Showing posts with label Lauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Weekend Cooking

Main masak-masak last weekend.
Terlebih rajin sudah!!!

Sambal Sotong

Tomyam Ayam

Ayam Goreng Bersantan

Sup Ikan Merah

Itu sahaja menu masak-masak untuk last weekend... hehehehe....

post signature


Thursday, November 19, 2009

Ikan Tenggiri

Semalam seharian mama makan roti paratha dgn kari ayam. So, hari ni nak tak nak kena makan nasi jugak. Pg2 tadi bkk esbok ada 2 potong ikan tenggiri. Ok la tu. 1 potong wat masak kicap utk my gurls & 1 potong lagi wat masak cili api utk mama.

Resepi utk masak kicap ada mama sertakan. Resepi yg biasa mama buat. Tp utk anak2 mama xde la ikut resepi tu sbb bdk2 ni bknnya makan pedas. Masak simple2 je. Meh, jemput makan.....

Lunch mama

Lunch my gurls

Bahan-bahannya
4 potong ikan tenggiri (dibersihkan)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 biji bawang putih (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
Rempah 4 beradik
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
kicap pekap manis
kicap pekat masin
1 kpg asam keping
Garam
Minyak

Cara-caranya
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan gorengkan ikan tenggiri dengan sedikit garam hingga garing, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak, tumis rempah 4 beradik, lada hitam, bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau hingga naik bau dan layu. Masukkan pula kicap pekat manis dan kicap pekat masin. Tambahkan sedikit air jika nak berkuah. Bila dah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul dan biarkan sehingga pekat. Siap!!!

post signature

Roti Paratha & Kari Ayam

Semalam, dari pagi sampai la ke malam mama mkn roti frozen Paratha dgn kari ayam ni. Breakfast, lunch & dinner mkn lauk kari ayam. Xde selera nak mkan nasi la. Kalau cik abg tahu ni, sure kena marah. hehehehe...

Untuk my gurls tu, mama masakkan sup ayam je. So today, mama kena la makan nasi. Nak masak apa ye hari ni???

Roti Paratha KAWAN

Kari Ayam


Ni la roti frozennya. Dah sampai Jakarta mama bwk roti ni. Kat Carefour Jakarta pun ada jual tp reganya....? tak yah nk ckp la...hehehe...nk wat sendri maleh! nk sonang citer main segera2 je la.. x yah la nk tebar2 tepung...hahahahaa....layannnzz..


post signature


Monday, November 9, 2009

Today Lunch

Menu lunch + dinner for today. Makan 3 beranak je. Hari tu my gynea komplen mama naik skit je. So, sekrg mama kena makan byk2 sbb this Friday ada appointment dgn gynea. Nanti die bising lagi. hihihi...

Today masak awal skit. Mama masak sambal sotong, tumis kacang panjang & telur kicap untuk anakanda. Jemput makan.... hihihi...

Menu for today

Telur Kicap

Sambal Sotong
Bahan-bahan
3 ekor sotong (size besar)
5 ulas bwg merah ~ blend
3 ulas bwg putih ~ blend
5 sudu cili kering
1 sudu asamjawa
1 inci belacan
garam
Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan2 blend hingga garing.
Bila dah naik bau, masukkan cili kering.
Masak sampai cili garing.
Masukkan sotong dan kacau rata.
Then masukkan air asam jawa dan belacan.
Perasakan dengan garam.
Ready to eat!!!

Kacang Panjang

post signature

Saturday, October 24, 2009

Udang Masak Cili Api

Ish... Dah lama mama x main masak2 kan. Semenjak tinggal bertiga dgn anak2, mama mmg jarang dah masak. Nak masak banyak2 pun sapa yg nak makan, ye tak??? Masak pun yg simple2 je. Hari teringin nak makan Udang Cili Api. Menu utk lunch + dinner.

Bahan-bahan
20 biji cili api (ikut suka, den suko podeh!!)
2 ulas bawang merah
10 ekor udang sederhana
secubit garam

Cara-caranya
Goreng udang yang digaul bersama serbuk kunyit. Tepikan.
Then tumiskan cili api dan bawang merah bersama sedikit garam.
Masukkan udang yg digoreng tadi dan gaulkan sehingga rata.
Siap!!!

post signature

Friday, September 11, 2009

Juadah 20 Ramadhan 1430H

Yeehaaa... Ptg ni we all nak balik Shah Alam via KLM!!! Kali ni balik lama sikit. 4 okt baru mai sini balik. En.Hubby pulak just hantar mama & anak2 pastu dia balik Jakarta on Sunday sbb kena keje lg. Then on 16hb, br papa balik Shah Alam utk cuti raya.

Semalam mama buka pose sorang2 lagi. Papa ada event berbuka pose dgn projek team. Menu semalam mama masak udang masak tempoyak, sotong goreng tepung & udang goreng kunyit. Nak habiskan stok lauk kat dlm esbok ni sbb ptg ni dah nak balik Shah Alam. Itupun mama tinggalkan ikan tenggiri utk papa goreng bila papa balik sini.. Pastu mama kukuskan pau frozen yg dah last stok tu.

Menu semalam

Sebenarnya udang ni mama nak wat masak lemak cili api. Bahan2 sume dah siap, tinggal nak masak je. Bila nak start masak, br tahu stok santan kotak dah habis rupanya. Terus tukar wat masak tempoyak sbb stok tempoyak ada byk lg.

Sotong ni en.Hubby yg request suh wat goreng tepung. Mama menurut perintah je.

Udang goreng kunyit utk anakanda sbb dia x mkn pedas. Just letak bawang je. Cili diharamkan ye!!!

post signature

Wednesday, September 9, 2009

Juadah 18 Ramadhan 1430H

Isk...isk...isk.... Semalam mama buka pose sorang2 je. Office en.Hubby ada event berbuka pose. X leh bawak famili pulak tu... isk..isk..isk.. So, memandangkan buka pose sorang2, mama malas nak masak. Just panaskan lauk semalam je. Makan nasi himpit, kuah kacang, rendang & kukus pau frozen je.

Actually mama ada gak masak satu lauk, sup ayam utk bdk2. Kak long nak makan dgn nasi himpit. Konon2nya ala2 makan soto la tu.... hihihi....Lupa lak mama nak snap gbr sup tu.


post signature

Tuesday, September 8, 2009

Juadah 17 Ramadhan 1430H

Menu semalam mama masak rendang daging, kuah kacang & nasi himpit. Mood raya babes!!! Pastu en. Hubby balik keje, die nak makan sambal sardin pulak. Demi permintaan darling tersayang, mama pun masak je la.... ceh.... muahahahaha.....

Pastu, tekak ni tetiba pulak nak makan kebab. Stok daging burger ada lagi. Apalagi, potong bawang besar ngan tomato. Mayonis pun ada. Jadila la kebab.... Tp bila dah azan maghrib, dah minum air milo, br makan 2 sudu nasi himpit, tetiba kepala dah pusing. Tekanan darah rendah ke? Atau angin dah naik ke kepala? Sejak pose ni mmg perut selalu masuk angin & senak je. So, mama makan sikit je buka pose semalam. Potong stim betul. huhuhu...






Daging burger tgh masak ni.

post signature

Monday, September 7, 2009

Buka Puasa Diluar

Weekend semalam mama cuti masak. hahahaha... Dua hari berturut2 gi buka pose kat luar. Best... best... Hari sabtu g makan kat Bandar Djakarta, Ancol. Hari ahad pulak g makan kat Ikan Bakar Cianjur, Cipete. We all g 2 famili.

Gbr kat Bandar Djakarta x sempat nak snap sbb sibuk dok layan bdk2 berdua tu. Sempat snap gbr hari ahad tu je. Layan ye...



Sibuk betul bdk berdua ni tau...


post signature

Juadah 14 Ramadhan 1430H

Menu puasa ke 14. Ada ayam masak merah, sup ikan, bubur jagung, pau frozen & buah2an.



Lauk untuk anak2 sebenarnya. Tp papa diorg yg sukanya.

Sejak bulan puasa ni, papa suka sgt suruh mama buatkan bubur jagung. Kalau bole hari2 nak bubur jagung.

post signature

Friday, September 4, 2009

Juadah 13 Ramadhan 1430H

Adoiiii.... Mama punya dua2 peha cramp la!!! Ni gara2 turun tangga masa gempa bumi semalam la tu. Pagi tadi baru terasa sakit2 pehaku ini. Yelah, org dah lama x exercise. Tetiba je turun dr tkt 9. Mau x terkejut muscle tu. huhuhu...

Sakit2 pun kena masak jugak ya ibuk2. Menu semalam just masak sambal sotong, goreng ayam, wat puding mocha & panaskan kuah kari semalam. Jadila....


Request from my Hubby la ni.... Nak Mocha...

post signature

Juadah 12 Ramadhan 1430H

Juadah berbuka selepas gempa bumi. Sempat lg masak kari ikan tenggiri & panaskan roti Paratha frozen. Walaupun simple, tp mama tetap kenyang. Alhamdulillah...

Kari ikan tenggiri gempa bumi... muahahaha....

Bahan-bahan
2 potong ikan tenggiri
5 ulas bawang merah ~ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar
3 sudu serbuk rempah kari ikan (ikut suka)
2 sudu cili blend (mama pakai serbuk cili je...)
1 sudu halba campur
kulit kayu manis + bunga lawang
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat (mama pakai santan kotak)
1 biji tomato ~ dibelah 4
daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-caranya

Mula2 tumiskan bawang putih, bawang merah, halba campur, kulit kayu manis dan daun kari.
Bila bahan tumis sudah kekuningan, masukkan cili giling & rempah kari yang telah dicampur sedikit air.
Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan santan, asam keping (tambah air jika perlu). Didihkan.Kemudian masukkan ikan, bendi dan tomato.
Didihkan sebentar.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Siap dan sedia untuk dihidang.

post signature