Nasi goreng kampung utk apak
Mee sup n kuetiaw sup utk bdk2 dlm umah ni. Hehehe
- Posted using BlogPress from MamaZana iPhone
For 2012, my main resolution is to be responsible for my children. I hope I will be strong to face all the challenges and tests in 2012. Amin...
Sila muntah hijau sekarang.... hahahahaha

Before April 2010 ~ After 11 Mac 2011
Subahanallah...
Sekelip mata



Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. “Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
Ermm, bagi mama ok je. Mama xdelah taksub sgt dgn FB ni. Mama guna FB ni pun just nak upload gbr2 je.
Betulla kata pengasasnya, sekarang penggunaan FB sememangnya OUT OF CONTROL. Itu mmg mama admit sgt2. Effectnya byk yang negatif than positif. Pasal FB ni jgk sampai bergado husband & wife, adik beradik, kengkawan & artis2 pun ada gak. Mcm kat off mama ni pun website FB terpaksa diblock sbb ada some of staff leka dgn FB ni... hahahahaha... Sumenya penangan FB.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
Insyaallah, en. Hubby akan sampai malam ni... Dah 2 minggu x jumpa dgn darling mama ni... Esok nak ajak papa cari Alpukat Latte kat J'Co la.... 
"LELAKI TIDAK PUNYA SIKAP TELITI SEPERTI WANITA, SEBAB ITULAH BANYAK KES KECURANGAN DAPAT DIKESAN OLEH ISTERI SENDIRI DENGAN MUDAH, SUAMI YANG TIDAK SETIA INI BERUSAHA MENUTUPI HUBUNGAN SULIT MEREKA TAPI KURANGNYA SIKAP BERHATI-HATI MENYEBABKAN MEREKA MENINGGALKAN BEBERAPA PETUNJUK YANG MEMBOLEHKAN ISTERI MENJEJAKI AKTIVITI `GELAP' MEREKA. PERHATIKAN TUJUH TANDA YANG ADA DI BAWAH INI SEKIRANYA MERASAKAN LELAKI YANG ANDA KASIHI SEDANG BERMAIN CINTA DENGAN WANITA LAIN. IA MUNGKIN DAPAT MEMBERI KEPASTIAN TERHADAP PERASAAN CURIGA ANDA ITU."
Jika suami yang anda kenali seorang yang tidak kisah tentang penerampilannya tapi mula berubah bersikap, pertama yang harus anda curiga jika seorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambu atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba, atau sudah, berlaku curang.
Ada sesetengah isteri yang berasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks, tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam hari. Tapi tahukah anda bahawa itu salah satu petanda kecurangan suami. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya dari orang lain. Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang juga boleh menunjukkan bahawa suami tidak setia adalah keberaniannya mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia telah mendapatkan latihan ekstra di ranjang yang lain, siapa tahu?
Perhatikan juga perubahan yang satu ini, menurut Danine Manette, penulis buku Ultimate Betrayal, pasangan anda kemungkinan besar berlaku curang jika dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk aktivitiaktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya.
Selain itu beri perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS anda, maka itu petanda buruk.
Berhati-hati jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan, membeli barang yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan belanja yang tinggi tapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya akan saling berhubungan tak kira masa maka anda boleh saja mengesan telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya. Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan
Begitu juga dengan emailnya yang dapat memberi petunjuk atas apa yang telah terjadi. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci email dan membenarkan anda membuka telefon bimbit tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya maka lakukan siasatan lanjut.
Jika pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, kemungkinan besar insan tersayang anda sedang berlaku curang terhadap anda.
Jika dulu pasangan anda seorang yang penyayang dan melayani anda dengan baik sekali tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah, mengkritik cara anda bergaya, berbicara, memasak dan sebagainya, itu tanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya.
Jika itu yang terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tapi ada juga yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya yang bermain kayu tiga.
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu malam tapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya,
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.
Menurut kajian ramai wanita yang mengakui mereka melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka. Kerana fakta-fakta yang dikemukakan di atas ini bukanlah alasan bagi anda untuk mengambil jalan singkat juga, iaitu dengan menjadikannya alasan untuk berpisah.
Sources : Wirajiwa
Semoga artikel ini boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk mencari kebenaran dan sebagai wanita, kita perlu bertindak dengan bijak. Kerana dia adalah suami kita dan ayah kepada anak-anak yang kita sayangi. Selamatkanlah suami dari kesilapannya sendiri.
~ Sharing Is Caring ~

Morning semua!!!
U all dah bekfas ke blum??? Owh, masih ada yg berpuasa lgi ye???
Wah... Kita dah masuk bln August la... Pantas betul masa berlalu kan...
Insyaallah, next week semuat umat Islam akan mula menjalani ibadah PUASA...
Today, mama masuk keje awal tau. Start 7.30 am to 4.30 pm... Ni sume gara2 nak mengelakkan jammed for this coming Ramadhan... Kalau masuk kul 8.30, alamat mama berbuka pose dlm keta la nanti... huhuhuhu...

Sampai kat Karak, keta punya la banyak. Most of them are Singaporean... Sampai puncak Genting lagi la penuh sampaikan parking pun xdak!!! Aiseh... biar betul. Baru plan nak bwk bdk gi main indoor theme park at First World.
Pusing punya pusing, still xdak parking... Nak dekat 1 jam gak la kiteorg terperangkap nak cari parking. At last, papa diorg decide nak balik sbb dah penat dok pusing2 gitu je. He promised to my gurls, next time kita dtg lagi. Batrisyia dah merajuk2, muncung2 mulut dia. Next time kita kuar pagi2 ye kak long... Cian kat dia...