Nak salahkan sapa sekarang ni??? Mama tahu ajal & maut di tgn Allah swt. Tp baby tu meninggal disebabkan kecuaian mak bapak dia... Ish... mama pulak yang rasa ralat sgt.
Al-Fatihah untuk baby Adam Haikal...
BAYI malang, Adam Haikal jatuh dari tingkap (anak panah) di tingkat tiga kuarters Kementerian Pelajaran, Subang Jaya semalam. Gambar kecil, bapanya Mohd. Rostam Che Mat
SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Adam Haiqal Mohd Rostam dipercayai merangkak ke arah tingkap yang sedikit terbuka itu sebelum terjatuh ketika ibu bapanya masih tidur di rumah mereka di bangunan kuarters pendidikan terbabit.
Difahamkan, ibu mangsa sebelum itu mendengar tangisan kuat bayi dan terus bangun selepas menyedari anak tunggalnya tiada di sisi lalu mencari Adam Haiqal di sekitar bilik tidur, tetapi terkejut apabila menjenguk ke luar tingkap dan mendapati mangsa tertiarap dalam longkang di bawah bangunan itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata wanita berkenaan terus mengejutkan suaminya untuk turun melihat keadaan anak mereka dan selepas diperiksa, mangsa didapati tidak mempunyai kesan luka.
“Pasangan itu kemudian menghantar anak mereka yang kelihatan masih bernyawa tanpa kesan darah itu ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), tetapi disahkan mati dalam perjalanan sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Mangsa dilaporkan cedera parah di kepala dan ada kesan calar pada kakinya,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Sementara itu, bapa bayi malang itu, Mohd Rostam Che Mat, ketika ditemui di PPUM kelihatan murung dengan kejadian berkenaan dan tidak menyangka tindakan membuka sedikit tingkap bilik kerana cuaca agak panas pada malam kejadian menjadi punca tragedi terbabit.
Beliau yang bertugas di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ) bagaimanapun enggan mengulas lanjut kejadian berkenaan kerana masih terkejut dengan kematian anak kesayangannya. Setakat jam 6.30 petang semalam, jenazah Adam Haiqal masih ditempatkan di PPUM.
Adam Haikal dikatakan demam dan tidur sekatil dengan ibu bapanya.
Dia bagaimanapun terlebih dulu terjaga dan berdiri di atas katil itu sebelum terjatuh menerusi tingkap yang terbuka dan tidak dipasang jeriji.
Adam Haikal terjatuh ke dalam longkang ini sebelum tangisannya mengejutkan ibunya yang tidur dalam bilik mereka di tingkat tiga kuarters Kementerian Pelajaran di Subang Jaya semalam.
Tidak ada siapa menduga perkara ini akan terjadi. Kepada ibu bapa arwah Adam, bersabarlah... Hikmah tetap ada dan ambilah seberapa pelajaran serta muhasabah diri kita selagi diberi kesempatan olehNya. Arwah Adam kembali pun kepada Allah jua. Jika banyak bersabar, insyaallah, Allah akan limpahkan rahmatNya... Takziah dari mamazana sekeluarga...



