Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Resepi Kari Ikan Siakap

Aku ni xde la pandai sangat masak kari. Tp bole la kalau nak makan. Macam aku suka kari ala2 mamak. Pak Habibi pulak suka kari ala2 melayu yg ada santan tu. Kolestrol tuuuuu....

Hari senin ari tu beli sekor ikan siakap. Saja nak try buat kari pulak.



Kari Ikan Siakap


Bahan-bahannya:-
Seekor Ikan Siakap dibersihkan
5 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
1 peket kecik rempah kari ikan
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
2 sudu cili giling (option)
1 cawan santan Pekat

Cara-caranya:
Tumis bahan yang di hiris sehingga naik wangi.
Masukkan halba dan daun kari. Tumis sehingga naik wangi.
Tumis cili giling hingga garing
Masukkan rempah kari yang telah di gaul dengan sedikit air.
Tumis sehingga kari masak (pecah minyak)
Masukkan 1 cawan air
Setelah mendidih masukkan santan dan 2 keping asam keping
Then masukkan ikan
Last sekali masukkan bendir dan tomato. (Aku letak tomato aje)
Tunggu sehingga ikan dah masak baru masuk kan garam secukup rasa.


- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Saturday, October 26, 2013

Rendang Daging Cili Api




Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahan
1 kg daging batang pinang
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 btng serai-di ketuk
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu

Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.


- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Sayur lodeh




Sumber: Kak yatie
Bahan-bahan
10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
3 cwn santan cair*
3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
Cara-Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.




- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Brownies Kukus Lapis Cheese




Bahan-bahan kek
*500g campuran brownies kukus (premix)
*4 biji telur gred B
*75ml minyak masak
*200ml air
*5g baking powder
*5g soda bikarbonat

Bahan2 cream cheese
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
25ml air
nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking.

Cara-cara
campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
utk inti - campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar


- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Gulai Ikan Tongkol




Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahan :-
- 1 ekor ikan tongkol (bersihkan)
- 5 ulas bawang merah (kisar)
- 3 ulas bawang putih (kisar)
- 1 inci lengkuas (kisar)
- 1 inci kunyit hidup (kisar)
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 3 asam keping
- 1 biji kelapa
- 5 biji cili api

Cara-Cara Penyediaan :-

- Masukkan ikan dalam periuk, bubuh garam, asam keping dan tuangkan setengah cawan air.
- Rebus ikan selama 15 minit atau sehingga masak dan tutup api.
- Masukkan bahan kisar dalam periuk yang berisi ikan rebus tadi.
- Tuangkan santan dan cili api masak hingga kuah pekat.
- Rasalah mengikut citarasa masing-masing.
- Tutup api dan hidangkan.
- Sesuai dihidangkan dengan nasi putih.

Selamat Mencuba...


- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Tuesday, October 30, 2012

Kuetiaw Ladna

Dinner kami masa hari ahad. Pak Habibi xmo mkn nasi sbb lunch dah mkn banyak kat Nando's. Kuetiaw ni anak2 bole mkn sbb x pedas. Masak kuetiaw ni pun ikut apa yg ada dlm esbok je.

Bahan-bahan
kueh teow - digoreng seketika dan di campur kicap manis, ketepikan
 
Untuk kuah
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu minyak
2 sudu sos tiram
1 kiub ayam
2 biji telur
sekeping dada ayam - di potong kecil ( x letak sbb ayam tarak)
sotong - di potong bulat
lobak merah
putik jagung (xde stok)
kailan
cili padi
cili merah
garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kuning.
2. Masukkan ayam yg dipotong kecil2,kemudian masukkan sotong biarkan seketika.
3. Bila ayam dah masak, masukkan air, sos tiram, kiub ayam, dan garam, tunggu sehingga air mendidih. seketika.
4. Masukkan lobak merah dan sayur2 lain serta cili.
5. Masukkan telur
6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah.
7.Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Saturday, October 27, 2012

Sos Blackpepper

Projek ptg ni. Pak habibi nak wat barbeque. Kita masak sos blackpepper dulu la ye. Resepi ni aku amik blog Ana Suzana.. Halal ye dik...

Bahan-bahan
~ 2 sudu besar butter/marjerin
~ 2 sudu besar tepung gandum (utk memekatkan kuah)
~ 2 cawan fresh milk/ susu cair ( 400 ml )
~ 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
~ 3 @ 4 sudu besar sos botol blackpepper
~ 2 sudu besar kicap ( utk kaler sos lebih gelap)
~ cendawan butang dlm tin (ambik cendawan shj & hiris)
~ seketul kiub pati ayam (aku tak bubuh garam)

~ Masukkan 2 sudu butter/marjerin.. bila dah cair masukkan tepung gandum tadi.. kacau rata guna whisker/garfu..

 


~ Bila dah berbuih2 , masukkan susu.. kacau lagi.. masukkan pulak serbuk blackpepper.. masukkan cendawan butang yg dah di hiris... dalam gambar takde cendawan butang sbb aku lupa nak beli
~ Pastu masukkan kiub pati ayam knorr seketul, masukkan kicap dan sos botol blackpepper.. kacau sebati semuanya.. kalau suka pekat biarkan sos tu masak lama sikit sampai pekat
~ Sape yg suka cair2 boleh lebihkan susu sikit kalau agak2 sos tu terlalu pekat.. pandai2 la korang ejas ikut kesukaan korang ye.
 
- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone

Monday, April 2, 2012

Puding Roti Marble

Menu minum petang semlm. Selalunya mama buat dengan serbuk koko. Tp kali ni gatai nak bubuh kaler biar nampak colourful skit. End up, pak habibi x suka n dia bilang mcm bendera Bangladesh je. Ada ke patut! Hahahahaha....

Mama still guna resepi kak Hana Jepung yg simple ni...

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
pewarna makanan (ikut suka kaler)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih then matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan pewarna makanan.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

post signature

Thursday, November 4, 2010

Spaghetti Bolognese Simple

Anak dara mama, Batrisyia yg request nak makan spaghetti ni. Mama masak untuk mnm ptg. Ni menu mama main campak2 and ikut apa yg ada dlm esbok je. Lagipun Kak Long x makan pedas, so mama buat simple je la. Resepi pun ala2 simple gak la ye...

Bahan:-
350 g spaghetti - direbus dgn garam + sedikit minyak hingga lembut
1 botol Traditional Spaghetti Sauce
400 gm daging kisar
3 batang sosej - dipotong bulat2 kecil
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1/2 camca teh herba oregano
1/2 camca teh herba basil (optional)
1 sudu besar cili kisar (optional - mama x letak sbb bdk2 x makan pedas)
garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-Cara:-

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar.
Masak hingga daging benar2 masak.
Masukkan sos spaghetti, sosej dan kacau.
Tambah garam dan herba oregano serta basil, gaul rata dan masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Tutup api.
Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan.


post signature

Tuesday, November 2, 2010

Agar-agar Santan

Mama memang dah lama teringin nak wat agar-agar santan ni. Last weekend baru dapat buat. Mama bwk my kids balik umah kat TPUSJ even en Hubby x balik mgu ni.

Buat malam Jumaat tu, x sempat Saturday lunch dah habis dihadap oleh anak2 daraku... Batrisyia cakap, dedapnya mama buat. Padahal wat agar2 je...
Tghari tu mama masakkan ayam masak kicap utk diorg...

Bahan-bahan
25 gm agar-agar tali (dalam paket)
4 gelas air
1 kotak santan
1 1/2 cawan gula pasir
1 biji kuning telor
2 helai daun pandan (disimpul)
beberapa titis pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara

Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih. Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut. Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk. Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu). Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

post signature


Monday, October 25, 2010

Fruit Cocktail Drinks

Melayan tekak en. Hubby last weekend. Dia mmg suka drinks ni... Bole letak mcm2 kat dlm drinks ni mcm jelly ke, nata de coco. Mama pulak masukkan apa yg ada dlm fridge je.. Mmg simple. Xpe, yg penting e.Hubby suke..


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 tin besar fruit cocktail
1 tin susu cair
500 ml ice-cream soda
Ais secukupnya

Cara-cara
Masukkan susu cair, fruit cocktail dan ice-cream soda ke dalam punch bowl.
Kalau nak manis lagi bole la tambah gula. Mama tak tambah sbb fruit cocktail tu dah manis.
Then, tambahkan ketulan ais. Mmg sedap bila diminum waktu2 panas. Nyaman je rasa tekak... heheehehe...

post signature

Wednesday, October 6, 2010

Kek Biskut Marie a.k.a. Kek Batik

Anak2 mama mmg suke bebenor kek batik ni. Bukan anak2 je, mamam dia pun sama gak. Resepi turun temurun keluarga yg sangat simple... Jom try....

Mintak maaf banyak2 dgn gbr kek yg dah nak habis ni... Lupa nak snap gambor hari tu...

Bahan-bahan

600 gm biskut marie - patah 4
250 gm butter
3 biji telor gred A - pukul sikit
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan milo

Cara-caranya
Pukul telur, butter, gula, milo dan koko. Masak dgn api perlahan. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic (untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Masukkan dalam fridge. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk.


post signature

Mee Bandung Mak Pon

Mee Bandung Mak Pon ye kawan2. Bukan Mak Pon*** tau... x baik.... hehehehe....

Dah lama x letak gambo masak2 kat blog mama ni kan... Mee bandung ni mama masak masa menjamu x-classmate sekolah menengah dtg umah hari tu.

Bahan-bahan
500g mee kuning - celur air panas dan toskan
1 peket perencah mee bandung Mak Pon (7-8 org) Mama pakai 2 peket.
7-8 cawan air@ air rebusan daging
telur - ikut brape org nak makan
hirisan daging
udang segar
1 ikat sawi - (mama celur je sbb sblm ni bila masuk sawi, kuah jadi pahit)
limau kasturi, daun bawang, cili hiris, bawang goreng

Cara-cara
**Ada setengah org tumis nak bila masak mee bandung ni tp mama pulak x tumis. Mama just masukkan air@air rebusan daging dan perencah mee bandung Mak Pon. **
Biarkan mendidih sebentar.
Kecilkan api, masukkan daging dan udang.
Pecahkan telur. Biarkan sebentar jangan dikacau sehingga telur separuh masak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkan dengan mee kuning dan taburan bawang goreng, daun bawang, sawi celur dan cili hiris. Perahkan limau kasturi jika suka.

No bad gak pakai pes Mak Pon ni. Rasa pedas2. Sebelum ni mama guna pes Maharani...
Selamat mencuba!!!

post signature

Monday, May 24, 2010

Puding Marble

Puding Marble again. Memandangkan stok roti mcm ada byk lg sblm xpired, so mama pun buat puding yg senang ni. Batrisyia pulak mmg teramat suka puding ni... Mnm petang ada puding marble & pisang goreng.

Nak resepi jugak ke? Mama still guna resepi kak Hana Jepung yg simple ni...

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih then matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

post signature

Sunday, May 23, 2010

Kek Biskut Marrie

Ptg semalam my sis wat Kek Biskut Marie ni atas request from my mom. My gurls mmg suka bangat ngan kek ni. Resepi ni mmg kami adik beradik pakai sbb sgt simple. Jom try buat.

Bahan-bahan
600 gm biskut marie
1 buku buttercup (250 gm)
3 or 4 biji telur (ikut size)
1 cawan gula
1 cawan air
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-cara
Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Nota kaki: Alaskan dasar loyang dengan cling plastic supaya senang dikeluarkan dari loyang untuk dipotong. :-))

post signature

Lunch @ HOME

Ini adalah lauk lunch semlm. Lama betul mama x masak. Selalunya my mom dah siap2 masak. Mama just ngap je. hehehehe... Tp semalam mood rajin sudah datang. Tghari masak, petang pulak wat puding. Terlebih sudah...
So, lunch semalam adalah Sambal Sotong, Telur Dadar Bercencaluk & masak Lemak Putih Suhun.

Simple tp menyelerakan...


Telur dadar bercencaluk. Mama dapat idea masak telur dadar ni hasil dr Che Mat Gebu. Tadi main campak2 jer, tak refer dah kat resipi asal Che Mat sbb nak cepat. Dalam telur dadar ni mam letak telur ayam, cencaluk yg diperah buang airnya, hirisan cili merah, bawang besar yg dicincang dan hirisan daun sup. Jgn letak garam sbb cencaluk tu dah masin. Gaul sebati dan goreng. Rasanya semua dah pandai masak telur dadar kan... ngeh..ngeh..ngeh... Tp mama letak gak la resepi kat sini gak.

Bahan-bahan
4 bj telur
1 bj bawang besar ~ potong dadu
1 bj cili merah ~ potong dadu
daun kucai/daun saderi/daun bawang ~ dihiris
sedikit minyak

Campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak dlm frying pan.
Tuang adunan telur ke dalam frying pan dan goreng hingga masak.

Yang ini pulak menu utk anakanda yg x makan pedas...

post signature

Monday, February 1, 2010

Puding Roti Marble Coklat

Semalam mama wat projek ni Puding Roti Coklat Marble. Mama mmg dah lama teringin nak buat tp semlm br dtg mood R. hihihi... This is my 1st trial tau. Diorg ckp sodap!!! Kira ok la tu kan... So, leh la mama wat lagi...

Rupa puding selepas keluar dari esbok. X berapa cantik marblenya. Maklumla mama buat puding ni sambil bersilat. hahahaha...

Rupa puding selepas di'kekah'....

Mama just C&P resepi dr rumah Kak Hana Jepong nun... Cuma mama olah skit2 ler. Mintak halal ye kak Hana... Arigato... Hait!!!

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih then matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Rupa pudingnya... Sorila, x sempat nak susun cantik2. Tp yg penting marblenya jadik!! Next time nak wat yg rainbow lak...

post signature


Thursday, November 19, 2009

Ikan Tenggiri

Semalam seharian mama makan roti paratha dgn kari ayam. So, hari ni nak tak nak kena makan nasi jugak. Pg2 tadi bkk esbok ada 2 potong ikan tenggiri. Ok la tu. 1 potong wat masak kicap utk my gurls & 1 potong lagi wat masak cili api utk mama.

Resepi utk masak kicap ada mama sertakan. Resepi yg biasa mama buat. Tp utk anak2 mama xde la ikut resepi tu sbb bdk2 ni bknnya makan pedas. Masak simple2 je. Meh, jemput makan.....

Lunch mama

Lunch my gurls

Bahan-bahannya
4 potong ikan tenggiri (dibersihkan)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 biji bawang putih (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
Rempah 4 beradik
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
kicap pekap manis
kicap pekat masin
1 kpg asam keping
Garam
Minyak

Cara-caranya
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan gorengkan ikan tenggiri dengan sedikit garam hingga garing, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak, tumis rempah 4 beradik, lada hitam, bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau hingga naik bau dan layu. Masukkan pula kicap pekat manis dan kicap pekat masin. Tambahkan sedikit air jika nak berkuah. Bila dah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul dan biarkan sehingga pekat. Siap!!!

post signature