maha Kuasa... walaupun di bakar baby tu.. tp paras pinggang ke bawah je yang rentung.. muka still boleh nampak..bhn bukti tu... memang laknat ler sape yang bakar.. :-(

ibuaries said...

manusia jenis apa la yg sanggup buat mcm tu. binatang pun sygkan anak. sedihnya tgk mayat baby tu. x aman la hidup si laknat tu, dunia akhirat!

sujaihah said...

sampai hati bt anak camni...pikirkan la dosa pahala...