Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Berat Naik Bila Pregnant?

This is definitely a sensitive issue!! Hello... Ladies maner yg tak marah kalu cakap diorg gemuk kan... kan... (walaupun diorg mmg xde la kurus!!) And I’m one of them :p hahahahaaha....

A lot of people asked me how much weight did I gain during pregnancy.. My answer is “Banyak giler!!” Masa pregnant 1st baby & 2nd baby, mama mmg x kena morning sickness. I just can’t resist food at that time. Pantang tengok.. Mesti nak. I didn’t eat much junk food, just our usual food everyday but in huge amount!! No craving at all but sajer nak makan and my husband was really supportive of me eating.. He said it’s all for the baby, makan lagi.. makan lagi.. even I dah pregnant anak ke 4! Hahahha… Happy lar mama!!

I know eating for two doesnt mean we double up our normal diet.. But I was just constantly hungry. That is because during pregnancy, our metabolism rate increases. That’s why I eat a lot!! It’s not my fault. It’s the pregnancy!! Surprisingly, after the delivery, I lost about 9 kg!!!

Ok, are you still want numbers?

Batrisya Safia ~ before pregnant 52 kg, last before delivered 72 kg

Arissa Damia ~ before pregnant 60 kg, last before delivered 74 kg

Haziq Zafran ~ before pregnant 62 kg, last before delivered 74 kg

4th pregnancy ~ before pregnant 62 kg, until now, 70.6 kg

Time Batrisyia la yg paling byk naik which is 20 kg okehhh!!! Masa tu pregnant anak sulong kan. Husband pulak asyik dok layan tekak mama ni je. hahahahaha...

Next famous question that I always get is.. ” Have you lost your weight after giving birth?” The answer is, “Not all” Hahahah.. Baru nak kurus, pregnant balik. mcm mana nak diet...

Anyway, many2 thanks to my Lovey Dovey sbb buat mama dah x slim mcm dulu. hahahaha... Ala, mama x kisah pun berat mama naik masa pregnantkan anak2 mama. Yang penting anak2 mama in good condition inside my womb. Bila dah bersalin nanti, mama dietl er.. hihihihi

Impian mama, after deliver baby, time confinement nak pantang betul. Try to reach 55 kg. Ya Allah.. please help me to lose this weight… Amin!!


post signature

Friday, February 17, 2012

Wajarkah Si Suami Teman Isteri Bersalin?



Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital... yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan- Mengelap muka isteri apabila berpeluh- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥


~ Sharing Is Caring~


post signature

Thursday, December 17, 2009

Bengkung Zap on

Inilah corset jenis zap/strap on yg my hubby beli kat Jakarta. Dia beli 2 set. Tp my hubby ni beli bkkn yg jenis panjang punye yg mama suruh tu.. Dia beli yg just tutup punggung je. Mama nak yg dari pinggang hingga ke punggung tu. Tp bole je la kan. Drp xde.... Lagipun nak pakai utk mlm je.


post signature

Thursday, December 10, 2009

Amalan-amalan Ketika & Selepas Bersalin

Kesakitan ketika bersalin merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas kaum wanita. Ini merupakan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kerana ia menguji iman seseorang. Jika bersabar dengan kesakitan yang dialami dan bersyukur dan memuji kebesaran Allah s.w.t., dosa kita akan diampunkan olehNya.

Mama 15 mins after safely given birth Arissa at labor room

Doa-doa semasa bersalin

~ Surah Al-Anbiyak ayat 87 ~

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

~ Ayat Kursi ~

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

~ Surah Al-A'raf ayat 54 ~

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam

~ Surah Al-Falaq ~

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

~ Surah An-Nas ~

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia

Mandi wajib

~ Mandi Wiladah - selepas melahirkan anak

~ Mandi ketika kering dari darah nifas (darah kotor yang keluar selepas bersalin, sekurang-kurangnya sekejab dan paling lama 60 hari)

Tanggungjawab bapa

~ Mengazankan dan mengamatkan anak yang baru lahir .Tujuannya adalah untuk mengingatkan kembali perjanjian bahawa hanya akan bertuhankan Allah s.w.t. ketika di alam rohani. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al'Araf ayat 172 yang berbunyi

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai tehadap hal ini."

~ Menanam uri

~ Mendoakan anak

Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t.- surah Al-Baqarah ayat 128

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Doa agar diberi anak yang baik - surah Ali-Imran ayat 38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Doa agar anak menyenangkan hati - surah Furqan ayat 74

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Doa agar anak tetap mengerjakan sembahyang - surah Ibrahim ayat 4

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Panduan menamakan anak

~ Nama anak harus diberikan pada hari kelahirannya atau hari ketiga atau pada hari aqiqah atau beberapa hari selepas itu

~ Nama anak hendaklah dipilih dari nama-nama yang baik dan haram menggunakan nama yang mengabdi kepada sesuatu dari Allah s.w.t seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain

Menyembelih aqiqah

Mengkhitankan anak

~ Menurut Imam Shafie berkhitan adalah wajib.

~ Hikmah berkhitan

Asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam yang perlu dikerjakan
Menyempurnakan tuntutan syarak yang sesuai dengan sunah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagai perbezaan antara orang Islam dan penganut agama lain
Dari aspek kesihatan ia mendatangkan kebersihan pada zakar dan membebaskan kekotoran yang tersimpan di dalamnya
Menjaga kesihatan batin serta memelihara dari menghidapi penyakit kelamin

Info from here.

~ Sharing Is Caring ~

post signature

Wednesday, December 9, 2009

Differences Of My Pregnancies

Salam dear!!!!

This time, mama nak citer about differences of my pregnancy. Pregnant kali ni mmg berbeza skit with my previous pregnancy. Walaupun dah masuk anak yg ke3, this time br la mama merasa mabuk, malas, penat, lasak and etc. Lagipun pregnant kali ni mama jd temporary housewife kan. Mmg letih sgt rasanya.


Pic Batrisyia 1 day after deliver.


1st Pregnancy
~ mama xde mengalami alahan langsung pun. makan pun berselera je.
~ berat naik melampau2 . Berat asal 52 kg. My last weight before deliver is 72 kg. Naik about 20kg!!!! Just imagine.
~ sensitif & cepat merajuk. So perangai Batrisyia pun mcm tu la sekrg ni.
~ suka makan yg masam2 xpecially suka makan buah mangga. Batrisyia x mkn buah lain. Nak makan buah mangga jgk.
~ suka makan roti. X makan nasi pun xpe.
~ x brapa rajin nak masak. maklumla, duduk ngan mak. sume dah siap. hihihi...
~ preggy Batrisyia sgt senang, bersalin pun senang gak.
~ deliver awal sehari & ada tanda2 sakit nak bersalin. dalam labor room just 2 jam je.



Masa ni preggy 6 months

Kalau u all nak tahu, sebelum pregnantkan Arissa, mama pernah 2 times misscarriage tau.
1st misscariage ~ masa tu dah 9 mgu. Masa 1st check up, my gynea was told that no heartbeat on our baby. Terkezut jgk. Amik blood test & confirm, baby can't survive. Kena wat D&C.
2nd misscarriage ~ pregnant semula after 3 mth. misscariage masa dah 10 mgu. Ada bleeding skit. Bila gynea check & amik blood test, confirm i'm not pregnant. But my case called Molar Pregnancy aka Kandungan Anggur. D&C again... Adeiiii.
My gynea was advised, x leh pregnant selama 6 months. But 1 month later, mama pregnantkan Arissa pulak. Nak wat camne, Allah swt dah bg rezeki kat kami dlm waktu terdekat. Nasib baik selamat..... muehehehehe.....

Pic Arissa 15 mins after deliver.


2nd Pregnancy
~ sama macam yg dulu, xde alahan langsung. Makan berselera aje.
~ berat naik 14 kg.
~ suka makan buah2an.
~ masa pregnant 2 months, mama kena admitted about 1 weeks at SJMC coz of bad rest case.
~ then dapat MC 1 bulan. Best wooo... makan, tido je kejenya...
~ x brapa rajin nak masak. masa ni still duduk ngan mak lagi.
~ masa pregnant 7 bulan dah kena tinggal dgn husband sbb die kena attach ke Sudan... sedey...
~ dah duduk jauh dgn hubby, terpaksala jadi independent. Arissa mmg independent orgnya. ~ masa nak bersalin, mama gi menyerah diri & kena induce. Padahal cuma lewat sehari je. Taubat.... lepas ni dah rasa sakit baru g SJMC. Sakit wooo kena induce. huhuhu....



Mama preggy at 4 month



Mama preggy at 7 months
3rd Pregnancy


~ kali ni pregnant lain skit sbb mama baru la merasa loya, mabuk muntah ijo.... adoiiii...
~ kurang selera makan.
~ berat pun x naik banyak. Baru naik 7 kg.
~ rajin masak & rajin kemas umah. dah tu duduk umah sendiri. hahahaha.....
~ masa 7 bulan still bole pakai mini kurung lagi tau.
~ pregnant kali ni org cakap muka nampak berseri2. org cakap ek... bukan mama cakap. muahahahaha... perasan!!
~ preggy kali ni mama jd housewife (amik unpaid leave) sbb ikut husband dok kat Jakarta. Dah sarat ni, kena la balik & jg anak2 sorang2 sbb husband still attached at Jakarta.... sedey sgt!!!! uwaaaaaaa!!!!! Some more, x tahu lagi dapat deliver baby thru normal or C-sec...


post signature

Monday, December 7, 2009

Param & Pilis

Memandang Set Bersalin NR xde param & pilis, mama pun terpaksa la beli asing. Itupun minta tolong my sis belikan. Dia pun main belasah je beli sbb xde pengalaman kan. huhuhu... My sis belikan param & pilis produk Indonesia brand PT. Air Mancur. Baunya mmg bau jamu betul!!! Sedap gak bau dia. hihihi....

Param (15@RM1)


Pilis (5@RM1)

So, sekarang ni mama just nak tunggu my zap on (strap) bengkung (korset) yg papa beli kat Jakarta. best...best...best...

post signature

Set Herbanika Bersalin NR

Monday Morning Darlingssss!!!
Sekejap je dah masuk 2nd weeks of December kan... kan... Lagi beberapa hari je nak sampai mama nyer EDD (25 Dec 2009). Nervous daa.... So, salah satu benda penting yg kena ada adalah SET BERSALIN. This time mama skali lg guna set NONA ROGUY.

Masa berpantangkan Batrisyia, mama ada guna set bersalin AMWAY. Mmg ok sbb sume ready made je and dah siap ada bengkung. Then bila bersalinkan Arissa, mama cuba pulak guna produk NONA ROGUY. Mmg best sgt!!!. Xpecially produk Phyto Natal. Sesapa yg rasa takut nak 'membuang' masa berpantang tu, mama syorkan amik la produk ni. Mmg lawas bangat!!! hihihi...Then mama beli Minyak Berubat Mustajab. Bau minyaknya sangat harum. Bdk2 berdua tu pun xde masalah kembung sepanjang berpantang.


Tablet Phyto Natal (90 Tablet)
Phyto Natal di dalam Set Bersalin Nona Roguy berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

Minyak Herbanika (100 ml)
Minyak herbanika disediakan di dalam Set Bersalin Nona Roguy untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.

Ia juga melancarkan peredaran darah disamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

Uncang Cuci (10 pek uncang)
Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci Nona Roguy.Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.

Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan.

Akar Herbanika (10 Pek Uncang)
Akar herbanika di dalam Set Bersalin Nona Roguy bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.

1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari.Air ini juga boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya.

Herbanika Lulur ( 100 gm )
Set Bersalin Nona Roguy lengkap dengan lulur yang bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung. Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh. Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan selama 1 bulan.


Herbanika Barut (60gm)
Krim barut di dalam Set Bersalin Nona Roguy ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.

Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.Gunakan herbanika barut Set Bersalin Nona Roguy ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.

Set Herbanika Bersalin NR ni harganya dalam RM375.00. But, luckly i'm member of NR, so harganya RM300.oo je. Ok la tu kan... hehehehe.... Pastu mama beli Minyak Berubat Mustajab utk baby sekali which is the price is RM27.00.

post signature

Friday, December 4, 2009

Masalah-Masalah Sepanjang Kehamilan

Dengan cuasa yg sejuk2 ptg2 gini, mama nak share tentang masalah-masalah sepanjang kehamilan yang mana boleh berlaku kepada preggy mommies. Sebelum ni mama pernah mengalami 2 kali keguguran tau.

By: Miey Ahmad

Kehamilan Luar Rahim

Kehamilan yang berlaku di saluran falopian adalah merbahaya apabila ia mulai pecah dan merebak di dalam perut. Pendarahan yang banyak boleh membawa maut kepada si ibu. Golongan yang berisiko terdedah kepada kehamilan di luar rahim ialah terdiri daripada mereka yang mengandung kerap atau mandul, pernah menjalani pembedahan ke atas organ peranakan, pembedahan apendik atau usus, pernah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan pernah atau sedang menggunakan IUD.

Kehamilan Anggur

Ia berlaku disebabkan oleh pertumbuhan tisu placenta yang tidak normal dan membentuk seperti sejambak buah anggur. Salah satu simptomnya ialah, saiz perut ibu agak luar biasa dari sepatutnya. Pesakit juga mudah diserang tekanan serta tiroid. Pendarahan berlaku pada akhir trimester yang pertama, dan keluar seperti ketulan anggur. Hormon mengandung hCG juga akan meningkat. Kehamilan anggur perlu dibuang dengan kadar segera untuk mengelakkan pembentukan kanser atau "choricarcinoma"

Anemia

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah. Sel darah merah membawa oksigen kepada ibu dan anak yang dikandung. Anemia menjadikan seseorang itu mudah letih, nafas pendek, pucat, pening-pening dan lemah. Anemia berlaku kerana kekurangan zat besi yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk sel-sel darah merah. Wanita mengandung memerlukan dua kali ganda jumlah zat besi untuk pembentukan darah. Adalah susah untuk mendapatkan bekalan zat besi dari makanan atau yang sudah disimpan dalam tubuh, tambahan pula jika ibu mengamalkan diet yang tidak seimbang, mengandung kembar atau kerap hamil. Anemia perlu dirawat dan sekiranya jumlah darah terlalu rendah, pemindahan darah perlu dilakukan. Adakalanya ibu akan disarankan supaya bersalin awal kerana bayi akan mengalami kekurangan oksigen.

CMV

Cytomegalovirus (CMV) merupakan sejenis virus dalam herpes virus. Simptom-simptom jangkitan ini termasuklah keletihan, demam dan gatal-gatal. Sekiranya wanita hamil menghidapi penyakit ini, mungkin akan menimbulkan kecatatan mental kongenital pada kandungannya seperti kerosakan otak, kecacatan dan masalah penglihatan atau pendengaran.

Eklampsia

Eklampsia timbul bersama-sama simptom pre-eklampsia, termasuklah kebengkakan, tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing. Si ibu juga akan mengalami sakit kepala, berpinar, muntah dan kesakitan bahagian abdomen. Sekiranya berlaku, si ibu perlu bersalin dengan kadar segera yang selalunya melalui pembedahan. Ia juga boleh berlaku beberapa minggu selepas melahirkan anak oleh ibu yang menghidapi pre-eklampsia. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan koma.

Keguguran

Kematian bayi 20 minggu sebelum tarikh bersalin dianggap sebagai keguguran. 10-25% kehamilan berakhir dengan keguguran. Jumlah ini mungkin lebih tinggi kerana keguguran berlaku sebelum ibu itu sendiri sedar bahawa dia sedang hamil. Lebih 75% keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan. Keguguran pada peringkat awal berlaku kerana bayi tidak dapat membesar seperti yang sepatutnya, faktor genetik serta persekitaran. Penggunaan dadah, alkohol, merokok, diabetes, tekanan darah tinggi dan jangkitan seperti toksoplasmosis, masalah pada placenta, uterus atau serviks juga boleh menyebabkan keguguran. Keguguran juga boleh berlkau kerana faktor usia, sukar untuk mengandung atau pernah berlakunya keguguran sebelum ini. Simptom-simptom keguguran termasuklah pendarahan dan sakit bahagian bawah abdomen. Sekiranya berserta dengan air mentuban, keguguran boleh berlaku dalam 24 jam.

Uri Lekang

Ia berlaku sama ada lekang sebahagian atau lekang kesemuanya sekali dari uterus. Kes ini berlaku satu bagi setiap 100 kehamilan. Ia merupakan kes yang serius kerana janin bergantung pada plasenta untuk bekalan oksigen dan makanan. Boleh membahayakan kesihatan ibu sekiranya berlaku pendarahan yang banyak. Pemindahan darah akan dibuat atau ibu akan disarankan bersalin awal. Simptom-simptom seperti turun darah merah terang dan sakit bahagian abdomen, pergerakan janin juga semakin lemah, rasa lembut disekeliling pinggang dan sakit bahagian bawah belakang. Faktor-faktor penyebab yang dikaitkan dengannya, antaranya ialah: tekanan darah tinggi, bentuk uterus yang abnormal, trauma, merokok dan penggunaan dadah terutamanya jenis kokaina.

Uri Ke Bawah

Placenta yang normal berkedudukan lebih tinggi dari uterus. Placenta atau uri ke bawah apabila ia berkeadaan uri tersebut turun ke bawah uterus, sama ada melitupi serviks atau separa menutupi serviks. Ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak berlaku sebelum ketika hendak bersalin. Ia dikaitkan dengan keadaan bayi yang telalu kecil atau berlaku pembesaran bayi yang tidak sempurna. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko menghadapi masalah uri ke bawah ini termsuklah pernah mengalami masalah uri ke bawah sebelum ini, mengandung kerap, pernah bersalin secara pembedahan dan berumur 35 tahun ke atas.

Kelahiran Pra Matang (Lahir Tak Cukup Bulan)

Kelahiran pra matang berlaku selepas minggu ke-20 dan sebelum minggu ke-37. sebanyak 7% bayi dilahirkan pra matang. Tanda dan simptom kelahiran pra matang termasuklah berlakunya kontraksi, sakit bahagian belakang, perubahan cairan vagina dan cirit-birit. Kelahiran pra matang berlaku disebabkan kebocoran membran pramasa, kelemahan serviks, mengandung kembar, keabnormalan uterus atau placenta, ibu merokok, pendarahan vagina, jangkitan atau penyakit sewaktu mengandung. Bayi pula selalunya kurang berat badan (kurang dari 5 1/2 paun), mengalami masalah pernafasan kerana pembentukan paru-paru yang tidak sempurna, berisiko mengalami masalah penglihatan, jantung serta kecacatan yang lain.

Masalah Serviks

Serviks akan terbuka dan menipis ketika ibu mengandung trimester yang kedua kerana serviks terlalu lemah untuk menahan berat bayi yang semakin membesar. Ini boleh menyebabkan kelahiran pra-matang atau berlaku keguguran. Komplikasi ini berlaku disebabkan faktor seperti biosip kun, keguguran atau kelahiran yang sukar sebelum ini. Risiko ini semakin meningkat sekiranya ibu yang hamil pernah memiliki sejarah masalah kelemahan selviks atau pernah mengalami keguguran sewaktu trimester kedua.


Article Source: http://www.mengandung.com/tips

post signature

Thursday, December 3, 2009

Baby + Mama Check List

Walaupun mama ni pregnant anak yg ke3, tp persiapan tu mcm dpt 1st baby je kan. Masa pregnantkan Arissa pun mcm tu jgk. Mesti nak wat check list. I'm so xcited babes!!!

Mama dapat banyak jgk senarai baby check list dari Internet n dari kawan2 bloggers. So, mama pun just combine & here is the check list :

Clothing

Baju Lengan Pendek ~ 5-6 helai
Baju Lengan Panjang ~ 5-6 helai
Seluar Pendek ~ 5-6 helai
Seluar Panjang ~ 5-6 helai
Baju Jalan ~ 1 helai
Barut ~ 12 helai
Baju + Seluar Lubang ~ 4 helai
Romper ~ 2 helai
Mittens & Booties ~ 5 helai
Socks ~ 10 helai
Hat ~ 2 helai
Bibs ~ 2 helai
Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2

Feeding

Breast Pump ~ dah ada, Spectra 3
Termos*
Feeding Bottle ~ sume size dah beli kat pureen
Teats (S) *
Bottle and Teat Brush ~ dah ada
Bottle Warmer*

Nursery

Baby Cot / Playpen ~ pakai yg prev. nyer brand GRACO
Baby Pillow & Bolster ~ ada 2 set
Tilam/Comforter ~ pakai yg prev.dulu
Mosquito Net ~ pakai yg prev.
Blanket ~ 2 helai
Nursing Pillow ~ x yah kot...

Bathing

Bath Tub ~ pakai yg prev.
Toiletries (Baby Bath+Syampoo)
Towel ~ 2 helai
Cotton Balls ~ done
Cotton Buds ~ done
Baby Comb/Brush ~ done
Baby Manicure Set ~ done
Nasal Aspirator ~ done

Diapering

Changing Mat ~ beli baru sbb yg dulu dah koyak
Baby Wipes (Pureen) ~ 4 pack (L) 4 pack (S)
Disposable Diaper (Newborn) ~ dah beli 2 bag kat Pureen
Napkins ~ 10 helai
Nappy Liner ~ 1 kotak, ada 100 helai
Diaper Rash Cream ~ 2 kotak
Safety Pin~ done

Traveling

Stroller ~ pakai yg prev. brand Sweet Cherry
Travel Bag ~ done
Baby Bag ~ done
Baby Car Seat ~ tgh survey lagi...

Others

Nappy Kleen ~ dah pakai pun wat basuh baju baby. hihihi...
Bakul Baju Baby ~ 2 bakul. Baju simpan dlm rak Toyogo je.

Mama

Nursing Bra ~ 2 helai from Avon. Nak kena beli lagi ni.
Kain Batik ~ 5 helai
Bengkung ~ dah ada, tp nak beli lg satu yg zap on punye.
Socks*
Set Bersalin ~ Nona Roguy
Maternity Pad ~ dah beli kat Pureen
Disposable Panty ~ 1 pack
Nipple Cream ~ minta kat gynea. hihihi...

Others

Bidan/Tukang Urut ~ belum booked
Batu Tungku ~ guna prev.

* Beli kemudian

post signature

Thursday, November 26, 2009

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung Dan Bersalin

Hari ni mama nak kongsi Kebaikan Kurma Ketika Mengandung Dan Bersalin. Mama just C&P this info from setbersalin.com yg diorg emel kat mama baru2 ni.
Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma sememangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Disebabkan kelebihan-kelebihan tersebut, maka minta suami puan dapatkan sekotak buah kurma di kedai-kedai yang berhampiran. Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan kepada puan serta kandungan puan.

~ Sharing Is Caring ~

post signature

Thursday, November 19, 2009

10 Perkara Perlu Dielak Ketika Hamil

Baru2 ni mama dapat emel from SetBersalin.com berkongsi tips tentang perkara-perkara yang perlu dielakkan sewaktu hamil. So, mama pun nak share dgn preggy mommies xpecially young mommies.


Berikut adalah perkara-perkara tersebut :-
Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Insyallah, diharapkan info diatas dapat memberikan anda manfaat dan membantu diri anda serta kandungan anda sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat.

~ Sharing Is Caring ~

post signature

Friday, November 6, 2009

Amalan Semasa Mengandung

Terdapat banyak amalan-amalan yang elok diamalkan oleh preggy mommies. Inila buku yang mama beli dan baca sejak pregnantkan Batrisyia lagi. Buku ni senang dibaca dan byk info yg berguna utk preggy mommies. Lagipun banyak surah yang elok diamalkan ada di dalam buku ni.

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

Sayyidul Istighfar (untuk pengampunan)
*Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran: 8-9)
Doa memohon diampuni dosa (Al-Quran Surah Ali 'Imran: 192 : 194 )
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
Surah Toha (Semoga bayi lembut hati)
Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Mama cuba yg terbaik demi baby inside my belly walaupun mama semput nak habiskan satu2 surah. Kadang2 tu mama just baca Surah Yaasin je. Maklumlah nafas pun makin pendek kan... Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Insyaallah....

~ Sharing Is Caring ~

post signature