Showing posts with label Desert. Show all posts
Showing posts with label Desert. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Agar-agar PONDAN

Hahahahaaha... Tergelak besar masa mama nampak puding PONDAN ni kat Carefour Kuningan Jakarta tahun lepas. Tp rasanya mmg sedap. Kalau makan confirm x jadi awwww!!! Kalau en.hubby balik Shah Alam, mama mesti kirim 2,3 kotak...
Nak buat pun senang je... Budak2 pun suke...

Yg ni Mango Flavour


Yg ni pulak Chocolate Flavour

post signature

Agar-agar Santan

Mama memang dah lama teringin nak wat agar-agar santan ni. Last weekend baru dapat buat. Mama bwk my kids balik umah kat TPUSJ even en Hubby x balik mgu ni.

Buat malam Jumaat tu, x sempat Saturday lunch dah habis dihadap oleh anak2 daraku... Batrisyia cakap, dedapnya mama buat. Padahal wat agar2 je...
Tghari tu mama masakkan ayam masak kicap utk diorg...

Bahan-bahan
25 gm agar-agar tali (dalam paket)
4 gelas air
1 kotak santan
1 1/2 cawan gula pasir
1 biji kuning telor
2 helai daun pandan (disimpul)
beberapa titis pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara

Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih. Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut. Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk. Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu). Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

post signature


Monday, May 24, 2010

Puding Marble

Puding Marble again. Memandangkan stok roti mcm ada byk lg sblm xpired, so mama pun buat puding yg senang ni. Batrisyia pulak mmg teramat suka puding ni... Mnm petang ada puding marble & pisang goreng.

Nak resepi jugak ke? Mama still guna resepi kak Hana Jepung yg simple ni...

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih then matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

post signature

Monday, February 1, 2010

Puding Roti Marble Coklat

Semalam mama wat projek ni Puding Roti Coklat Marble. Mama mmg dah lama teringin nak buat tp semlm br dtg mood R. hihihi... This is my 1st trial tau. Diorg ckp sodap!!! Kira ok la tu kan... So, leh la mama wat lagi...

Rupa puding selepas keluar dari esbok. X berapa cantik marblenya. Maklumla mama buat puding ni sambil bersilat. hahahaha...

Rupa puding selepas di'kekah'....

Mama just C&P resepi dr rumah Kak Hana Jepong nun... Cuma mama olah skit2 ler. Mintak halal ye kak Hana... Arigato... Hait!!!

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih then matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Rupa pudingnya... Sorila, x sempat nak susun cantik2. Tp yg penting marblenya jadik!! Next time nak wat yg rainbow lak...

post signature


Tuesday, November 10, 2009

Sagu Gula Melaka

Menu minum petang kami beranak. Anak2 mama suka sgt Sagu Gula Melaka ni xpecially little Arissa. Makan bila time hujan ni pun sodap!!! Jom jamu mata ye kengkawan.... Mama dapat resepi kat sini.

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan sagu
5 cawan air
Bahan B
3 cawan santan ~ mama pakai santan kotak je
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah ~ mama pakai gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara
Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. Buang daun pandan dan sejukkan.
Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C. Siap untuk dimakan!!!

post signature

Friday, October 30, 2009

Bubur Jagung Sagu

~ Menu minum petang hari Rabu ari tu ~
Bila hujan2 petang gini, terasa lapor la pulak. Sampai mama termimpi2 makan bubur jagung. Bangun je, masuk dapur tgk kat kabinet. Sib baik ada jagung dlm tin & santan. Mama pun apa lagi... hehehe...

Hari tu mama ada wat bubur jagung masa makan2 kat umah mama kan. X sangka pulak ada gak yg suka & siap mintak resepi lagi. hehehehe... Sedap sgt ke bubur jagung ku itu wahai kakak2 ku sekalian??? Kak Zura siap call mcm mana nak wat bubur jagung. muahahahaha... Kelakar betul la kak Zura ni. Di atas permintaan kengkwn yg dtg hari tu, mama turunkan resepi kat sini ye. Balik umah nanti bole la try. hihihi......


Bahan-bahan
Jagung manis ~ mama guna jagung dlm tin je.
5-6 sudu besar gula ~ kekadang mama guna gula melaka.
santan ~ guna santan kotak.
1 liter air ~ dicampur dgn santan
2 helai daun pandan disimpul
1/4 sudu teh garam
segenggam sagu dibilas dan toskan
*****Kalau nak pekat sikit tambahlah 1 sudu tepung gandum or tepung jagung*****

Cara-cara
Selalunya mama buang air dlm tin & basuh dulu jagung tu.
Kemudian masukkan jagung, gula, santan + air, daun pandan & garam. Biarkan mendidih. Then masukkan sagu. Didihkan sekali lagi. Kalau nak pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung gandum or tepung jagung. Siap!!!


post signature