Showing posts with label Ramadhan Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Jakarta. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Juadah 20 Ramadhan 1430H

Yeehaaa... Ptg ni we all nak balik Shah Alam via KLM!!! Kali ni balik lama sikit. 4 okt baru mai sini balik. En.Hubby pulak just hantar mama & anak2 pastu dia balik Jakarta on Sunday sbb kena keje lg. Then on 16hb, br papa balik Shah Alam utk cuti raya.

Semalam mama buka pose sorang2 lagi. Papa ada event berbuka pose dgn projek team. Menu semalam mama masak udang masak tempoyak, sotong goreng tepung & udang goreng kunyit. Nak habiskan stok lauk kat dlm esbok ni sbb ptg ni dah nak balik Shah Alam. Itupun mama tinggalkan ikan tenggiri utk papa goreng bila papa balik sini.. Pastu mama kukuskan pau frozen yg dah last stok tu.

Menu semalam

Sebenarnya udang ni mama nak wat masak lemak cili api. Bahan2 sume dah siap, tinggal nak masak je. Bila nak start masak, br tahu stok santan kotak dah habis rupanya. Terus tukar wat masak tempoyak sbb stok tempoyak ada byk lg.

Sotong ni en.Hubby yg request suh wat goreng tepung. Mama menurut perintah je.

Udang goreng kunyit utk anakanda sbb dia x mkn pedas. Just letak bawang je. Cili diharamkan ye!!!

post signature

Buka Puasa di Penang Bistro

Last 2 days g buka pose kat Penang Bistro. Gi 2 famili gak. Cuti masak lagi.... hehehe.... Gbr menu x sempat nak snap sbb menu lbt sampai. Dah masuk waktu buka, makanan x sampai lagi. Memang ramai org hari tu. Bila makanan sampai, terus terkam. Tak dan nak amik gbrnya.

Jom kita tgk gbr2 org yg tgh menunggu makanan sampai. huhuhu....

Tempatnya not bad. Sgt cozy!!!




Kak long minta pen sbb dah boring menunggu.


post signature

Wednesday, September 9, 2009

Juadah 18 Ramadhan 1430H

Isk...isk...isk.... Semalam mama buka pose sorang2 je. Office en.Hubby ada event berbuka pose. X leh bawak famili pulak tu... isk..isk..isk.. So, memandangkan buka pose sorang2, mama malas nak masak. Just panaskan lauk semalam je. Makan nasi himpit, kuah kacang, rendang & kukus pau frozen je.

Actually mama ada gak masak satu lauk, sup ayam utk bdk2. Kak long nak makan dgn nasi himpit. Konon2nya ala2 makan soto la tu.... hihihi....Lupa lak mama nak snap gbr sup tu.


post signature

Tuesday, September 8, 2009

Juadah 17 Ramadhan 1430H

Menu semalam mama masak rendang daging, kuah kacang & nasi himpit. Mood raya babes!!! Pastu en. Hubby balik keje, die nak makan sambal sardin pulak. Demi permintaan darling tersayang, mama pun masak je la.... ceh.... muahahahaha.....

Pastu, tekak ni tetiba pulak nak makan kebab. Stok daging burger ada lagi. Apalagi, potong bawang besar ngan tomato. Mayonis pun ada. Jadila la kebab.... Tp bila dah azan maghrib, dah minum air milo, br makan 2 sudu nasi himpit, tetiba kepala dah pusing. Tekanan darah rendah ke? Atau angin dah naik ke kepala? Sejak pose ni mmg perut selalu masuk angin & senak je. So, mama makan sikit je buka pose semalam. Potong stim betul. huhuhu...






Daging burger tgh masak ni.

post signature

Monday, September 7, 2009

Buka Puasa Diluar

Weekend semalam mama cuti masak. hahahaha... Dua hari berturut2 gi buka pose kat luar. Best... best... Hari sabtu g makan kat Bandar Djakarta, Ancol. Hari ahad pulak g makan kat Ikan Bakar Cianjur, Cipete. We all g 2 famili.

Gbr kat Bandar Djakarta x sempat nak snap sbb sibuk dok layan bdk2 berdua tu. Sempat snap gbr hari ahad tu je. Layan ye...



Sibuk betul bdk berdua ni tau...


post signature

Juadah 14 Ramadhan 1430H

Menu puasa ke 14. Ada ayam masak merah, sup ikan, bubur jagung, pau frozen & buah2an.



Lauk untuk anak2 sebenarnya. Tp papa diorg yg sukanya.

Sejak bulan puasa ni, papa suka sgt suruh mama buatkan bubur jagung. Kalau bole hari2 nak bubur jagung.

post signature

Friday, September 4, 2009

Juadah 13 Ramadhan 1430H

Adoiiii.... Mama punya dua2 peha cramp la!!! Ni gara2 turun tangga masa gempa bumi semalam la tu. Pagi tadi baru terasa sakit2 pehaku ini. Yelah, org dah lama x exercise. Tetiba je turun dr tkt 9. Mau x terkejut muscle tu. huhuhu...

Sakit2 pun kena masak jugak ya ibuk2. Menu semalam just masak sambal sotong, goreng ayam, wat puding mocha & panaskan kuah kari semalam. Jadila....


Request from my Hubby la ni.... Nak Mocha...

post signature

Juadah 12 Ramadhan 1430H

Juadah berbuka selepas gempa bumi. Sempat lg masak kari ikan tenggiri & panaskan roti Paratha frozen. Walaupun simple, tp mama tetap kenyang. Alhamdulillah...

Kari ikan tenggiri gempa bumi... muahahaha....

Bahan-bahan
2 potong ikan tenggiri
5 ulas bawang merah ~ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar
3 sudu serbuk rempah kari ikan (ikut suka)
2 sudu cili blend (mama pakai serbuk cili je...)
1 sudu halba campur
kulit kayu manis + bunga lawang
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat (mama pakai santan kotak)
1 biji tomato ~ dibelah 4
daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-caranya

Mula2 tumiskan bawang putih, bawang merah, halba campur, kulit kayu manis dan daun kari.
Bila bahan tumis sudah kekuningan, masukkan cili giling & rempah kari yang telah dicampur sedikit air.
Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan santan, asam keping (tambah air jika perlu). Didihkan.Kemudian masukkan ikan, bendi dan tomato.
Didihkan sebentar.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Siap dan sedia untuk dihidang.

post signature

Tuesday, September 1, 2009

Juadah 10 Ramadhan 1430H

Semalam mama ada rajin skit... Mama masak gulai lengkuas, sambal sardin, goreng meehoon and buat sikit puding jagung.



My Hubby yg request ni. Teringin nak makan gulai ni. Mama x berapa pandai tp hubby kata LULUS!!!!! Bole buat lagi. hihihi.... (Time kacih kat kak Yati...)

Meehoon sempoi je ni...


post signature

Juadah 9 Ramadhan 1430H

Mood masak merundum!!!!
Actually weekend hari tu nak g buka pose kat luar tp sbb bdk2 kena flu, terpaksa la cancelled. So just call Domino's Pizza je. Tp kat sini kalau nak wat delivery, order kena more than IDR300,000. We all order Super Deluxe, Extravaganza, Chicken Wing.

Nape x order Pizza Hut? Pizza Hut kat sini x sedap compare kat M'sia. Rasanya pelik sikit. Tp kalau Domino's, rasanya sama mcm kat M'sia..


post signature

Juadah 8 Ramadhan 1430H

Alahai..... Anak2 mama kena flu jgk. Itu yg paling mama risaukan.... Bila mama kena flu, confirm akan berjangkit kat budak2. Meleleh2 hidung. Yg kakak kena batuk dulu then br flu. Adik pulak just kena flu. Dua2 br nak start. Awal2 lagi mama dah bg ubat. Xmo bg melarat.

Juadah kali ni, papa yg masak. Just masak sup sayur je. Mama pun bkknya ada selera pun. pregnant kali mmg xde selera je... Anyway, thanks syg!!!


Kesian anak2 mama kena jangkit.... Kak long dah pandai suap adik die...

post signature