Sunday, May 23, 2010

Bayi Maut Sewaktu Ibu Bapa Tidur.

Uishhh.... Seriau giler bila mama baca surat kabar tadi pasal baby maut sewaktu ibu bapanya tidur. Mama betul2 pelik dgn sikap mak bapak baby ni tau. Pasal apa pi bkk tingkap yg x bergrill tu kalau tahu katil tu letak dekat dgn tingkap???

Nak salahkan sapa sekarang ni??? Mama tahu ajal & maut di tgn Allah swt. Tp baby tu meninggal disebabkan kecuaian mak bapak dia... Ish... mama pulak yang rasa ralat sgt.

Al-Fatihah untuk baby Adam Haikal...

BAYI malang, Adam Haikal jatuh dari tingkap (anak panah) di tingkat tiga kuarters Kementerian Pelajaran, Subang Jaya semalam. Gambar kecil, bapanya Mohd. Rostam Che Mat

SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Adam Haiqal Mohd Rostam dipercayai merangkak ke arah tingkap yang sedikit terbuka itu sebelum terjatuh ketika ibu bapanya masih tidur di rumah mereka di bangunan kuarters pendidikan terbabit.

Difahamkan, ibu mangsa sebelum itu mendengar tangisan kuat bayi dan terus bangun selepas menyedari anak tunggalnya tiada di sisi lalu mencari Adam Haiqal di sekitar bilik tidur, tetapi terkejut apabila menjenguk ke luar tingkap dan mendapati mangsa tertiarap dalam longkang di bawah bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata wanita berkenaan terus mengejutkan suaminya untuk turun melihat keadaan anak mereka dan selepas diperiksa, mangsa didapati tidak mempunyai kesan luka.

“Pasangan itu kemudian menghantar anak mereka yang kelihatan masih bernyawa tanpa kesan darah itu ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), tetapi disahkan mati dalam perjalanan sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa dilaporkan cedera parah di kepala dan ada kesan calar pada kakinya,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Sementara itu, bapa bayi malang itu, Mohd Rostam Che Mat, ketika ditemui di PPUM kelihatan murung dengan kejadian berkenaan dan tidak menyangka tindakan membuka sedikit tingkap bilik kerana cuaca agak panas pada malam kejadian menjadi punca tragedi terbabit.

Beliau yang bertugas di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ) bagaimanapun enggan mengulas lanjut kejadian berkenaan kerana masih terkejut dengan kematian anak kesayangannya. Setakat jam 6.30 petang semalam, jenazah Adam Haiqal masih ditempatkan di PPUM.

Adam Haikal dikatakan demam dan tidur sekatil dengan ibu bapanya.
Dia bagaimanapun terlebih dulu terjaga dan berdiri di atas katil itu sebelum terjatuh menerusi tingkap yang terbuka dan tidak dipasang jeriji.

Adam Haikal terjatuh ke dalam longkang ini sebelum tangisannya mengejutkan ibunya yang tidur dalam bilik mereka di tingkat tiga kuarters Kementerian Pelajaran di Subang Jaya semalam.

Tidak ada siapa menduga perkara ini akan terjadi. Kepada ibu bapa arwah Adam, bersabarlah... Hikmah tetap ada dan ambilah seberapa pelajaran serta muhasabah diri kita selagi diberi kesempatan olehNya. Arwah Adam kembali pun kepada Allah jua. Jika banyak bersabar, insyaallah, Allah akan limpahkan rahmatNya... Takziah dari mamazana sekeluarga...

post signature

9 comments:

kak mas said...

sedihnya... terlalu cuai ibubapa ni. biarlah berpanas sikit janji keselamatan anak terjaga...

mamazana said...

betul tu kak mas...

mcm mana lah sibapa ni boleh terfikir nak bkk tingkap sedangkan ada anak kecil yg tgh lasak tido bersama.

katil tu pulak dirapat ke tingkap... seriau betul mama!!!

lily azliyana @ mama zara said...

huuu..siannya baby ni..=(

Marsha~ said...

TAK BOLEH NAK SALAHKAN SESAPE.. TAKDIR...
SEMOGA ADAM TENANG DISANA..

mamamiya said...

mmg dah takdir kalu diikutkan..tp still rasa nk marah pada ibu bapa yg cuai macam nih..menangis air mata darah pon tk guna..nape tk pk dulu ade anak kecik tidotepi tingkap..sedihnya..anak saya pon sebaya dengan arwah..rasa sayu plak..mungkin tuhan lebih sayangkan dia..tp ibu bapa yg lain tolonglah...benda2 mcm nih patut diutamakan..safety first!!!!!

mamazana said...

siankan baby tu kan lily...

mamazana said...

benda dah jd marsha...
tentu ada hikmahnya kan...
kita yg hidup ni kena la selalu ingatkan keselamatan anak2...
betul tak???

mamazana said...

mama sokong mamamiya!!!

adlin linda said...

terkejut dan sedih dgr berita2 mcm ni. cuaca skrg mmg amat amat panas..lepas mandi pun boleh berpeluh.

so, mgkin parents tu x pernah terfikir yg anak dia akan ada hasrat nk ke tingkap tu, n x perasan ank yang sdg meningkat naik tu sbnarnya suka mencuba sesuatu yang baru..

takziah buat mereka dan pengajaran buat kita...