Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Puding Roti Marble

Menu minum petang semlm. Selalunya mama buat dengan serbuk koko. Tp kali ni gatai nak bubuh kaler biar nampak colourful skit. End up, pak habibi x suka n dia bilang mcm bendera Bangladesh je. Ada ke patut! Hahahahaha....

Mama still guna resepi kak Hana Jepung yg simple ni...

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
pewarna makanan (ikut suka kaler)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih then matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan pewarna makanan.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

post signature

Thursday, February 23, 2012

Puff Pastry

1st time buat buat Cutrry Puff dgn Danish Pizza guna Puff Pastry brand Kawan. Mmg best n jimat masa xpecially utk mama yg xde masa ni. menu utk bekfas. Next time bole buat lagi...

Curry Puff

kalau xde curry nak letak sardin pun bole, letak strawberry or blueberry jam pun ok. Ikut kreativiti n apa yg ada kat dlm esbok tu je. hehehehe...

Danish Pizza

Sampai rentung pizzaku... sila salahkan oven ek...

post signature

Monday, October 25, 2010

Minum Petang

Siaran menu tertunda ni namanya. Dah byk kali mama buat menu ni. Kalau ada roti, mama wat Sosej Roll untuk anak2 dara mama tu... Sonang keje mama. Budak2 ni pun redha apa yg mama diorg masakkan.. heheheheehe... Wat 10 ketul sosej, 20 min dah abis!!! sabor je la mama...

Resepinya bole tgk kat sini ek...

post signature

Thursday, November 12, 2009

Minum Petang ~ Karipap Kentang

Menu minum petang semalam. Mama x buat banyak pun tp cukup la mama dapat hantar kat umah wan & atok. Buat pun pakai acuan je. Malas nak mengelim. hihihi... Tgk la karipap ni, walaupun rupanya x brapa menarik, tp sedap woo... Dalam sekelip mata habis licinssss!!!! Siap suh wat lagi. muahahahaha....

Bahan-bahannya

Kulit/Doh
250g tepung gandum
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam + air
Inti
5 biji kentang
3 sudu besar kari ayam/daging
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
Segenggam ikan bilis
Hirisan daun sup
3 sudu cili kering - mama x bubuh sbb bdk2 x makan pedas
Air garam secukupnya untuk menguli - jangan terlalu masin

Cara-caranya

Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Kalau nak guna tangan bole la jgk. hahahaha... Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan. Blend bawang merah dan bawang putih. Campurkan rempah kari dengan cili kering, ikan bilis & bahan2 blend. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang,air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering. Bila kentang dah empuk & inti nampak pekat, baru masukkan daun sup.

post signature

Tuesday, November 10, 2009

Sagu Gula Melaka

Menu minum petang kami beranak. Anak2 mama suka sgt Sagu Gula Melaka ni xpecially little Arissa. Makan bila time hujan ni pun sodap!!! Jom jamu mata ye kengkawan.... Mama dapat resepi kat sini.

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan sagu
5 cawan air
Bahan B
3 cawan santan ~ mama pakai santan kotak je
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah ~ mama pakai gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara
Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. Buang daun pandan dan sejukkan.
Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C. Siap untuk dimakan!!!

post signature

Wednesday, August 26, 2009

Juadah 4 Ramadhan 1430H

Semalam mama x berapa nak sihat. Tekak rasa perit2 je. Selalunya kalau tekak dah perit2 ni maksudnya dah bg sign nak kena flu. Mtk dijauhkan..... Amin. So, semlm pun just masak lauk yg simple je. Sempat la mama kukus Pau Kacang Merah segera ni. Beli kat Tesco masa balik Shah Alam hari tu. Pastu buat Puding Coklat segera, goreng keropok lekor segera. Pendek kata sumenya instant la. Gbr puding mama x sempat nak snap. Si kak long dah belasah dulu dgn adiknya. huhuhu....


post signature

Wednesday, August 12, 2009

Popia Goreng Inti Kentang

Memandangkan tepung dah habis, pastu dalam fridge ada kulit popia, mama pun belasah je la kulit polia tu. Menu petang untuk mama nyer famili. Resepinya macam buat karipap jgk. Bole dapat di sini

post signature

Tuesday, August 11, 2009

Murtabak Mini

Ni menu minum petang. Mama teringin nak makan murtabak. So, dapat wat Murtabak Mini je. Jadi la kan. Daging pun pakai daging burger je. Belasah je. Janji ada rasa murtabak. Buat banyak2 then frozen kan. Bila teringin nak makan, just goreng je... Sonang kojo den... hihihi....

Bahan-bahan
100 g daging cincang ~ mama pakai daging burger
2 biji ubi kentang ~ potong dadu
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar ~ potong dadu
1 ulas bawang putih ~ potong dadu
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam
kulit popia
2 biji telur

Cara-cara
mula2 buat inti utk murtabak.
caranya tumiskan bawang besar & bawang putih. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. Tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging cincang. Apabila daging masak, masukkan kentang dan garam. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air. Masak sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan daun sup. Pukul telur di dalam mangkuk dan masukkan inti tersebut ke dalam telur. Kacau sehingga sebati. Then ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. Cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

post signature

Monday, August 10, 2009

Sosej Roll

Ni menu our breakfast. Kak long request nak makan sosej. Sosej pun beli masa balik Shah Alam hari tu. Sosej kat sini x sodap! Best lg sosej kat tpt kite. Beli byk2 wat stok since bdk2 &mak budak pun suka. hihihi... Stok roti ada lagi, so mama wat Sosej Roll untuk bdk2 berdua tu. Sonang je nak wat. Sekali hadap je. Dah licin. hahahaha....

Bahan-bahan
5 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
5 sosej ayam @ daging
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam - x ltk sbb sosej tuh dh masin!
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Gelek roti hingga nipis/leper
Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
Masukan garam dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis

post signature

Wednesday, July 29, 2009

Minum Ptg

Menu minum petang masa sambut my MIL & rombongan hari tu. Actually mama masak Meehoon Goreng, Karipap & Bubur Jagung. Tp sempat snap karipap je sbb masa nak snap meehoon & bubur, diorg dah sampai. Malu lak nak snap gambor2 nyer...

Sumber: My mak.
Mama tergoreng api kuat sbb nak cepat. So kulit karipap x berapa cantik.
Bahan-bahannya
Kulit/Doh
250g tepung gandum
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam + air

Inti
5 biji kentang
3 sudu besar kari ayam/daging
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
Segenggam ikan bilis
Hirisan daun sup
3 sudu cili kering - mama x bubuh sbb bdk2 x makan pedas
Air garam secukupnya untuk menguli - jangan terlalu masin

Cara-caranya
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Kalau nak guna tangan bole la jgk. hahahaha... Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang merah dan bawang putih. Campurkan rempah kari dengan cili kering, ikan bilis & bahan2 blend. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang,air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering. Bila kentang dah empuk & inti nampak pekat, baru masukkan daun sup.

Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Siap!!!


post signature