Showing posts with label Emosional. Show all posts
Showing posts with label Emosional. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Wahai Suami, Ketika Isterimu Menangis, Genggamlah Erat Tangannya

Pic from Google

Jika isteri menangis di hadapanmu….

“hargai lah ia seblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang isteri pernah menangis keranamu, peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

***sources: C&P from FB one of my friends***

post signature

Wednesday, February 17, 2010

Last Day Confinement

Akhirnya abis gak pantang 44 hari nie... X yah nak pakai bengkung ngan stokin lagik... huhuhuhu....

Mama rasa berpantang kali ni la yg paling mencabar. Mana taknya berpantang dgn 3 org anak tanpa suami!!! Very adventures wokeh... Eventhough berpantang di rumah parents, but mama yg uruskan anak2. Nak ceritakan kat sini, sure meleleh la airmata uolls sume... huhuhuhu.... So, mama xmo la citer. Biarla rahsia... Hanya mommies yg senasib dgn mama which is yg selalu kena tinggal ngan husband yg tahu perasaan mama ni.... eceh... ceh... ceh...

Lepas seminggu discharge from spital, mama dah take over duty my husband sbb dia dah kena balik Jakarta. Pagi2 lagi dah kena mandikan kak long coz nak gi skool. Then mandikan kak ngah sbb dia nak anta kak long diagi skool. Pastu baru mama siapkan diri sendiri & baby. Sib baik deliver normal bole la lasak skit2. Kalau kena c-sect, x tahu sapa nak uruskan anak2 mama tu. Kena amik maid jugak la agaknya....

Masa Batrisyia umur 3 bulan, my husband gi wat attachment at Pakistan about 9 mths jgk. Then masa Arissa umur 2 minggu, my husbang gi Sudan. And Haziq pulak, kena keje kat Jakarta... Hai.. Dugaan betul. Pasni x tahu la nak gi mana pulak... Dalam sibuk2 menguruskan anak2, berat mama turun 9 kg dlm sebulan. Best.. Best...

Apa mama nak makan hari ni erk??? Nak cover balik benda2 yg xleh makan selama confinement. huhuhuhu....

post signature

Sunday, February 14, 2010

KEJAM!!!

Aduh... luluhnya hati mama bila tgk berita malam td. Mayat bayi dibakar dalam tong!!! KEJAMnya!!! Mmg lately ni byk betul kes buang bayi tp kes ini la yg paling KEJAM! Binantang pun x seKEJAM tu. Anak2 mama pun tanya ..."kenapa mama baby tu buang n bakar baby dia mama?"... Kelu mama nak jawab soklan kak long tu. Mama terus cium Haziq sbb baby yg kena bakar tu baby BOY. Kesian sgt2... Baby tu x bersalah pun....

Oleh Norliza Wasilan dan Fakri Awang Lah mailto:LahmLahbminggu@bharian.com

POLIS forensik Kota Bharu memeriksa anggota bayi lelaki yang dijumpai terbakar dalam tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai di Jalan Zainal Abidin, bandar Kuala Krai, semalam. Bahagian anggota badan, kaki terpisah ditemui rentung dalam bekas sampah MDK

KUALA KRAI: Tidak berperikemanusiaan! Inilah selayaknya menggambarkan perbuatan kejam berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan, yang hampir rentung dalam sebuah tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai (MDK), di belakang sebuah bank, di Jalan Tengku Zainal Abidin, semalam.

Lebih menyayat hati, biarpun bayi berkenaan cukup sifat, namun keadaan mayatnya cukup mengerikan apabila bahagian anggota badan dan kakinya ditemui dalam keadaan terpisah dalam tong sampah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani, berkata pihaknya menerima laporan pekerja MDKK pada jam 11.25 pagi semalam yang menemui mayat seorang bayi berada di dalam tong sampah berkenaan ketika melakukan rutin hariannya di kawasan berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan, dipercayai mayat bayi itu dibuang selepas 24 jam dilahirkan dan dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti.

"Pekerja terbabit segera memaklumkan kepada anggota polis yang membuat rondaan bermotosikal apabila ternampak mayat bayi terbakar. Bayi itu dipercayai berusia satu hari berdasarkan uri dan tali pusat masih ada pada badan bayi itu.

"Bayi itu hangus daripada pinggang ke bawah dan berdasarkan maklumat diterima, pihak kami percaya tong berkenaan dibakar sejak pagi semalam (kelmarin) bertujuan menghapuskan bukti," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini, semalam.

Pada Rabu lalu, kes buang bayi dilaporkan di Kampung Permatang Duyong, Melaka manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu.

Abdul Rahim berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya, sama ada dibunuh sebelum ataupun selepas kejadian.

"Pihak polis meminta bantuan orang ramai dan klinik swasta supaya menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, pekerja kontrak MDKK, Abdul Rahman Husin, 29, yang mendakwa melihat mayat bayi berkenaan di dalam tong sampah ketika melakukan rutin harian memungut sampah berkata, dia bersama dua rakan sekerjanya terkejut sebaik melihat mayat bayi berkenaan bersama longgokan sampah yang dibakar di dalam tong MDKK.

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata ketika mahu mengiringkan tong sampah berkenaan dan seakan tidak percaya bahawa objek yang bergolek di dalamnya adalah seorang bayi cukup sifat. Ketika ditemui jam 11 pagi, ia hanya melecur pada bahagian kaki dan bara api masih ada.

post signature

Wednesday, December 9, 2009

Baby Tak Bergerak???

U alls nak tahu tak? Pg2 td kan, around kul 3.oo pagi mcm tu mama g SJMC!!!!


Citernya gini, dlm kul 2.30 pg tu, mama tersedar sbb rasa nak terkucil. Lagipun tersedar msg from my hubby tanyakan baby lasak ke tak??? Lately ni mama mmg x leh nak tido sbb baby tersgt la lasak. Tp pagi tu mama rasa lena sangat tido.Then mama xde rasa movement of baby pun!!!


Masa mama nak bangun g toilet pun perut ni rasa ringan sangat. Selalunya, hanya Allah je yg tahu betapa susahnya nak bwk perut ni. Issshhh... Nape pulak baby x gerak ni??? Puas mama tepuk2, panggil2 baby. Selalunya, kalau mama bangun, baby pun bangun sama. Mama usap2 lagi. Baby.... bangun baby.... Mana anak mama ni???? Senyap je org kat dalam.... Ya Allah, selamatkan la anakku!!!


Mama dah start cuak & fikir yg bukan2. My baby........ Nauzubillahhiminzalik.... Mama terus kejut my sis & parents bgtau baby x gerak pun... Masa tu dah start nak nangis... Call hubby kat Jakarta. Kesian kat dia. Terkejut + risau. Mama decide nak g spital pagi2 buta tu jgk.


Masa tgh bersiap2 nak g spital tu, baby still x bergerak langsung!!! Uwaaaaa.... Nape baby mama x gerak ni??? Lepas mnm air zam zam yg ayah tawarkan, salam ngan my mum mtk doakan baby selamat. Then my sis & bro pun anta mama g spital. Dalam keta pun mama bc selawat & bc laillahaillaanta... sambil usap2 & panggil baby. Still x bergerak langsung.


Sampai simpang nak masuk spital, br mama ada rasa movement skit. Alhamdulillah!!!!! Walaupun slow but its a good sign for me. Terus msg kat hubby. Then sampai spital, naik kat labor & delivery unit. Mama dah siap2 call diorg before dtg td. Terus diorg wat CTG. Masa tu Mama dpt dengar heartbeat baby dgn jelas skali!!! Ya Allah... Syukur sangat. Pastu barula baby gerak2 . Wat CTG about 1 hour.


Dalam kul 5 pagi tu brla mama balik & baby dah gerak mcm biasa... Then msg kat my hubby bgtau kat dia sume dah ok... Kesian pulak kat darling mama tu. Mesti dia risau kat sana.... Baby mama tido ke tadi??? Puas mama panggil tau.. Mama teramat la risau sayang... Mama x nak bad thing happen kat baby mama ni...


Mama nak ucap terima kasih kat adik2 mama yg anta & teman mama sepanjang kat spital pg tadi. Mengantuk2 diorg. hihihi... Wat my parents yg jg puteri2 mama yg enak beradu, x sedar mama dia dok kalut pg2 buta tadi. Baby mama jgn wat mcm tu lagi tau... Wat mama gabra je.... Harap2 sume selamat... Aminnn.....


post signature

Tuesday, December 8, 2009

My Baby Still Breech ~ 12 Dec 2009

Pagi semalam mama g check up kan... Hurm... my baby still breech... as last week position. Melintang. Ni la bad newsnya...Mama mmg dah rasa baby ni x akan turun lagi sbb mama still rasa lagi kepala baby at right side my belly. Mama pasrah dan redha. Ceaser pun ceaser la. Janji baby mama selamat.


Seblm nak scan tu mama mmg dah rasa berdebar2. Pastu doc kata perut mama berbonggol2. Lasaknya org kat dalam. huhuhu.... Then masa scan, doc kata baby still melintang. Yang lain2 sume ok. Baby sihat, berat dah cecah 3 kg, air ketuban cukup, kedudukan uri cantik, tali pusat x terlilit, cuma kedudukan baby je breech. Disebabkan baby dah masuk 37 weeks, chances nak pusing tu 50-50 je.


So, doc dah siap bg date for deliver on 12 Dec 2009, this Saturday which is baby dah 38 weeks. Masa tu baby dah matured and mmg sesuai for C-sec. Pastu doc bgtau on 12 Dec 2009 tu kalau baby still melintang, mama mmg kena C-sec. Tp, kalau baby dah turn down, mama kena induce. Kiranya 12 Dec 2009 tu my deliver date la. Cuma x tahu via C-sec or normal, depends on position baby....Adei... Berpeluh2 mama dengar. Mama dah cuak. Pucat sekejap muka masa tu.


Pastu doc bgtau lagi, kalau water bag dah pecah, kena cepat cepat g spital, takut baby lemas or die. Ya Allah, gerunnya mama dengar. Harap2 jgn la pecah seblm this Saturday. Kalau dah start sakit pun, jgn tgu yg 5 min tu. Dah start sakit kena terus g spital jgk. Habis je check up, mama terus call hubby. Inform kat dia about mama & baby condition. Senang skit hubby nak arrange cuti. Masa tu dah nak nangis tp mama terpaksa la tahn. X kan la nangis depan public!!! Malu weh....!!! huhuhu...


Masa nak balik kat dalam keta, air mata mama ni berderai2 dah. Mama layan blues... huhuhu... Mama risau sbb my hubby xde kat sini. This Friday baru sampai. Itu pun malam br sampai. Mama takut dalam masa 5 hari ni ada tanda2 nak bersalin mcm water bag pecah or dah start contraction. Takut sgt bila dgr doc kata baby lemas or..... Nauzubillah.....


Mama terus call my sis bgtau kat dia mama maybe kena C-sec this Saturday. Terkekezut dia. My sis tu dah ada pengalaman sbb dia kena C-sec hari tu. My sis kata jgn risau, x sakit pun. Mama bukannya apa, org yg bersalin C-sec ni lain skit cara berpantangnya. Sapa la yg nak jg mama masa pantang nanti sbb kalau ikut plan, mama berpantang sendiri sbb my mum sibuk dgn preparation my sis nak kawin. Pastu my mum jg anak my sis pulak. My hubby dapat amik cuti brapa mgu je... Sapa yg nak jg mama & anak2 yg lain tu???? Fenin!!!!


Deep in my heart, mama berharap anak mama ni sempat berpusing2 lagi. Tiap-tiap malam mama usap perut ni sambil minta baby turn down. At least mama bole la bersalin normal walaupun kena induce. Mama tahu, everynight baby mama ni struggle nak turn down. Mama terasa kepala baby melonjak2 sampai ke pinggang mama. Baby nak turn down agaknya tp mungkin tersilap teknik. hehehe... Bila dah penat, baby stop sekejap. Kesian pulak mama. Mama kata kalau baby tak boleh takpela. Nanti cuba lagi ye sayang...


Wahai anakku sayang, walau mcm mana pun ur position nanti dan mama dah ditakdirkan C-sec, mama redha. Janji anak mama ni selamat. Itu yang paling penting. Semoga Allah permudahkan mama bersalin dan anak mama dilahirkan dengan selamat, sihat dan sempurna tanpa sebarang complication... Amin.


So, 12 December 2009 adalah hari menyerah diri. huhuhu... Kawan2.... doakan mama & baby selamat ye... My husband kata x dapat la baby nak share date of birthday dgn papa dia which is on 20 December. Pulak.....


post signature

Monday, November 9, 2009

EMO jap

Anakku sayang...
Malam ni mama rasa sedih lagi...
Rasanya bukan malam ni je mama sedih mcm ni kan...
Tp setiap malam mama mesti menangis...
Mama sedih memikirkan nasib mama, kak long, kak ngah n baby satu hari nanti...
Nape nasib kita macam ni?

Anakku sayang...
Pusingla ke bawah...
Kurangkan la kesakitan mama syg...
Xde sapa yang nak urutkan pinggang mama bila pinggang mama sakit...
Xde sapa nak urutkan kaki mama bila kaki mama kejang...
Xde sapa nak usap2 perut mama bila anak mama menendang...
Semuanya mama tahan sakit tu sorang2...
Mama sedih lagi bila memikirkan itu semua...

Anakku sayang...
Jadilah anak yang soleh...
Anak yang mendengar kata...
Yang bole jaga mama, kak long & kak ngah satu hari nanti...


**written by mama at 12.00 am**



post signature

Tuesday, September 1, 2009

Hari Ini...

Hari ni dah masuk 11 hari umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Sekejap je kan rasanya masa berlalu.

Dan hari ini, sepatutnya mama dah kena lapor diri kat office. Dah kena masuk keje semula sebab mama nyer CTG sampai 31 Ogos 2009. Tp disebabkan ada masalah kesihatan, mama ambil keputusan utk sambung my CTG sampai hujung tahun ni. Lagipun bole la mama & anak2 temankan en.Hubby berpuasa di sini.

Mula2 tu pelbagai masalah dan rintangan bila mama nak minta sambung CTG ni... sob..sob..sob... Dan Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan kawan2, bos mama pun setuju meluluskan jua akhirnya. And hari ini, mama & anak2 dapat temankan papa di Jakarta.... Alhamdulillah...

post signature

Wednesday, August 12, 2009

Uwaaaa!!!!!


Today, my lovely darling will not around for 3D2N starting today!!! He go for oustation at Surabaya. Boringnya!!! Lagi sedih bila anak2 dok tanya... "Mama, papa x balik lg ke?..." Uwaaaaa!!!!!

post signature

Thursday, August 6, 2009

Sedihnya Mama!!!

Sori ye babes!!! Lately ni mama kejap ada, kejap xde dlm dunia blogging ni. So sori wat famili yg tertunggu2 gbr2 masa kat Jogjakarta hari tu. Mama try gigihkan diri to update ya... Tunggu!!!

Kalau u all nak tahu, last week adalah minggu yg melelahkan hati dan fikiran mama. Hari2 mama dok runsing sampai x lalu nak makan dan nak tido pun x berapa nak lelap. Alhamdulillah,this week Allah swt telah mempermudahkannya... Syukur sangat!!! Sumenya udah selesai.

Nak citer ke tidak ye? Kalau mama citer kang, ada pulak yg terasa hati. But, this my BLOG. So suka hati den la kan... Kalau ada yg terasa tu, xyah la sibuk2 nak baca ye...

Actually, mama nyer Cuti Tanpa Gaji ni akan tamat end of this month. So, that mean, mama kena balik Shah Alam bersama anak2 dan terpaksa tinggalkan suami tercinta di Jakarta!!! Mama pulak terpaksa masuk keje next month which is in bulan puasa. Aduss.. letihnya... Husband nyer attachment pulak kena sambung end of this year lagi. So, after discuss dgn husband, mama decide nak continue my unpaid leave ni sampai hujung tahun. So... bermulalah cerita sedihnya....

Sebelum mama wat decision ni, mama tanya kat kwn2 opis, mcm mana dgn keje sekrg, adakah workload byk? Diorg kata, so far sumenya ok... Then mama pun tipon bos, bgtau hasrat mama yg murni ni. hehehe... Diorg kata ok, but dgn bersyarat. So, mama pun dgn bersemangatnya buat la surat permohonan. Bila surat permohonan dah hantar, tetiba mama dapat tahu, cuti mama tidak disokong dgn alasan tpt mama xde pengganti dan ada org tu keje rasa mcm nak mati???? Ayoyoyo.... Apa punya kes???

Apa lagi, mama punya la susah hati kat sini dan terus call bos dan tanya nape bole jd mcm ni? Rasanya x salahkan kalau mama sambung. Cuma 4 bulan je. Pastu sambung cuti bersalin skali. Alasan mama, selain husband kena sambung lagi, mama nyer condition x brapa nak ok skarang ni. Yelah, u all kan tahu mama kan kena placenta previa. Kalau mama masuk keje, pastu asyik mc je, camno?

Tp tu la, rambut sama hitam, tp hati lain2. Kadang2 kenapala diorg x nak faham dengan keadaan kita sekrg ni? Kalau yg dah berkeluarga tu mesti fahamkan perasaan mama. Sapa nak duduk berjauhan dgn husband? Kesian kat anak2. Kalau u all nak tahu, my husband ni selalu kena keje kat luar. Pernah keje kat Pakistan & Sudan. But this time mama nak ikut sbb papa kena keje kat Jakarta. Dekat skit. Sementara anak2 x sekolah lg, bole la kan.

Sometimes mama terfikir gak, adakah sbb gbr2 mama yg seronok duduk kat sini, bole g jalan2, g makan2 membuatkan ada org yg dengki dan iri hati??? Mesti la mama bahagiakan bila dapat berkumpul dgn famili??? Ishhh.... Ishhh... x faham gue....

Hari2 mama doa, minta dipermudahkan. Alhamdulillah, tetiba bos tukar fikiran. Dia minta mama wat surat rayuan dan dia akan sokong cuti mama. Ya Allah, x tahu nak gambarkan mcm mana perasaan mama masa tu. Hanya Allah je yg tahu tau betapa gumbiranya mama!!!!. Nasib baik la bos memahami sbb wife die pun rupa2nya pernah ada kes mcm mama jgk... Thanks bos!! Next year saya akan masuk keje dan akan buat yg terbaik. Thanks kat kengkawan yg sama2 sudi doakan utk mama kat sini. Sayang korang tau!!!!

post signature