Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts

Monday, November 30, 2009

CD Shopping Online

Lepas survey punya survey, masuk website sana sini, akhirnya mama decide beli CD kat website Pn. Nora ni ha. Harga CD kat situ sgr reasonable xpecially yg brand Babyland Cartoon Printed which is RM30.00 je. Dapat disc lagi. Mama order hari Sabtu, hari rabu dah sampai. Thanks ye Nora. Kalau u all tgh survey CD, jom la singgah blog Nora ni ye.

Mama beli CD brand Babyland Cartoon Printed ~ 2, Babyland Plain ~ 1, Coolababy ~ 1 & Laundary Bag 1. Semangat betul mama ni nak try new baby pakai CD. hehehehe....

Parcel yg ditunggu2 sampai jua....

Tu dia... Sampai 4 CD. Trial konon....

Babyland Printed Cartoon Spongebob with 2 insert ~ RM30.00

Babyland Printed Cartoon Blue Monkey with 2 insert ~ RM30.00

Babyland Orange with 2 insert ~ RM29.00

Coolababy Red with 2 insert ~ RM29.00

Laundary Bag (net) ~ RM5.00.
Mama dpt disc. hehehehe...

At last but not least, dapat sepit rambut... As a gift utk anak dara mama kot...


post signature


Friday, November 20, 2009

Brand of CD

Susulan mama nyer this entry. Actually mama tgh survey nak beli CD ni. Mama cadang nak pakai utk my new baby nanti. Sekarang pun mama tgh dok kumpul info apakah kebaikan CD ni. Which brand yg ok, which website yg tgh wat promotion dari segi price & brandnya. Org lain dah bermacam2 kaler koleksi CD. Mama ni pulak br terhegeh2 & terkulat2 nak beli. Ketinggalan sungguh rasanya! huhuhuhu... But still sempat lagi kan.. kan... kan... hehehehe....


Antara info brand CD yg sempat mama collect. Ada brand BABYLAND, COOLABABY, RAINBOWBB, LUNATOTS & ETC.



LUNATOTS Brand


COOLABABY Brand


BABYLAND Brand

BABYLAND CARTOON PRINTED


Ada gak some website yg wat clearance stock. Tp mama yg terlambat sbb dah closed pun.Kalau dpt CD yg murah2, mama nak gak beli dlm 4 helai. So far, i have a few links online which is sell this CD & mama dah wat list to compare which website yg offer with reasonable price. Kalu u all ada link website yg jual CD murah2, share la dgn mama ye... Thanks babes...



post signature

Wednesday, November 18, 2009

Cloth Diaper @ CD

Cloth Diaper aka CD???



I got this info from here.



Ini mungkin kali pertama anda mendengar tentang lampin kain pada zaman segalanya boleh dipakai buang. Jadi, anda tertanya-tanya, macam mana rupanya. Satu-satunya lampin yang ada tahu ialah lampin 4 segi yang dijual di pasaraya. Jadi, untuk memudahkan anda, saya telah mengarang sedikit maklumat asas tentang lampin kain, atau lebih dikenali dengan Cloth Diaper (CD).



Keperluan asas menggunakan lampin kain telah banyak berubah. Kita tak perlu lagi menggunakan pin yang besar tu, dan kita tak perlu pakai seluar plastik (a’ah, yg memang terang-terang dibuat dari plastik, dan nampak air meleleh celah-celah tu bila terbocor).



Hari ini, CD telah diperbuat dari pilihan fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.


Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya.


Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat.


Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal.


Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi.


Asasnya, inilah yang terdapat di pasaran sekarang:


Prefolds dan Flats – Flat cloth diapersmerupakan lampin 4 segi yang tak perlu diperkenalkan lagi. Dipakaikan kepada bayi menggunakan Snappi atau pin. Prefold (pralipat?) diperbuat dari kain kapas yang sama, tapi dengan sedikit usaha menjahit lampin supaya bahagian tengahnya tebal, supaya serapan berada di tempat ia benar-benar diperlukan. Ini merupakan pilihan yang termurah dan paling tahan lasak dalam penggunaan lampin kain.


Fitted Diapers – Fitted diaper merupakan langkah seterusnya dalam memodenkan lampian kain. Ia berbentuk seperti lampin pakai buang yang kita kenali. Ia dijahit supaya terus muat dipakai, dan kena dengan namanya, “fitted”. Ia juga dibna dengan butang katup dan aplix supaya memudahkan pemakaian.Terdapat juga lampin fitted yang berpoket, bagi memberi kebebasan ibu bapa menentukan serapan yang diperlukan.Fitted, tidak kalis air jadi anda perlukan diaper cover.Kain yang biasa digunakan untuk membuat fitted ialah kain kapas tenun, flannel(seperti kain kapas selimut bayi), hemp, kain tuala, sherpa, kain dari buluh dan velour (lembut seperti baldu).


Pocket Diapers aka Lampin Kain Berpoket – merupakan lampin kain yang dijahit dengan poket atau ruang disebelah dalam untuk memasukkan insert atau apa-apa sahaja yang menyerap.Insert digunakan untuk menyerap cecair apabila bayi kencing. Insert boleh dikeluarkan untuk dicuci. Pocket diaper merupakan ‘favourite’ kebanyakan ibu bapa yang menggunakan system lampin kain moden.


All-in-Ones (AIOs) atau semua dalam satu – Seperti namanya, lampin ini boleh terus digunakan dan tak perlu ditambah apa-apa aksesori lagi. Ia versi kain kepada lampin pakai buang. Kini, anda sudah ‘pakar’ dalam jenis-jenis lampin kain moden.


post signature