Showing posts with label Gempa Bumi. Show all posts
Showing posts with label Gempa Bumi. Show all posts

Friday, September 4, 2009

Gempa Bumi di Jakarta

Alhamdulillah, mama & family selamat dalam kejadian Gempa Bumi yg berlaku di Jakarta sekitar pukul 2.55 ptg waktu tempatan semalam. Satu pengalaman yang x dapat dilupakan buat mama & anak2.

Dalam pukul 2.00 ptg tu, mama tengah sibuk kat dapur. Nak prepare utk masak berbuka nanti. Mama nak potong bawang, blend cili & cuci ikan. Konon2 nak masak Kari Ikan Tenggiri. hehehe.... Tp sikecik Arissa ni asyik dok kacau mama je. Nampaknya kena tidokan sikecik ni dulu baru la bole masak. So mama pun settle sumenya & cadang nak masak dalam pukul 3 nanti after tidokan Arissa.

Ok, masa nak kemaskan katil tu, tiba2 mama rasa katil bergoyang2. Ishh... Nape pulak katil bergoyang2 ni...? Kata mama dalam hati. Masa tu mama dah rasa yg bukan2. Pastu mama bangun g kat tingkap pulak. Eh... Bergoyang dan rasa pening2 la pulak...

Tetiba... dummmmm!!!! Jam terjatuh. Mama, jam jatuh!!!! Jerit Batrisyia. Earthquake ni. Hati mama berkata lagi. Mama pun amik kunci & bukak pintu. Confirm Earthquake sbb sume org dah keluar selamatkan diri masing2. Masa tu debu syiling dah berguguran. Dalam hati dah berdoa, Ya Allah, jgn la runtuh dulu. Selamatkan la aku & anak2ku dari bencana ini....

Mama pun apa lagi, masuk bilik, amik handbag & tudung. Then suruh Batrisyia pakai selipar, dukung Arissa & lari ke emergency exit. Masa tu mama lupa nak off TV & nak kunci pintu. Ah.. lantakla... Sekrg ni ingat nak selamatkan anak2 je. Mujur la hari tu mama pakai sopan skit. hihihi....

Masa nak turun tangga tu, papa telefon tanya ada kat mana. Ayg baru nak turun ni... Syg ada kat mana? Abg ada kat lobby... Pastu dgn lafaz Bismillah... Mama pun turun dgn anak2. Ada la jgk 2, 3 famili yg turun sama. Batrisyia yg selama ni kalau turun tangga sgt slow. Tp kali ni die betul2 fokus tau. Sangat fokus.!!! Arissa pulak x menangis langsung! Alhamdulillah!!!

Bayangkan mama turun tangga dari tingkat 9 dgn pgg Batrisyia, dukung Arissa dan ada baby 6 bulan dalam perut!!! Xde sapa yg tolong pun! Sume sibuk selamatkan diri masing2. Masa tu mama rasa kuat sangat!!! Allah swt permudahkan sumenya. Samapai kat tkt 1, papa call lagi tanya kat mana. Ayg dah sampai kat tkt 1 ni. Syg kat mana...? Abg kat luar lobby... Alamak, kena turun setingkat lagi.

Pastu Arissa jerit nampak papa die... Papa... Papa... Bila dah nampak my hubby tu, rasa lega sangat. Papa dia pun terus la sambut Arissa & pgg Batrisyia. Then kiteorg sume berkumpul kat luar apartment. Masa tu baru la mama rasa lelah sangat.... Adoi.... Dah la mama ni still kena selsema & batuk.

After 1 jam, the management dah bg all residence balik ke unit masing2. Tp kiteorg still tunggu another half hour takut ada aftershock lg. After that barula kiteorg balik umah. Mandikan anak2. Packing mana2 yg patut. Konon2 nak berbuka kat luar, tp bila tgk jln raya jammed giler, terus cancelled. Buka kat rumah jela... Mama pun sambung masak Kari Ikan Tenggiri as a plan. hahahaha.. My hubby kata x yah la masak. Kita beli je. Ala syg... Bahan2 dah siap, tinggal masak je... Berbuka la kiteorg ala kadar.

Malam tu tgk berita, ramai gak yg terkorban dlm gempa bumi especially kat Tasik Malaya tempat gempa berlaku. Terkejut gak sbb 7.3 SR!!!. Tinggi tu!!! Diorg kata tertinggi setakat ni. Patutla rasa gegar bangat!!! Kesian kat org Tasik Malaya tu. Banyakgak rumah yg runtuh. Ada yg tertimbus hidup2 sbb tanah runtuh. Adalah dlm 50 org. Mama rasa syukur sgt sbb kiteorg xde la seteruk tu. Mama pun xde la tido lena mlm tu. Just berjaga2. Tawakal je la.

Mama pun terfikir, ini mungkin dugaan buat mama & famili di bulan puasa. Mesti ada hikmahnya disebalik kejadian ini kan... Harap2 xde gempa susulan. Minta dijauhkan... Amin.... Doakan mama & famili selamat kat sini ye...



Apartment ni ada lebih kurang 44 tingkat. Our apartment at level 9.

Sume org dok berkumpul kat bawah.


Batrisyia yg COOL!!!


Arissa yg SPORTING!!!



Selekehnya mama!!!

I'm a SUPERWOMAN!!!!!!
perasannya!!! muehehehehe...

post signature

Juadah 12 Ramadhan 1430H

Juadah berbuka selepas gempa bumi. Sempat lg masak kari ikan tenggiri & panaskan roti Paratha frozen. Walaupun simple, tp mama tetap kenyang. Alhamdulillah...

Kari ikan tenggiri gempa bumi... muahahaha....

Bahan-bahan
2 potong ikan tenggiri
5 ulas bawang merah ~ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar
3 sudu serbuk rempah kari ikan (ikut suka)
2 sudu cili blend (mama pakai serbuk cili je...)
1 sudu halba campur
kulit kayu manis + bunga lawang
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat (mama pakai santan kotak)
1 biji tomato ~ dibelah 4
daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-caranya

Mula2 tumiskan bawang putih, bawang merah, halba campur, kulit kayu manis dan daun kari.
Bila bahan tumis sudah kekuningan, masukkan cili giling & rempah kari yang telah dicampur sedikit air.
Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan santan, asam keping (tambah air jika perlu). Didihkan.Kemudian masukkan ikan, bendi dan tomato.
Didihkan sebentar.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Siap dan sedia untuk dihidang.

post signature