Saturday, January 18, 2014

Last Minit Vacation

Sebenarnya x plan langsung nak gi bercuti kat Kijal ni. Kebetulan papa ada kerja kat Kemaman pastu Selangor pulak cuti Thaipusam, so kiteorg pun menggedik la nak ikut.


Buah hati mama papa








Sebab kolam ni la menguatkan lagi bdk3 ni tergedik2 nak ikut

- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Wednesday, January 15, 2014

Resepi Kari Ikan Siakap

Aku ni xde la pandai sangat masak kari. Tp bole la kalau nak makan. Macam aku suka kari ala2 mamak. Pak Habibi pulak suka kari ala2 melayu yg ada santan tu. Kolestrol tuuuuu....

Hari senin ari tu beli sekor ikan siakap. Saja nak try buat kari pulak.



Kari Ikan Siakap


Bahan-bahannya:-
Seekor Ikan Siakap dibersihkan
5 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
1 peket kecik rempah kari ikan
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
2 sudu cili giling (option)
1 cawan santan Pekat

Cara-caranya:
Tumis bahan yang di hiris sehingga naik wangi.
Masukkan halba dan daun kari. Tumis sehingga naik wangi.
Tumis cili giling hingga garing
Masukkan rempah kari yang telah di gaul dengan sedikit air.
Tumis sehingga kari masak (pecah minyak)
Masukkan 1 cawan air
Setelah mendidih masukkan santan dan 2 keping asam keping
Then masukkan ikan
Last sekali masukkan bendir dan tomato. (Aku letak tomato aje)
Tunggu sehingga ikan dah masak baru masuk kan garam secukup rasa.


- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Lunch Cuti Maulidur Rasul

Aku ni dah lama nau x masak. Bkn malas tau tp si budak curly Rania suka sgt berkepit. Manja sgt ni.

Menu lunch cuti semlm Kari Ikan Siakap, Sayur Kobis, Udang Goreng Kunyit, Telur Mata dan Buah Naga.





Sayur Kobis


Ikan Siakap


Udang Goreng Kunyit


Telur Mata


Buah Naga

- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Saturday, October 26, 2013

Rendang Daging Cili Api




Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahan
1 kg daging batang pinang
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 btng serai-di ketuk
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu

Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.


- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Sayur lodeh




Sumber: Kak yatie
Bahan-bahan
10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
3 cwn santan cair*
3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
Cara-Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.




- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone